Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 17 Ogos 2010

Hai, I love you part 7

AchOoo!!!

" Camne kamu boleh demam ni?" bebel Imran.
" Saya selsema sahaja." dalih ku. Aku menelan ubat selsema warna kuning yang Imran serahkan.

" Kenapalah kamu tidak gunakan jalan biasa kamu balik ke rumah semalam?  Kelam-kabut Nabila telefon pakcik! Risau kamu tak balik-balik semalam! Kamu pergi mana?" nampaknya pakcik Imran masih lagi tidak mahu menghentikan leterannya.

Aku tidak mahu menjawab soalannya. Biarlah telinga ini mendengar bebelan dari mulut ini berbicara pendustaan.

Kebenarannya,
Aku sendiri tidak tahu kenapa semalam, kaki ini berat untuk melangkah pulang. Yang ku tahu, semalam  tanpa sedar,  aku berada di jalan yang menuju ke rumahnya.

Menyedari betapa dekatnya aku saat itu dengannya, aku rasa terlalu gembira, namun memikirkan  reaksinya nanti membuatkan aku seakan tidak keruan. 
Jadi, aku hanya menunggu di sana.
Mengharap berjumpa dengannya.
Walau pun hanya kelibat.
Bodoh kah aku?

Berembun sehingga pukul 4 pagi dan kelibatnya tidak kutemui.
Akhirnya aku beredar,  hampa, walaupun ingin berjumpa dengannya.  

Kerinduan ini buatkan aku seperti ini.
Begini.- Tiada hala tuju.

Adakah dia merasai apa yang ku rasakan? Saat ini?

Aku bangun untuk beredar dari café ini.

" Nak ke mana?"
" Nabila ajak teman dia shopping kat X1 Mall." kataku sebelum beredar.

Aku tahu pakcik Imran seakan ingin menghalang, namun cepat-cepat aku melangkah keluar. Aku juga tahu dia rasa risau dengan keadaan aku sejak akhir akhir ini, murung dan tidak bermaya. Aku sendiri sedar dengan perubahan aku kini. Semuanya berubah sejak aku kehilangannya.

Tetapi satu sahaja masih kekal..
Hati ini masih mencintainya, merinduinya…

Aku menahan teksi untuk ke shopping kompleks di mana Nabila sedang menunggu.

Mungkin, aku dapat melupakannya dalam kemeriahan di syurga membeli belah  bagi kaum wanita itu. Itu yang terbaik untuk diriku, meneruskan hidup ini tanpa dia. Life have to move on.

" Aku tidak ingin melupakannya,." 

 Adiana

previous                                                     next

nota kaki: 
Mr N : x1 Mall? (¬_¬)
NN   : (-_-;)


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'