Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 29 April 2011

KL LOVE STORY 45


google pic

Sekali lagi Amyra! Why Amyra! Why kau nak juga dekat dengan mamat buaya ni!!tak tau ke.. DANGER

Mataku mencuri jeling pada Danny yang berjalan tenang di sisiku. Dengan gaya kedua belah tangannya dimasukkan ke kocek jeans, kasual sahaja cara dia berada di sisi ku. Aku pula yang rasa kekok, sambil memerhatikan keliling aku perhatikan kiranya ada mata-mata yang memandang serong pada kami berdua.  Seakan menjadi satu kebiasaan setiap kali  kami ykeluar bersama, pasti ada suara-suara sumbang yang memperkatakan tentang kami berdua.

' ee... sapa tu? kenapa dia keluar dengan Danny?"
" Girlfriend Danny ke tuh? tak sesuai la..."
" Danny keluar ngan sapa tu? Perempuan tu tak sedar diri ke?"

Tapi hari ini tiada sesiapapun mempedulikan kami. Selesa aku dibuatnya..

Ok, berdasarkan cerita cinta-cinta ni, kalau dah masuk date ke-3 means dah ade hintler yang si lelaki ni suka kat perempuan ke.. simple kate, macam dah ada harapanlah. Aku dan Danny? Masuk ni dah berapa kali agaknya date kami yer.Wait!!.. .. 'date' la sangat. First date, ok.. second date.. worst.. third date? untuk apa?

Aku fikir si Danny ni tak tahu maksud date kot? Date adalah konsep bila kita hendak keluar dengan seseorang yang kita suka, kita nak ambil hatinya.. kita nak luahkan perasaan..semua yang romantik-romantik.

Tetapi date dengan Danny? Macam takde hala tuju.. dia nak apa dari aku sebenarnya?

" Hei awak. date dengan saya hari ini." 

Itu bukannya ajak date. Itu mengarahkan aku date dengan dia!! 


Aku mengekori  Danny dari belakang.

Buat masa ini aku hanya mampu mengikut sahaja, sebab berada di tempat asing ini, aku tidak mahu terpisah dari dia.Sekiranya tiba-tiba dia hilang mood, di tinggalnya aku kat PD ni sorang-sorang.Macam mana aku nak balik KL?

Kami masuk ke 7-eleven.

“ Kita beli maggi cup dulu..” katanya seraya mengambil 2 cup maggi kari kemudian mengambil 2 botol air mineral.

 " Ah? Awak makan mee curry tak? Ke awak nak maggi ayam ke..." 

la... baru nak tanya... dah sampai kaunter pun.

Selepas membayar, kami beredar menuju ke destinasi yang dia inginkan.

" Awak ingat tak? Saya jumpa awak second time kat seven -E..." ~Huh.~??

" First time kat club, second time kat seven-E, third time kat..."
" Apartment saya.." potong ku. Dia diam sejenak..
" Bukan kat tempat sampah ke?" dia sengih.~Huhu.. tempat sampah... huhuu..~.

Jom..” ajaknya memegang tanganku, mengikut langkahnya.

Duk..dap..

Dia memandangku sambil bibirnya mengukir senyuman.

Duk dap..

Tuhan, di mataku saat ini hanya terlihat dia. Dia yang sedang senyum dan ceria.Senyuman yang aku nantikan dari tadi.. Keceriaan yang membuatkan hatiku turut berlagu riang.  Tanpa sedar, bibirku jua menguntum senyuman..




Dan sedang aku asyik hanyut memandangnya, langkah kami berhenti. Berhenti di persisiran pantai..

Dia menarikku duduk di batu-batu besar yang sesuai untuk duduk sambil berborak.

Pukul 8 malam dan laut yang gelap, aku renung. Hanya ada beberapa pasangan couple yang sedang berdating. Kelihatan samar-samar cahaya dari hotel berdekatan. Danny menoleh padaku dan aku cepat-cepat toleh ke tempat lain sambil berdoa dia jangan ada niat buruk.. jangan buat tak baik kat aku..

"  Jangan risau. Saya akan hantar awak balik rumah malam ni gak. " katanya  seakan mengerti apa yang aku fikirkan secara negatif.

 Syukur...aku menarik nafas lega.


" Awak tak pernah nak percayakan sayakan? "

Aku diam. Telan air liur yang terasa kelat.

Dia membuka maggi cup, masukkan air panas yang dibungkusnya dalam botol semasa di 7-eleven tadi dan hulurkan padaku.

 “Awak nak makan mee kat tepi pantai jer ke?”sengaja aku tukar topik. Maggi cup yang terhulur aku sambut dengan rasa yang bersyukur. Perut pun dari tadi asyik berkeroncong.

“  Sejak kecil saya teringin date hanya makan mee cup di tepi pantai..  “ jawabnya selamba.

Dia menghirup kuah panas dari mee cupnya kemudian ternganga-nganga, menahan panas di lidahnya. Aku gelak-dalam hati..

"Wow.. dah berapa ramai perempuan awak bawak date macam tu? ”

“ Awak yang pertama."

Haha... aku tahu ni mesti 'ayat' buaya dia. Walaupun begitu,  aku tidak dapat menipu diriku yang saat ini perasaanku sedikit terawang- awangan bila dikatakan orang pertama. Senyuman yang hampir terukir, aku sembunyikan..

" ..Usually yang lain saya date di tempat lebih high class, dinner di restaurant mewah, take her to dance, buy expensive stuff... bunga, diamond.. money. not maggi cup." sambungnya dengan nada bangga riak. 


