Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA
Memaparkan catatan dengan label my news. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my news. Papar semua catatan

Selasa, 12 April 2011

Oh my ......!!

Tak dapat kahwin bakar rumah keluarga??


ALOR SETAR: Seorang pemuda nekad membakar rumah keluarga sendiri hingga musnah dipercayai selepas permintaannya untuk berkahwin dengan gadis pilihan tidak diendahkan keluarganya sejak sebulan lalu.

Dalam kejadian jam 12.15 malam kelmarin, lelaki terbabit, Mohd Khairi Mahmud, 28, dikatakan mencabut kepala tabung gas memasak di dalam rumahnya sebelum naik ke atas bumbung rumah dua tingkat dan mencucuh dengan api hingga menyebabkan kebakaran.

Difahamkan suspek pernah berkelakuan pelik apabila membakar semua pakaian kerjanya kira-kira dua hari sebelum pertunangannya.



Beliau berkata, sejak itu adiknya yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan beberapa kali meminta berkahwin tetapi keluarga mereka tidak mengendahkannya kerana kelakuan adiknya yang mengalami banyak perubahan.

Bagaimanapun, katanya, petang kelmarin Mohd Khairi meminta wang RM200 daripada ibu mereka, tetapi tidak dilayan menyebabkan adiknya itu berkurung dalam bilik.







“Dia kelihatan murung dan hanya berkurung dalam bilik serta tidak mengendahkan orang lain. Ini menyebabkan saya terpaksa membawa ibu keluar dari rumah kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

“Saya kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis pada kira-kira jam 9 malam dan tidak lama selepas itu, anggota polis datang dan memujuk adik saya untuk keluar tetapi dia memberitahu tidak mahu berunding dengan sesiapa,” katanya di sini, semalam.

Mohd Noor berkata, ketika anggota polis sedang memujuk adiknya, dia cuba memasuki rumah tetapi terpaksa keluar semula selepas terhidu bau gas yang kuat.

“Adik pernah menyatakan hasrat membakar rumah beberapa bulan lalu dan akhirnya menjadi kenyataan apabila dia berlari naik ke bumbung rumah selepas membakar rumah kami dan kemudian melompat turun sebelum menghilangkan diri,” katanya.

Berdasarkan maklumat awal polis percaya lelaki berkenaan mengalami tekanan jiwa tetapi tidak dikenal pasti puncanya.



waduuh.... tidak dapat kawen jangan dibakar rumah yer...

sumber berita harian online


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Rabu, 30 Mac 2011

inikah cinta??

Pic cuma hiasan -dari google

Berang dan cemburu kerana cintanya tidak berbalas, seorang lelaki menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam sehingga mati seorang wanita berusia 20-an yang menyewa bilik di rumahnya di Jalan Hokkian, di sini, semalam.
 
Suspek berusia 43 tahun, bertindak demikian kerana cemburu selepas mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan dia sudah lama menyimpan perasaan cinta terhadap wanita itu. Ketika kejadian, mangsa yang menyewa di rumah 17 bilik itu sedang tidur, manakala suspek dikatakan sendirian selepas ahli keluarga lain berkunjung ke negara jiran. .


“Suspek dipercayai memasuki bilik sewa mangsa pada awal pagi ketika mangsa tidur dan menikamnya menyebabkan kecederaan di dada kanan apabila senjata itu menembusi paru-paru sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.48 pagi.

“Suspek juga dikatakan cuba menikam seorang lelaki yang dipercayai penyewa di rumah berkenaan selepas lelaki itu melihat perbuatannya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat mengelak dan merampas pisau digunakan suspek sebelum melarikan diri, manakala penyewa terbabit menghubungi rakan untuk meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, penyewa itu turut cedera ringan akibat bergelut dengan suspek kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sumber berkata, polis yang menerima laporan itu menggerakkan sepasukan anggota ke tempat kejadian dan menahan suspek yang dikatakan cuba untuk mencederakan dirinya.

 sumber metro (untuk lihat gambar)


Jangan ler jadi seperti ini yer... Kerana cinta ditolak, jangan ler bertindak di luar batasan seperti rogol, bunuh, guna-guna, asid dan etc . Be gentleman ler! 


p/s : Meh baca citer kat blog ni lagi syIokkk... hahaks (promote blog pulak dah- ni pesanan penaja :p)








' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Jumaat, 29 Oktober 2010

Amaran pada kaum wanita yang memandu!!

source : google

 Terjadi kat Penang:

Seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar. Perempuan ni pun confuse.. yelarkan tranksaksi menunjukkan tiada problem pada pembayaran kad kredit tuh..

So perempuan ni just nak beredar sahajalah and inform pekerja kat tempat minyak tuh. Namun pekerja tuh paksa rela gak dia masuk ke dalam!! wa .. ganas-ganas~

Sampai kat dalam, this lady.marah lew...segala sumber @#@#@#@#@  dilancarkan dari bibir bak delima tuh

" Ni pehal nih suh owang masuk dalam kedai nih.. owang tak nak beli pape pun lar.. ishh.. ape nih.. u nak kena saman kew? Bf i lawyer u know.. mane boss u nih!! ha!! i nak komplen!! "  (dialog hanya rekaan semata-mata yew:P) 
 
Ngan muke selamber:
Pekerja : Relaks r kak.. tuh ha.. 

