X1 Mall ini adalah salah satu pusat membeli belah yang mempunyai kemudahan yang canggih dan berteknologi.
Namun, sekarang ini, aku betul-betul menyesal datang ke sini. Situasi sekarang dengan keadaan di himpit ramai dalam lif ini membuatkan aku rasa sesak dan ingin menyumpah-nyumpah. Walaubagaimanapun, dengan mengunakan logik dan sedikit usaha menyelit-nyelit antara mereka, akhirnya aku berjaya berada di tepi dinding lif yang lutsinar ini.
Fuhh…
Dapat juga aku menarik nafas lega.
Aku memerhatikan pemandangan dari kaca lif yang lutsinar ini. Aku sangat bersyukur kerana aku bukan merupakan seorang yang gayat dan dapat menikmati keindahan dari tingkat 10 ini. Kelihatan kecil sungguh insan-insan di bawah itu, semuanya sedang leka berpusu-pusu menuju destinasi membeli belah mereka.
" Tingkat 6, sixth floor" suara lif automatic bergema tatkala lif ini berhenti di tingkat 6. Seorang wanita tua dan sepasang kekasih turun di tingkat ini mengurangkan kepadatan di sini.
Aku tidak sedar rupanya lif ini sudah turun jauh ke tingkat 6. Leka melihat insan-insan di bawah, aku mengalihkan pemandangan ke lif sebelah yang sedang bergerak naik ke tingkat atas. Situasinya agak sama juga dengan keadaan lif aku, penuh dengan orang. Almaklumlah, hari ini hari hujung minggu semua orang hendak berkunjung ke x1 mall.
" Adiana??"
Terkejut aku saat melihat sesusuk tubuh yang aku kenali itu dikalangan mereka yang ramai . Adiana?
Tidak silap lagi, Adiana. Ini Adiana!!
Hatiku menjerit.
Dia ada di sini. Di sini!!
Bukannya mimpi.
Aku mengosok mataku, bagai tidak percaya.
Gerak..!!! kaki, gerak!!
Jerit otak ku memberi arahan pada diri ini yang tegak kaku, terkesima dengan situasi ini.
Di sini. Aku perlu dapatkan peluang ini.
Baru sahaja kaki ini ingin bergerak keluar dari lif ini, pintu lif tertutup seperti sengaja mempersendakan diriku.
' Turun.' Suara automatik itu bergema, dan lif meneruskan gerakannya ke bawah.