" Zakuan….." itu sahaja yang terngiang-ngiang di minda ku saat ini. Tidak silap aku, dia berada di sini. Baru tadi, dan dia sedang turun ke tingkat bawah.
Mungkin bayangan, mungkin mainan ilusi.
Hati ini mungkin mempermainkan aku.
Mungkin juga mindaku tidak dapat membezakan antara realiti dan imaginasi.
Semua itu sudah ku pertimbangkan. Namun, hati ini mengesa diriku untuk mengejarnya.
Walaupun sekiranya ia cuma bayangan, aku ingin melihatnya walaupun hanya sebentar. Hatiku berbisik kepastian ini.
Dan aku terus menekan lif ini, turun ke tingkat bawah.
" Please, make it on time."
Aku memejam mataku, mengharap.