Nguapan aku yang agak tidak sopan ini, membuatkan dua orang perempuan yang berada di sebelah aku menjeling. Aku hanya mampu tersengih. Mata ini masih rasa mengantuk kerana berjaga sampai pukul 4 pagi semalam.
Walaupun,
Aku menanti dia di situ sehingga berembun pagi, namun nampaknya tuhan tidak mahu menemukan aku dengannya. Kekecewaan semalam tidak mampu aku gambarkan.
Kecewa.
Aku sangat kecewa semalam.
Aku mengeluh. Apa lagi yang perlu ku lakukan untuk berjumpa dengannya. Rindu yang tidak tertahan ini, walaupun sekejap, aku ingin memberitahunya.
" Aku tidak sanggup kehilangannya."
Sukar sangat kah saat aku ingin mendapatkan kembali cinta ini?
Atau
Aku harus lepaskannya?
Mungkin, selepas aku belajar melepaskannya, rindu ini akan berakhir? Kesudahan yang terbaik untuk kami berdua.
Bezanya, aku tidak mahu ia berakhir.
" Stesen x1."
Aku keluar dari komuter dan bergerak ke shopping kompleks X1 Mall.