Pekerja tu bagitau hal sebenarnya. Nak tau apa? Sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..Perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..hohohohoho~~

Jadi, selamat lew akak tuh malam itu. dia dan pekerja tuh pun tukar-tukar no telefon dan live happily ever after.. ( ini tambahan penulis semata-mata sila abaikan :P )

Anyway, yang pentingnye nexx nak btau Skarang ni..ada laporan yg mengatakan yg skang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta org perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!! kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..hihihihi... scary?scary?

source pic : Google

Satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.

Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam yew ~

     Sumber : Email forward-forward heheh :P  

P/s: memandangkan Mr. Robert masih takkan balik, nexx cuma mampu post cite n berita yang menarik dulu yew..


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Khamis, 28 Oktober 2010

Kena simbah cuka akibat tolak cinta

Oh my Gosh!!! 
takutnye.. sampai begitu sekali yer..
kerana bertepuk sebelah tangan
jangan ler dok nak cederakan orang yang kite cintai..
jika ada niat untuk melihat orang yang dicintai menderita
itu bukannya cinta yew...

Pesanan penaja:
~Jangan mencintai jika takut terluka ~

Source pic: google
GEORGETOWN: Akibat cinta tidak berbalas, seorang lelaki menyimbah cuka getah ke muka bekas rakan sekerjanya bagi membalas dendam di depan rumah nenek wanita itu di Taman Cenderwasih, Seberang Prai Selatan, baru-baru ini.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Ain, 21, melecur 70 peratus di bahagian muka, tangan dan badan, masih dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Mangsa merancang mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya selepas sambutan Aidiladha bulan depan, buntu memikirkan masa depannya berikutan kecederaan dialaminya.

Ain berkata, beliau tidak menyangka lelaki itu sanggup menyimbah asid kerana mahu membalas dendam akibat cinta tidak berbalas.

Mengimbau kejadian itu, Ain berkata, kejadian berlaku jam 11 malam pada 17 Oktober lalu di depan rumah neneknya ketika beliau bersama ibunya dalam perjalanan pulang ke rumah.

Katanya, ketika tiba di depan pagar rumah, beliau dihampiri motosikal suspek sebelum disimbah cuka getah ke muka sambil suspek mengejek ‘padan muka hang’ dan berlalu pergi.

"Saya tersentak dengan muka dan badan menjadi sejuk seketika sebelum bertukar panas dan seluruh kulit bertukar menjadi hitam dan terbakar dan membengkak. Suasana ketika itu sukar digambarkan kerana kesakitan yang amat sangat. Saya berlari ke rumah untuk meminta bantuan," katanya.


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Rabu, 27 Oktober 2010

~ 50 Meracau Histeria~

~Pic source : Google~

Wa!!! hari nie nexx bukak fb dan tengok kat metro ade lew cite camnie.. terus ase cam citer antu become real...  hehe..
setiap school mesti ade citer seramnyew sendiri kan?
termasukler time nexx school dulu..

Sebenarnyew, nexx skit ase teruja lew
bukan teruja nak jumpe antu yew..
teruja nak tulih cite antu..
amacam boleh tak? 

hihihiihihi...


oh yew... desas desus mengatakan 
MR Robert akan balik tak lame lagi
yipee!!!! 

~ Sumber Berita Metro ~

JOHOR BAHRU: Akibat membuka pintu tandas dikunci lapan tahun di tingkat dua sebuah sekolah menengah di Masai di sini, seramai 50 pelajar dan seorang kakitangan meracau akibat diserang histeria sejak seminggu lalu.

Kejadian histeria yang berulang di sekolah berkenaan bertambah serius apabila ada pelajar perempuan menjejerit serta cuba melarikan diri sebelum ditahan rakan dan guru.

Malah, bagi mengatasi masalah itu semalam, kira-kira 10 kakitangan sekolah dengan bantuan pengamal perubatan tradisional berikhtiar memulihkan keadaan dalam operasi pembersihan sekolah daripada gangguan makhluk halus.

Seorang bapa pelajar yang dikenali sebagai Ramli, 40-an, berkata sejak pintu tandas berkenaan dibuka, pelbagai kejadian misteri dan aneh menyelubungi bangunan sekolah itu.

Menurutnya, dia difahamkan, kejadian itu berlaku selepas beberapa pelajar sekolah berkenaan terlihat ada lembaga putih menjelma dan terbang di depan mata ketika sesi perhimpunan.

