Serpihan-Serpihan Cinta

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

Selasa, 28 Februari 2012

Berikan Kujawapan 30

1 comments



 “ Nah!” 

Terkejut Alisya bila tiba-tiba sahaja Neal menghulurkan jambangan bunga tulip yang entah bila lelaki ini beli; padanya. 

Alisya merenung Neal yang langsung tidak menatapnya, memandang ke sebelah kiri, sambil mukanya kelihatan merah padam. Malu ke??

Semacam bodoh, Alisya hanya merenung bunga tulip yang terhulur.  Antara percaya dan tidak percaya.. Ini reality ke nih? Neal ke nih? 

“ Ambiklah! “ arah Neal, bila melihat kelakuan Alisya tuh.  

Pantas Alisya mengambilnya. Secara spontan, menghidu bau dari bungaan itu, walaupun dia tahu bunga tulip mempunyai bau yang sangat lemah, hampir kepada tiada.

“ Thanks.”

“ Haishh... datang sini nak buat projek.. tapi jadi banyak pula extra-extra keje lain.. Nampaknya  lamalah saya berada di sini. “  tiba-tiba  Neal berkeluh- kesah pula, tidak berpuas hati. 

Mulutnya menjuih-juih merungut, reaksi mukanya yang Nampak sangat tidak puas hati  itu; buatkan Alisya pula yang makan hati. Ishh.. mamat nih.. Rugi cakap terima kasih pada Neal.

“ Yerlah-yerlah..Saya menyusahkan awak kan?...Ye, saya minta maaf. Sorrrrrrrrrrrriiiiiiiiiii buat awak susah-susahkan. Nah amik balik bunga nih, tak ikhlas langsung..ces!” 

Belum sempat Alisya nak bagi balik bunga itu, dia lihat Neal sudah pun menunggang basikalnya, bersedia untuk  blahkan diri, dan paling penting, Neal sengaja mempekakkan telinga, tidak mempedulikan Alisya yang dah panas hati dengan kelakuan Neal. 

“ Esok...  saya akan bawa awak ke tempat special..  A special place, a special memory."  Kata Neal, sambil tersengih lebar. Barisan giginya yang putih dan lesung pipitnya jelas kelihatan.  Wajah gembira itu tiba-tiba menghilangkan rasa marah di hati Alisya. 

“Saya harap awak akan dapat memori awak, seperti yang awak inginkan.”

Alisya tergamam. 

Bukan sebab dia terkejut Neal berubah sikap, atau disebabkan Neal tetiba memahami nya? Tapi disebabkan dia dapat merasakan keikhlasan dari bicara Neal itu. Keikhlasan kelembutan di wajah itu..di dalam suara itu dan wajah itu. Ya, wajah yang begitu ceria itu.. Keceriaan itu yang buat kan dia rasa begitu selesa bersama Neal. 

Sambil memerhatikan Neal yang beredar, bunga tulip di tangannya, Alisya  genggam kemas.

Setelah bayang Neal hilang dari pandangannya, dia melangkah masuk ke rumah banglo berbumbung biru ini, tidak mengendahkan Mek Som yang sedang mengemas di ruang tamu, terus masuk ke kamarnya, lalu pantas mengunci biliknya dari dalam. 

Bunga tulip digubah masuk ke pasu bunga, lalu diletakkan di sebelah bingkai gambar kayu yang terletak di atas meja . 

Kemudian, matanya beralih  pula pada dinding biliknya yang penuh  tertampal dengan gambar-gambar yang sering ditatapnya setiap hari; setiap minit,setiap nafasnya-  Penuh hinggakan tidak ada ruang langsung di dinding ini untuk benda lain, selain gambar-gambar itu.

Gambar Neal dari pelbagai sudut- dari sejak kecil hingga kini.

Alisya senyum dan kemudian ketawa.


















' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Isnin, 20 Februari 2012

Never There - Cake

0 comments




i need your arms around me, i need to feel your touch
i need your understanding, i need your love so much
you tell me that you love me so, you tell me that you care
but when i need you baby, you're never there


on the phone long, long distance
always through such strong resistance
first you say you're too busy
i wonder if you even miss me


never there
you're never there
you're never, ever, ever, ever there


a golden bird that flies away, a candle's fickle flame
to think i held you yesterday, your love was just a game
a golden bird that flies away, a candle's fickle flame
to think i held you yesterday, your love was just a game

you tell me that you love me so, you tell me that you care
but when i need you baby
take the time to get to know me
if you want me why can't you just show me
we're always on this roller coaster
if you want me why can't you get closer?


never there
you're never there
you're never ever ever ever there

' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Jumaat, 17 Februari 2012

Berikanku jawapan 29

1 comments

Neal berbaring di bawah pokok sambil memerhatikan langit yang membiru. Kelakuan dua ekor burung merpati meluncur bebas di angkasa menarik perhatiannya.

Beberapa helai daun kering melayang jatuh lembut di atas kepalanya dek saat angin petang bertiup sedikit kencang. Neal hanya membiarkannya sahaja, hanyut dalam alunan piano yang lembut mendayu, bermain di mindanya.

Sambil memejamkan matanya, alunan piano itu semakin jelas, semakin indah, semakin mengusik sayu perasaannya. 10 tahun dia tidak mendengarnya.  Hari ini, entah kenapa alunan itu mengetuk-ngetuk pintu hatinya, menerjah masuk ke tingkap mindanya, bergema terus menerus di gegendang telinganya.  

Perlahan-lahan dia membuka matanya yang terpejam dari tadi.

" Awak nie memang suka pandang langit ke?"

Neal menoleh pada Alisya yang rupanya dari tadi , tanpa disedari, duduk di sisinya. Gadis itu sedang duduk bersila di sebelahnya, sambil dagu mendongak ke atas.

" Eh, ada burunglah! Cantiknya.."  kata Alisya sebaik sahaja dia melihat 2 ekor burung merpati terbang di langit..Rupanya benda itu yang Neal leka perhatikan sejak tadi.
Tiada response dari Neal.

"Saya dah tau pasal hal basikal tu.. ceit, patutlah awak bawak saya naik beskal buruk tu, nak bagi saya ingat ek? .. Kan senang jer kalu cerita awal-awal..." Alisya cuba memulakan perbualan. Di wajahnya terukir kelegaan, satu lagi kisah hidupnya berjaya diperolehnya.
" Boy cerita semuanya?" tanya Neal.
"Em!semuanya!! Tapikan..  awak tau naik beskal tapi tak reti betulkan rantai basikal. .." Alisya cuba mengusik.

"Tu sume kisah lama, kisah lalu. Hanya sebuah cerita, tidak berkaitan dengan masa kini. "
" Tak kisah awk nak cakap apa, tapi bagi saya, ia satu cerita dalam hidup saya. Bermakna bagi saya! " tegas Alisya, walaupun dia tahu Neal tidak peduli langsung tentang keinginannya. Keinginannya untuk mendapat sebuah memori, sebab.... 

"  Hidup tanpa memori,sama seperti hidup tanpa masa depan. Saya  tidak mampu mencorak, merancang  masa depan, dengan masa silam yang hilang. Akan tertanya-tanya samada pilihan saya ini betul, adakah ini yang saya inginkan?? Adakah ini masa depan yang saya impikan? Adakah ini yang saya rancangkan.. ? Dan jika saya abaikan semua was-was ini, terus melangkah ke masa depan, dan saat itu juga,  memori saya kembali... Adakah saya kan gembira? atau sebaliknya.. saat melihat masa depan itu? "


" Awak... betul-betul nak tahu kisah lampau awak? Walaupun, ia mungkin akan melukakan ?"  
Alisya merenung Neal. Memerhatikan wajah lelaki ini yang begitu serius. Perlahan-lahan, dia menganggukkan kepala.

"Ada cerita yang teruk ke tentang saya ke? "
Neal tersenyum lucu dengan pertanyaan Alisya itu, lebih-lebih lagi dengan mimik muka Alisya yang cuak nak mampus. Perbualan yang serius, jadi lucu.
"Hey, kelakar ker?!" Alisya panik.Tidak mengerti dengan body languages lelaki ini.

" Awak tidak akan terluka..Saya janji. "

Alisya tersenyum malu. Mendengar janji itu, hatinya terasa berdebar..
 Mereka kembali menatap langit yang membiru..

" Awak sukakan bunga tulip."




I believe in your promise, it is to give me courages, makes me feel
PRECIOUS

' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'