Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 3 Mei 2011

~Forget-me-not 4~



“Sunflower:  Di China, ia adalah simbolik pada usia panjang. Bunga ni disebut bunga matahari sebab ia akan tumbuh mengadap matahari.. slalunya  diberikan sebagai tanda cinta suci pada seseorang..
“emmm...”
“ Pink carnation is use to show you’re unforgetable.”
“emm...”
“ Awak bosan yer.. “

Wajahnya yang merah padam dengan mulut yang dimuncungkan , menatap  marah pada Airil. Airil ketawa.

“ Tengok tu. Kalau awak nak datang sini untuk mengetawakan saya, baik tak payah.”rungutnya dengan nada merajuk diperlakukan begitu. 

Senyuman di wajah Airil masih tidak pudar. Dia bangun dan membelek-belek bunga-bunga di kedai bunga yang kecil ini. 


“ Awak suka sangat pada bunga yer?”tanya Airil perlahan.
“ Mestilah!. Bukan sahaja sebab ianya cantik, harum, berbau wangi  tetapi setiap bunga ini punya maksud yang indah di sebaliknya. “ jelasnya girang  sambil Airil hanya mendengar.

Ya, dah hampir sebulan Airil mendengar celotehnya, Peliknya, sedikitpun, airil tidak jemu.....

“ Kalau awak tak suka bunga kenapa awak selalu datang sini?” soalan itu diajukan pada Airil  tiba-tiba.

Si gadis yang bertanyakan soalan itu, Airil renung. 

“ Saya?”
“ Yerlah.. Sejak hari pertama lagi saya pelik kenapa awak masuk ke kedai ini. Kemudian awak selalu datang sini, tapi tak beli apa-apa.. Cuma dengar saya tunjuk dan ceritakan tentang bunga-bunga di sini... Mula-mula saya ingat awak nak beli bunga tetapi tak tahu nak belikan bunga untuk apa.. tapi... sampai skrang awak masih tak buat keputusan nak beli bunga apa.. “

Panjang bebelan gadis itu.. 


Airil memerhatikan sahaja mimik muka gadis itu. Comel.. sweet.. dengan apron pink dan bunga yang disisip di rambutnya,sopan dan sweet.
Gadis itu terus membebel, dan Airil terus hanyut ..

Gadis ini.. Bila dia malu, pipinya akan kemerahan. Bila dia gembira, si gadis itu akan kelihatan tersenyum lebar dan  senyap-senyap bersiul kecil bila mengubah bunga,  dengan anggapan tiada siapa yang memerhatikannya...Namun Airil tahu semua itu.

Dan bila si gadis itu merajuk, mukanya sedikit mencebik, bibirnya akan dijuih panjang.. namun  rajuknya tidak lama, dia kan kembali tersenyum dan ketawa. Airil  tahu semua itu.

Memerhatikannya, mendengar suaranya, melihat wajahnya dan berada di sisinya, buatkan Airil selesa dan sempurna. Airil cuma ingin berada di sini bersama dia, di setiap detik.


“ Airil... awak dengar tak?” 
“ Awak tak suka ke saya datang sini? Kalau tak suka saya takkan da...”
“ Taklah! Mana ada! Saya suka awak datang sini! Saya... “  tegas si gadis sebelum sempat Airil menghabiskan kata-katanya.  Pipinya jelas kemerahan dan dia terus bergerak meninggalkan Airil sebelum menghabiskan kata-katanya. 

Dan senyuman di wajah Airil jelas tidak dapat disembunyikan. 


“ Nanti dah dapat bunga apa yang awak nak beli, beritahu ok!”  pesan si  gadis. 




...          ....            .....           .........  ............






“ Encik Airil... encik Airil...”

Pandangannya beralih pada sidang meeting sekarang ini. Dia sedar dia dihanyut lamunan sekali lagi. 

Mazlan yang duduk di sisinya memandangnya resah,  menyedari sejak lunch tadi sahabatnya ini asyik dibawa khayalan. 

“ Hmm... sorry.. continue...” katanya pada presenter. Mereka kini sedang berbincang dengan bahagian marketing pula. Jam dinding menunjukkan pukul 4 petang. 

Aril memerhatikan bunga lunari hidup dan chrysanthemum yang menghiasi meja persidangan ini. 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'