Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 10 Mac 2015

BLOG TAMAT





Maaf semua, dengan berat hatinya, disebabkan kekangan masa , perubahan schedule dan komitmen yang lebih penting, mulai hari ini, blog ini tidak akan lagi aktif. Walaubagaimanapun, untuk KL LOVE STORY 2, seperti dijanjikan sambungannya masih akan ditulis di dalam media baru- wattpad (walaupun tidak setiap hari, tetapi nexx cuba tulis on the go sikit-sikit):   Sesiapa yang masih ingin mengikuti cerita ini boleh check below link: 



Jutaan terima kasih kerana sentiasa menyokong  nexx-novel  dan follow blog ini selama ini. Pengalaman menulis dan peluang berkongsi cerita dengan followers dan pembaca blog nexx-novel, satu kisah yang terbaik dalam hidup nexx. Terima kasih semua. 


" If there's a book you really want to read, but it has not been written yet, then you have to write it. " 



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Rabu, 11 Februari 2015

KL Love Story S2- Part 10





Kami berdua berjalan di ruang tingkat atas. Atas sebab apa entah, tiba-tiba Danny mengajak aku naik ke tingkat atas banglo ini. Adakah sebab confession aku tu dia ... dia mungkin... mungkin nak.. cakap sesuatu.. confess juga ke? Sekejap!.. Apa sebenarnya hubungan kami? Lepas date pertama itu, so officially kami berdua sedang dating ke? Danny takde cakap apa-apa tentangnya. Tapi dari apa yang berlaku tadi, adakah aku ni teman wanita Danny? Bolehkah aku ngaku diri aku sebagai teman wanita Danny?

" Yep, she's sticky like a glue."
Terus hilang mood aku teringatkan itu.. Glue?  Danny buaya !! 

Di tingkat ini,  ia sama besar seperti dewan di bawah, cuma ia penuh dengan perabot antik dan almari-almari buku. Seperti sebuah library besar. .

“I learnt everything here..homeschooled..” katanya tiba-tiba.

“ All man in the house homeschooled, my dad, including Danish..We learnt about everything, no games, no friends. We learnt here to be the best son, the best heir, the best adult. Seriously, it’s boring. Bayangkan umur sekolah rendah tapi kena belajar tahap sekolah menengah, etika dan business.”

Aku diam. Sebab itukah Danish tampak lebih matang dari umurnya.

“ When we reached 10 years old- a ceremony is held. Kan awak kata ini tak macam birthday party kan? Yer.. memang ini bukan birthday parti pun. Today is the ceremony for Danish. It’s the ceremony where we were introduce to the world.  World means- Our family friends, business partner,  media, everyone will know us from the moment of 10 years old. “ 

Danny membuka beberapa buku lama yang tersusun di rak-rak. Mungkin mengingati zaman belajarnya.

“ Sebagai pewaris, seseorang itu perlu tunjukkan bakatnya, and face the fear. Ia turun temurun dalam keluarga kami. Today, Danish akan face his first fear. “

“ Fear?” aku dah mula berminat. Peliknya adat keluarga Danny ni.

“ Aah.. different person different fear.”

Suara kecil itu menyerikan suasana yang serius ini. Aku toleh dan lihat si kecil ini begitu comel dan kacak dengan sut tuxedo hitamnya.
“ Abang Danny!” 

Danish berlari memeluk Danny.  Aku terkejut, ini kali pertama aku lihat kecomelan Danish..Selalu dia nampak cam budak bratz yang buli aku.. Honestly, Comelnya..dia!

“ Terima kasih kak Amyra!”ucapnya padaku setelah pelukannnya terlerai. Danny mengosok-gosok kepala Danish. 

“ Macam mana kacak tak? “ tanya Danny sambil buat pose V . 

Aku ketawa. budak ni.. comel betul. Ini baru betul Danish yang comel, perangai ini lebih sesuai dengan umurnya.. Danish juga tampak selesa seperti ini. 

“ Haha.. perfect! 10/10.” puji Danny. 
Danish sengih melebar.

“Nervous?” tanya Danny.
“ Of course! First dance! “
“ Dengan siapa?”

“ Yang tu.” katanya sambil menunjuk pada seorang budak perempuan sebaya dirinya yang sedang menanti di tangga. Comel juga dengan dress kembang ala-ala princess itu. 

“ After dance I’m going to ask her out.”

Danny ketawa besar. Dia suka? Dia galakkan budak kecil ini? Aku pula yang risau...

“ Abang dance dengan kak amyra ke?”

Aku pandang Danny. Dance? Ada dancing ?
Danish tiba-tiba minta diri. Katanya masa dah sampai, dan seorang lelaki aku rasa pembantunya datang mengambil dirinya. Kelakuan keanak –anak itu terus hilang sebaik sahaja lelaki itu mendekati kami.

“ Kak Amyra watch abang Danny for me okey! " kata Danish sambil melambai pada kami.


Bunyi musik yang kuat menarik perhatian ku.. Di bawah aku lihat semua orang sedang memberi tumpuan pada seorang wanita di usia senja sedang yang masuk dengan dua bodyguardnya.

Aku perasan dahi Danny berkerut, sesuatu mengganggu fikirannya. 