                                


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Rabu, 11 Ogos 2010

SELAMAT BERPUASA

sumber : pak gOOgle

  Selamat berpuasa pada sUme... 
Rajin-rajin mengamalkan ibadah di bulan ini. 
Jaga makan, jaga penglihatan, jaga nafsu... 
semuanya harus dijaga.. (cewah cam iklan kerajaan pulak). 

sumber : Pakcik GoOgle

 di masa 
prut kruk krak kruk krak... 
meh ler mengusha, membaca cite di blOg kami nih...
terhibur ler skit..
terlupe ler sikit...
kelaparan
kedahagaan

TengOk-tengOk dah waktu berbuka 
hehehehe.....
(fuyooo.. cam magical jer bLog ini.. poyos hehehe)

pas tu 
jangan pula 
wat-wat lupe untuk berterawih yer.... 
(^_____^) 

salam dari meja tulis 

sumber: pakcik GooGle



N : ha, ape buat nih.. g sambung tulis citer.. byk tak terpOst nih!! grrr..
NN : Blup2x.... blup2x.... 




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Isnin, 9 Ogos 2010

.. Huargghhhh

sumber dari gOogle

 3 arie oo... titOn lambat
Jumaat, Sabtu, Ahad
Pukul 3 jer baru leh lelap

sumber dari gOogle

Sedey ... sedey...
Mata pun dah macam panda
(o-O)
Bulat-bulat
Itam-itam..


Huarghhhhhh~~~~ 
Ngantuknyer..........................................................

sumber gOOgle






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Jumaat, 30 Julai 2010

~Ring... ring... ring ~

source p[ic : google



Ring, ring, ring 
Arghhh.................. saya tension.. ini owang kan stiap sejam nak komen jer.. fobia i nak angkat tepon.. fobia dengar suara die..

Ring, ring, ring

ello mr.. ini tmpat ade procedure ok, bhgn saye sudah process antar akaun, skang akaun la punya keje, keje saye smp situ saje ma.. dorang lambat sedia cheque, kenapa mesti saya yang dimarahi.. tulun la.. please..........
ha puas ati aku ~~
~post ini tiada kene mengena dengan blOg ini ~

and the ringing continue
dush dush dush 

pic source : google.


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Jumaat, 25 Jun 2010

~ KUcen oh kucen~





~ terbaca pasal benda nih n terasa ler sesangat sebak memandangkan~ memang suke kan kucen. Kat umah jer dah ade 6 ekor kucen, sebab mamanye beranak... uish~ kekadang ase nak buang.. tapi tak smpi ati .. so bela ler. love you mumu, nala, simba, junki, raito, zuma 


Kisah Dari Tanah Suci: 
 

Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Isnin, 7 Jun 2010

~ Monday Blues~~

Ari ni... pagi-pagi masuk keje.. mood rase

Pagi sampai tengahari, otak takleh pk... buat ler per yang patut~ pura-pura bz, tapi wat keje slow2x....

tengahari kul 1 dah kuar lunch... urghhhhhhh.... xtahan nak dok opis lelama~ ase nak half day. HALF DAY!!!kalu tidak ase mau



Pukul 2, masuk balik keje ase camnie



pukul 3, ase nak nangis... mau balik.. mau balik....

pukul 4-5 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~




tapi kul 5.59.............................................

chow!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




~monday blues~


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Rabu, 2 Jun 2010

~bad news~





huuhuu... sepatutnyer today is d best day~ yolahkan 2 june~ my birthday ma~ TETAPI
mengapakah terlalu byk halangan ??? kenapa ler nak bad news jer? dan yang tensionnyer
news nie akan jeopardy my job? huhu~~ black list ler pas nih aku~~~.kene cari keje lain laks pas nih

betul2 ase nak nangis~~ wa~~~~~~~ (T-T)
hope tak de ler dibuang keje~
aku dah tak larat dah nak start from d basic
nak kene cari balik..
menganggur dlm setahun ker
huhuh negative thinkinnyer aku nih~~

hopefully just tindakan displin jer
please..please...
kalu nak pecat aku, tunggu ler pas aku dpt offer laen ker
hohohhoh~~~

walaupun aku boleh salahkan owang laen ( coz ni pun aku follow arahan owang atas kan? )
tapi me the one who do it...
me the one who arrange it...
me the one who now to be blamed

Sedih dalam ketawa ( T_T) (ToT) blup2x...

beep~ beep~~ ( boss akan panggil aku pas nih.. wa, famousler i )

~pray for me my frens.. lets us pray~


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Isnin, 31 Mei 2010

MY obsession nOw~



Aiyoo~~~
otak dah takde idea nak tulis novel wat mase nih..
aku dikaburi ngan GASH BELL
argghh..,~~
balik pas keje jer tengok Gash Bell,
Sabtu ahad tgh GASH bell
Sblm tido pun tgk gash bell
time keje download GAsh Bell
Arghhh ( tension tapi sronok)

Gash Bell.. Gash Bell..

Episode ade 150~~ hohoho.... bayangkan 150~~ hahahahaha
sangat suke \(^_____________________^)/yeah

PLOT~~

Kiyo Takamine, is a 14-year old boy in junior high school. His father, Seitaro Takamine, discovers an unconscious child named Zatch Bell while in a forest in England who then sends Zatch to live with Kiyo. Unlike the other Mamodo, Zatch lost his memory of the Mamodo world. Kiyo learns about the spell book when he reads a spell causing Zatch to fire lightning from his mouth... read more at : http://en.wikipedia.org/wiki/Zatch_Bell!

Be Fans of KONJIKO NO GAsh BELL~~~ yeah~~~


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'