Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Ahad, 15 Ogos 2010

Hai, I love you




Nabila masuk ke dalam apartment no 22 yang tidak berkunci itu. Sebaik sahaja lampu bilik dibukanya, pemandangan sampah yang bertaburan, pinggan tidak bercuci  yang bertimbun di atas meja dan sinki, langsir yang tidak diselak dan tingkap yang sudah berdebu tidak dibuka meyakitkan hati serta menyesakkan nafasnya.  Membuatkan dirinya ingin berleter saat ini, ketika ini pada seorang perempuan yang sedang bertutup dengan selimut di katil.

" Baru sebulan, dah macam ni. Kalau setahun tak tahulah!"

Akhirnya Nabila merungut juga. Sambil itu, tangannya mengutip kertas-kertas yang bertaburan serta botol kosong yang berselerak di lantai.

" Sampai bila nak jadi camni?? Selamat aku rajin datang pagi-pagi camnie!" rungutnya lagi.

Pinggan berlonggok di meja diangkatnya ke sinki. Seraya menyinsing lengan bajunya, dia membasuh pinggan dan rungutannya juga berhenti di situ.

Aku membuang selimut yang rasanya sudah terlalu lama berada di badannya. Saat itulah terasa betapa segarnya udara di luar ini dan pada masa yang sama, aku dapat rasakan betapa kusutnya rambutku, dan dapat dibayangkan betapa comotnya aku ketika ini.

Sebulan ker?? Terasa sudah bertahun. Adakah masa berlalu begitu lambat hinggakan sebulan seakan setahun?

Aku melangkah turun dari katil. Nabila tidak lagi merungut walaupun dia menyedari aku sudah pun keluar dari 'kepompong selimut ini.

Langkah pertama ku, aku rasakan lantai ini begitu sejuk. Badanku  juga cuba sedaya upaya mencari keseimbangan saat aku memulakan langkah seterusnya. Dengan keadaan begini, aku tahu aku hanya mampu bergerak sekejap. Agaknya sudah berapa lama aku tidak makan? Sudah berapa lama aku tidak bersuara dengan insan lain?

Sebulan. Kalau diikutkan kata Nabila. Masa sudah berlalu selama sebulan. Iaitu 30hari.

Aku merebahkan diriku pada longgokan baju yang tidak terlipat sejak minggu lepas. Rasa tidak bermaya atau tidak bersemangat? Sesak nafas atau tidak mahu bernafas?Tiada jawapan untuk pertanyaan itu, kerana ia semuanya adalah sama. Seperti sekarang ini, aku rasa semuanya adalah sama.

" Kau nak makan apa-apa tak? Aku masakkan sesuatu."  Tanya Nabila.

Suaranya dari dapur yang hanya beberapa langkah dari diriku , seakan melantun-lantun dan akhirnya hilang. Adakah deria pendengaranku juga sudah semakin hilang? Atau ia hanya mempermainkan aku yang lemah ini?

Tangan ku tersentuh sebuah telefon bimbit nokia milikku yang berada dicelah-celah baju  bertimbun ini. Aku teringat aku sendiri yang mencampaknya ke dalam timbunan ini dan tidak pernah kucari sejak itu.

Melihat telefon itu membuatkan aku tertanya-tanya.

Adakah dia rasa apa yang aku rasakan sekarang?
Rindukah dia pada aku??
Teringatkah dia pada ku???

Saat ini, aku betul-betul rindu ingin mendengar suaranya. Walaupun perpisahan ini adalah keputusan kami berdua dan dilepaskan secara baik. Malahan sudah sebulan kami tidak bertegur atau berjumpa, aku juga sudah pun membuang gambar, barang dan segala memori yang mungkin mengingatkan aku pada dia. Namun, aku tidak dapat lagi melawan perasaan ini.

Pukul 1.45 pagi. 
Aku tidak dapat menahan rasa ingin tahu aku. Perasaan ini, hati ini. Sekuat mana pun aku ingin mengelakkannya, semakin kuat ia mendesak. 

Aku cuma ingin tahu adakah dia pernah terfikirkan aku saat ini seperti mana aku? Cuma itu..

Nombor telefonnya aku dail. 

                                                                          Adiana 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'