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Selasa, 10 Februari 2015

KL Love Story S2-Part 9



 "Apa sms yang awak hantar pada saya tu?”
Danny cuba meninjau apa yang tertulis di skrin handphone kecil ku ini. Mukanya berkerut bila aku cepat-cepat sembunyikan ia darinya. 
" Takde apa-apa." bohongku. 

Dia masih tidak puas hati.   Jika tangannya tidak memegang kotak hadiah itu, pasti dia sudah cuba merampas telefonku. Aku pandang dia dan dia senyum, membuat muka cute.

" Come on.. apanya..." pujuknya, sambil tersengih lebar. 
" Takde.."
" Baik awak beritahu saya.."
" Benda tak penting pun.." 

Danny terkebil-kebil, masih tidak puas hati. Dia merenung aku tajam, mesti dia sedang fikirkan apa yang aku cuba sembunyikan dari dia. 
" Betul?"
Dia masih merenung handphone aku kemudian memandangku. Gayanya macam anak kecil yang menginginkan sesuatu tetapi tak cakap. 

"Betul, tak penting?" tanyanya lagi untuk kepastian. 

Patutkah aku beritahu?

Aku tarik nafas dalam-dalam..

mungkin...

“ Danny, awak dan Farish tu...”


“ HELLO DEAR!!!!!!!!!”

Sapaan itu membantutkan ayatku... baru nak tanya..Aku pandang pada wanita yang sedang mendekati kami-Dehlia Nastasya. Dia memelukku. 

“ I’m so happy you could come, Amyra sayang. Danish ada cakap yang you akan datang. I thought he was kidding." 

Dehlia melepaskan aku yang hampir lemas dalam dakapannya.  Bau perfume semerbak memenuhi rongga lubang hidung aku dan melekat di pakaianku.  

“ It's so strange.You stick with the same girl this time.” sindir Dehlia pada Danny. Sempat menjeling aku dengan ekor matanya, judging me..

Danny senyum, tidak terasa. 
Betullah, dia ni buaya, playboy, adakah  Danny tukar girlfriend macam tukar baju? 

Danny menyerahkan hadiah pada Dehlia.

“Yep, she's sticky like a glue." 

Gam!? Hello! Bukan aku yang nak melekat sangat kat Danny. 

“ So is this permanent ‘glue’ or just normal ‘glue’?”

Hello!! Aku ada di sini... sila lihat dan perasan. kalau nak cakap pasal aku, sila di belakang.. 
Sakit hati bila dengar semua ini... glue? Glue? Danny!! 

Seorang pelayan lelaki datang mengambil hadiah dari tangan Dehlia.

" The perfect one."

Jawapan Danny itu membuatkan wanita yang seiras wajah ibunya itu berubah. Dehlia merenungku, tidak senang.  Entah kenapa tiba-tiba aku rasa cemas dan perbualan aku dengan Dehlia dahulu kembali bermain di fikiran. Aku telan air liur.

“ You know Amyra, bila Danish kata yang abang tercintanya akan pulang.. I'm so excited. I cancelled all my appointment just for today... "

Aku tak faham. Pulang? Danish ada cakap pasal itu juga padaku, masa dia memberi kad itu padaku.

“ Oh.. you don't know?" 

Dehlia senyum bila menyedari yang aku tidak tahu. Lebih tepat lagi dia tersenyum kerana melihat reaksi Danny saat ini.  

"Danny never mention? Ini rumah Danny before dia tinggal dengan kami. This is his home.”

Tinggal dengan kami? Aku tak faham apapun. Tapi aku dapat rasakan sinisan dan sindiran dalam setiap kata-katanya. Mengapa? Tidak sama langsung masa kali pertama aku bertemu ahli keluarga Danny. Tiada langsung keramahan di antara mereka. Dan Danny aku lihat, berubah raut wajahnya. Dia kelihatan tidak selesa. 

“ I'm sure Danny tak cerita apa-apa kat you lagi, Amyra.. He will never mention anything. NEVER.”

Never?
Aku pandang Danny dan lihat jernih mata yang kusam itu. Bibir Danny seakan terkunci, kaku di situ...Seolah-olah apa yang Dehlia cakapkan itu tepat. 

“ It’s ok.”

Dehlia diam.

“ Jika dia taknak beritahu apa-apa maupun sembunyikan sesuatu dari saya pun. It's okey.  Dia ada sebab untuk buat begitu dan saya percayakan dia-  Danny for being himself,  the real Daniel Fazran." 

Wahh.. melekat dengan Danny buatkan aku pun cam tak siuman cam dia. Emo.. jiwang karat.. adess~

Dehlia mengentap bibirnya. “ The real Daniel Fazran kah? Auchh!! So... romantic...it's hurt!' 
Dia mendekatkan bibirnya ke telingaku dan 
" not me but ..you..." bisiknya. 

Dehlia meninggalkan kami dan walaupun dia tidak cakap apa-apa, siren merah bunyi warning bahaya, bahaya seolah-olah bermain-main di atas kepala aku. Habislah... 

“FUHHHHHHHHHHH!!! hahaha...  “ 

Aku mengeluh kuat. Lega...  ketar kepala lutut aku ini. Manalah aku boleh dapat keberanian begini? Punyalah penat aku control rasa takut dan suara yang gigil.Aku tidak sangka yang aku berani bercakap seperti ini. 

“ Awak sangat berani sekarang Amyra.” puji Daniel. 

“It's that a love confession? “ tanyanya.

Dia senyum manis.

Aku ternganga. oh!?







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'