Aku tahu aku kekurangan
dan nyata-nyata kau lebih dari aku..
tapi tidak usah kau tunding-tunding jemari kau
dan juih-juihkan muncung mulut mu
pada kekurangan itu
Terang-terangan sudah aku beritahu
aku tahu kekurangan ku,
ia jelas tak pernah aku selindungi
tapi tak perlu kau bogelkan lagi sesuatu yang tidak pernah ditutupi
dan kemudian berikan baldu untuk membaluti?
Kekuranganku
walaupun kau lebih arif , tapi aku lebih tahu
kerana
kekurangan ini milikku, lahir bersama ku..
membesar bersamaku dan semua cela dan rahsianya
sentiasa di sisiku
Jadi jika jelik pandangan kau pada kekuranganku,
maafkanku, dan alihkan kan matamu
pada mereka yang sempurna
yang bagi mu tiada kekurangan
sebab kekurangan ini
aku tidak pernah fikir untuk sembunyikan
atau diubahkan, atau dicanangkan
Aku..
sudah lama menerima kekurangan itu
dan kongsikan bersama mereka
Mereka..
yang telah menerima kekuranganku
Mereka ..
yang telah melihat apa yang ku lihat
dalam kekuranganku
Aku tahu kekurangan ku..