Sambil mereka berjalan menuju ke restaurant yang dimaksudkan, Airil mendengar Mazlan berceloteh. Kuat membebel juga sahabatnya ini mengalahkan perempuan. Dia mengangguk dan mengiyakan sahaja walaupun fikirannya asyik memikirkan hal lain.
Hari ini walaupun semuanya berjalan seperti yang dirancang, dia rasa sedikit pilu tanpa sebab.Realitinya, dia langsung tidak dapat memberikan tumpuan sejak dari pagi tadi. Kosong, itu yang dirasainya saat ini.
Langkahnya mati bila terpandang pada sejambak bunga berbentuk loceng yang cantik dengan warna biru-keungguan, terpamer di depan sebuah jendela cermin milik kedai yang sedang mereka lalui.
“ Kenapa?” tanya Mazlan bila melihat Airil berhenti tiba-tiba. Dia memandang bunga yang ditatap Airil yang seakan terpukau tu.
‘Fiore e dentro.. Kedai itali ke?” tanya Mazlan pelik.
Airil terus melangkah masuk ke kedai ini, mengatur langkahnya mendekati bunga yang menarik perhatiannya itu. Perlahan-lahan dia cuba menyentuh kelopak bunga yang memukau warnanya itu, dengan debar hati yang tidak keruan.
“ Bellflower. Encik teringatkan sesiapa ke? “
“ Huh?”
“ Bellflower it also symbolic for ‘thinking of you’ . Encik teringatkan sesiapa dan nak beli untuk 'dia' ke?” jelas si penjual bunga bila melihat reaksi Airil yang keliru di tegur tadi.
“ Oooh.... kedai bunga ke nih???.. classic...!!” puji Mazlan sambil mendekati mereka berdua. Dia yang bertubuh agak besar itu, hati-hati menyelit antara himpunan bunga-bunga yang penuh di segenap kedai ini.
“ Selamat datang cik.. encik nak beli bunga?” tegur si penjual bunga pada Mazlan pula. Suara yang nyaring tapi ceria itu mewujudkan suasana yang mesra antara penjual dan pembeli.
“ Err..’
“ Encik nak beli untuk girlfriend ke, isteri ke.. ibu ke.. suma ada.. Kalau nak bagi girlfriend saya suggest kan rose, atau orchid.. mari saya tunjukkan.. “ promote si penjual bunga dan Mazlan seperti bodoh hanya mengikut langkah si penjual bunga
“ Kalau nak ngorat perempuan bunga per yang sesuai.... hmm.. ooo...”.....
Perlahan-lahan Mazlan dan si penjual bunga hilang di balik bunga-bungaan ini. Dan kini tinggallah Airil seorang diri dikelilingi bungaan hidup, masing-masing menghasilkan bau yang wangi dan selesa.
Dia merenung kembali bunga bellflower yang menarik perhatiannya tadi. Debar di hatinya menjadi semakin tidak keruan dan perlahan-lahan dia menyentuh kelopak bunga itu.
Suaranya yang lembut itu bergema lantang.
“ Belilah lilac untuk cinta pertama,Daisy untuk cinta sejati . Violet untuk kesetiaan. Setiap bunga mempunya maksudnya tersendiri, tak rugi belikan untuk seseorang ibu, isteri.. kekasih.. sahabat...
Bicaranya terhenti.
“Encik, encik nak beli bunga ke?”
Rambutnya yang tersisip bunga bewarna putih itu terbuai-buai lembut ditiup angin petang. Semerbak bau bunga itu tersebar di udara.
“ err..”
“ encik nak beli untuk siapa?”
‘err.."
Bibir merah itu terukir senyum yang manis.
Bibir merah itu terukir senyum yang manis.
Dia menanggalkan bunga yang terselit kemas di rambutnya itu.
“ Freesia....” katanya lembut sambil menghulurkan bunga itu.
“just like me..
“ Yo, jom blah... “ tegur Mazlan, menghentikan lamunan Airil . Di tangan sahabatnya itu terdapat sejambak bunga freesia.
“ don’t judge!... baunya wangi .. so aku beli. Tapi budak tu kata it means.... ”
“ sweetness and friendship” pintas Airil seakan tahu maksud bunga itu.
Mereka berdua meninggalkan ‘Fiore e dentro’.
" Freesia.. it means sweet and friendship... just like me.."
next