Part one
### " Aku tahu cinta itu begitu indah tidak terucap dengan kata-kata. Namun, tahukah kamu? Aku kini dilamun cinta pada diri kamu , rindu yang teramat pada diri kamu, hingga mengingini dirimu setiap waktu. Dan saat diri mu bukan disisiku, aku mengingini suara mu temani aku. Hanya itu . Sukarkah permintaan ini wahai kekasih? ###
~ Epilog cinta ~
Nombor telefon si dia didailnya untuk kali ke 8. Satu bilangan yang banyak bukan? Namun, Syaza tidak mengerti erti putus asa. Nada dering 'Love suicide' Easter Dean berkumandang lama, sebelum diangkat.
" Hello" jawab si dia sedikit kasar.
" Hello, assalamualaikum… ngah wat per?"
" Nak apa?" soalan Syaza si dia tidak jawab. Syaza tidak kisah.
" Saje, nak tepon boyfren sendiri takleh ker?" usik Syaza berjenaka, mengharap si dia tertawa. Namun, si dia hanya mendiamkan diri membuatkan Syaza terasa kekok.
"Buat apa hari ini?" giliran si dia pula memulakan perbualan.
Syaza senyum kemudian menceritakan dari A-Z apa keletahnya hari ini. Dari bangun pagi, pergi ke ofis, makan, borak, semuanya diceritanya satu persatu, tidak satu bahagian pun yang dia lupakan . Semuanya ingin dikongsikan dengan si dia.
Semuanya.
" Ayang pula hari ini buat apa?" Tanya Syaza manja.
" Cam biasa, keje. Takde apa yang best"
Mereka meneruskan perbualan lagi dan Syazalah yang paling banyak topik untuk dibincangkan. Si dia hanya mendengar, sesekali menyampuk dan sesekali mengiyakan. Perbualan mereka berlanjutan agak lama namun Syaza terasa begitu kejap. Kalau ikutkan hatinya, tidak mahu dia menamatkan panggilan ini, Syaza ingin mendengar suara si dia setiap saat. Saat kreditnya hampir habis, Si dia dengan nada lembut;
" Yang, lepas ni kalau nak bercerita takyah la panjang sangat. Takyah cerita dari A-Z atau details sangat cam part makan tuh, buat apa ari nih. Hari-hari benda yang sama jer. Cite benda penting jer "
" dan, pas ni takyah lah call slalu.. seminggu sekali ker."
" K lah, gi tido. Nite-nite, sweet dreams, oyasuminasai.. muaah ..luv you" si dia menamatkan perbualan mereka untuk malam ini.
5 minit kemudian, Syaza masih merenung jam dinding quartz yang tergantung di dindingnya.
Pukul 10 malam dan dia masih belum terasa ingin tidur. Tangan kanannya menyentuh dadanya , di situ lah terdapat hatinya - degupan hati hanya milik si dia.