“ Awak tentu benci saya kan.. “ rungutku sambil menyuap mee ke mulut.  Dah agak dah... takde nyer romantik-romantik dari si Danny ni. Dia sentiasa nak kenakan aku sahaja. 

Terhambur ketawanya.
 “Kalau itu yang awak percaya..”
Aku diam..

Perkataan tu lagi. Dia masih ingat tentang hal kat rumah hari tu ke?Persoalannya, bagaimana aku nak percayakan dia? Bagiku.. dia sentiasa seorang 'buaya'..

“ Danny.. tentang hari tu.. saya..”

“ Saya nak buat confession."  potong Danny, tidak memberi peluang aku bercakap.

Wajahnya yang serius itu menatap aku.

" Sebenarnya saya tahu bila awak keluar dengan saya, awak sentiasa curiga..Walau apa yang saya buat,  saya tahu awak sentiasa anggap saya si  ' buaya' yang bermain dengan kata-kata.. Seorang lelaki yang suka mengambil kesempatan terhadap perempuan. A standard playboy.. "

"Menerima pendirian awak tentang itu, saya masih juga mendekati awak."

" Dan semakin dekat dengan awak, semakin saya inginkan awak. Jadi, saya sentiasa sakitkan hati awak, saya buli awak..semua itu bertujuan untuk awak terus membenci saya, menjauhi saya, - agar perlahan-lahan nanti, saya juga dapat membenci awak.. 

" Kelakarnya, saya tidak dapat  terus menipu diri sendiri lagi. Sejak awal pertemuan lagi saya sentiasa ingin jadi sebahagian dari hidup awak . Saya tidak mahu berpura-pura lagi di depan awak..." 

Dia mengeluarkan pursenya. Jam tangan rolex yang tersarung di tangan kirinya turut ditanggalkannya perlahan.  Begitu juga kasut kulit jenama italy, spek matanya.. telefon bimbitnya.

 " Hari ini saya bukanlah anak Dato' Khir Abdullah, bukan pewaris Damya Holdings, bukan juga seorang  'buaya" "

 Dia mencampak semua barangnya ke tengah laut.

" Yang ada cuma mee cup , a normal date dan seorang lelaki  berkaki ayam, tidak berduit. Tanpa identiti buaya dan pewaris Damya Holdings, sudikah awak betul-betul mengenali Daniel Fazran ini ? "


Dia melutut di kedua-dua kakinya, menghulurkan tangannya ala-ala putera raja yang sedang melamar puteri raja.

" Cik Amyra.,Sudikah awak berkenalan dengan saya hari ini dan keluar date -"
"A real date dengan saya? . "

Ya Amyra.. Jika dia bukannya buaya? Jika dia hanya lelaki biasa seperti aku. 

Sudikah aku mengenalinya? Yang penting, adakah aku ingin berikan diriku peluang ini, peluang mengenali dia?

Aku juga  sudah terlalu penat dengan teka-teki dan suspicious yang tidak berkesudahan ini.

Aku getap bibir. Mengingati hal di taman tadi..

Pandangan matanya yang terpapar kesedihan dan kesunyian itu? Sediakah aku untuk masuk ke 'dunia' di sebalik Danny yang sebenar ini?  Sediakah aku mengenali semua itu? Apa yang difikirkannya.. Apa yang disembunyikannya...Kesemuanya?

Danny tanpa lakonan.Tanpa kekeliruan, tanpa rahsia. 



Piungggggggggggg!!!



Bunyi bunga api dilepaskan membuatkan kami berdua beralih pandang pada bunga api yang dilepaskan oleh pasangan couple berdekatan.


Piunggggg!!!
                          Piunggggggg!!
                                                          Piungggggggggg!!!!!!!!!!!!!!

Kami berdua ketawa serentak, terkejut..

Waktu itu aku sedar..

Yang  aku cuma ingin dia ketawa dan ceria.. setiap detik. 

" Saya rasa this is a romantic date ever dan ..
 Daniel Fazran ni...   is not bad.. ..." ” kataku perlahan.. 

Dia senyum mendengar jawapanku itu.

Kami duduk bersebelahan. Sambil memerhatikan bunga api yang cantik di angkasa, aku mencuri pandang Danny yang tidak berkedip-kedip  memandang bunga api yang begitu dekat dengan kami. Pantai yang gelap menjadi terang benderang kerana kehadiran bunga api yang tidak dijangka itu.

Bukan itu sahaja, orang ramai mula datang berkumpul untuk melihat bunga api yang meriah itu.

Dan aku pula? Aku langsung  tidak dapat melepaskan pandanganku dari merenung Danny yang tersengih lebar. Matanya yang ceria itu kelihatan lebih indah dari bunga api ini. Lebih bercahaya dari cahaya rembulan yang sedang mengambang ini.

Kerana walaupun aku tidak yakin dengan perasaan aku buat masa ini.. adakah ia benar-benar cinta, atau cuma suka. Atau apa-apa saja!  Aku cuma tahu satu benda penting ...

Aku gembira melihat dia seperti ini..Aku ingin dia sentiasa begini.

Kami berdua diam memerhatikan sahaja bunga api di kaki langit.

“ Amyra... I’m sorry pasal hal kat club, kat rumah Farish dan cafe Farish... i just...”

Perlahan-lahan aku mendengar bisikan hati aku sendiri. Dan untuk kali pertamanya, aku memintas bicaranya.


“ Saya percayakan awak..”





~Ending of chapter season 1- KL LOVE STORY ~



END  SEASON 1


previous




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'