Dia langsung tak ambil kisah dengan keadaan bilik yang pelik itu.. Setiap cermin di bilik itu di tutupi dengan kain putih. Perabotnya serba putih, begitu juga lantainya, Putih seperti salju..
Seperti melangkah ke dunia salji.. Putih.. sangat putih... sesiapa yang masuk pada kali pertama sepatutnya akan tergamam dengan suasana ini. Ianya begitu putih... dan kosong...
Langkah Chax makin laju.
Bilik tidur dimasukinya perlahan.
Tangannya terasa sejuk saat melihat titisan merah pada lantai yang putih itu. Merah pekat dan terang. Seolah-olah darah merah yang jatuh ke atas salji. Dan ianya sememangnya darah.
Serpihan kaca cermin bertaburan..
Kapas-kapas bantal bertaburan di lantai.
Chax mengekori titisan darah yang semakin banyak itu..
Di penjuru katil, Fista duduk mencangkung memeluk dirinya. Kakinya luka-luka terkena serpihan kaca. Dan keadaan yang paling nyata, darah merah yang tak henti-henti mengalir dari luka pada kedua-dua lengannya. Membasahi baju tidurnya yang putih...
Chax mendekati Fista.. Dia menyelak rambut panjang Fista yang menutupi wajahnya. .. air mata Fista diusapnya lembut.
Dia mengoyakkan cadar katil dan membalut luka Frista.
" Maaf.. saya benci diri saya." Kata Fista menangis. ..
Chax memandang Frista.
" Saya dah cuba.. Tapi,, " Fista memandang serpihan kaca cermin yang berderai di lantai.
" Ianya buruk..."
Chax memeluk Fista...Dia dah tak sanggup lagi melihat keadaan Fista... Kesedihan itu, tangisan itu... Dia ingin sentiasa di sisi Fista. Mengembalikan senyuman Fista.. Menghilangkan kesunyian dalam mata bidadari ini..
Dia mahu menghadapi kesukaran ini bersama-sama Fista...
Dia...
"Chax menanggalkan perlahan selendang putih di leher Fista. Dan saat Fista cuba menepisnya, dia memegang tangan halus itu dengan lembut.
" Saya cintakan awak..."
Fista tergamam...
Chax menyentuh parut kelaran pada leher Fista. ..
" Saya dah jatuh cinta pada awk... Sepenuhnya..." bisiknya perlahan. Parut di leher Fista dikucupnya lembut..
"Sepenuhnya....."
Di langit... seakan-akan kelihatan sayap bidadari terjatuh dari langit..