Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 29 April 2011

~Forget-me-not~2


 Airil bersandar lega di kerusi empuk dalam biliknya.  Mazlan jua turut bersandar gembira di kerusinya yang mengadap Airil. Mereka berdua tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan senyuman lebar yang jelas di wajah masing-masing.

“ Kita kene celebrate ni! Wow! Heheh,,hahaha...” kata Mazlan gembira masih tidak percaya yang deal itu sudah menjadi milik mereka. Semuanya jasa baik Airil dan proposalnya. 

“ Tular.. aku pun cam tak percaya... but, whatever pun.. this is real dude.REAL... “ balas Airil sambil menghidupkan komputer ribanya. Email dibuka dan dibacanya. 

“ Hey, jom celebrate.. kuar nak ? Kite gi club ker.... ..”
“ Aku ade meeting kul 2 nih ngan branch kat Milan.Then aku nak siapkan satu proposal ni untuk next project ngan Kencana holdings..   “ potong Airil. Tangannya terus menerus menaip membalas setiap email yang masuk.

“ Workaholic...”

Airil sengih, baginya istilah itu adalah satu pujian.

“ Then , how bout just lunch... ? ade satu restaurant 5 class nih..”
“ Hmm.. ok, tapi sekejap je k..  ..” katanya masih lagi sibuk dengan kerjanya
“  Aku tunggu kat lobby bawah, workaholic.. “ 

Mazlan keluar dari bilik dan Airil tidak mempedulikannya.. Sebentar nanti barulah dia turun . Lagipun teman sekerja ini sudah 'masak' dengan perangai Airil yang mesti menyiapkan kerjanya dulu sebelum berlibur.

Airil membuka beg bimbitnya, rasanya ada satu dokumen yang penting dalam beg galasnya itu.  Sambil matanya menatap skrin, jemarinya meraba-raba di celah-celah dokumen-dokumen  yang tersusun kemas dalam beg bimbitnya, hinggalah dia terasa sesuatu berbentuk tupperware makanan.

Dia mengeluarkan Tupperware warna biru yang bersaiz sederhana itu.

“ Ee...... macam biasa, mesti dia lupa nak breakfast kat rumah kan? Penat saya buatkan tau huhuhu...
Tapi, saya faham.. awak busy.. takpe.. (^_^)V ..  jadi nih saya bungkuskan makanan untuk lunch hari ni.. luv you..”
P/s : jangan lupa malam ni yer..

“ Haishhhh..........” Airil mengeluh sambil mengerut dahinya. Camne la dia boleh lupa breakfast tadi? Memo kuning tu dah terang-terang tertulis, camne la dia boleh lupa?? Hatinya rasa bersalah... 

Kemudian dia terlihat sekuntum bunga tulip warna putih yang terselit di celah-celah dokumen di beg bimbitnya. Dia tersenyum dan mengeluarkan bunga tulip itu yang tertampal kertas memo merah bentuk hati yang kecil tertulis “ you are forgiven” 

Dia senyum lebar.. forgiven huh? Bunga tulip putih yang suci bersih itu dibeleknya riang.


“ En. Airil, En Mazlan dah tunggu lama kat lobby bawah. “ Nasuha setiausahanya menjengah kepalanya, mengingatkannya tentang janji lunchnya bersama Mazlan.

“ok.” 





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'