Jun masuk ke pintu apartment rumahnya, berbalas senyum pada pengawal aparmentnya yang mesra di panggil Pakcik Zai.
“ Balik pagi lagi?” tegur Pakcik Zai, lantang. Di usia 50an, bekas tentera ini masih kelihatan sihat dan kuat.
“ A’ah pakcik. Macam biasa... "
Jun terus masuk ke dalam lif yang terbuka. Sebaik sahaja lif bergerak ke tingkat 9 , dia menyinsing lengan baju kemejanya, melonggarkan tali lehernya dan menarik nafas lega. Satu hari lagi sudah berlalu.

KTing!
Pintu lif terbuka. Dengan tenang dan teratur, Jun berjalan ke bilik aparment bernombor 905.
Sebaik sahaja masuk ke rumah bujangnya, Jun tanpa lengah masuk ke bilik shower untuk mandi. Semalaman berada di pejabat dari pukul 9 malam ke 6 pagi, buatkan badannya terasa lesu walaupun dia hanya berada di ofis, bukannya bekerja di luar.Dan pengubat untuk segala keletihan dan kelesuan ini adalah, satu siraman air sejuk yang menyegarkan segala sendi-sendinya.
Lebih kurang 20 minit kemudian, Jun keluar dari bilik shower dengan rambut basah berbau wangi syampoo. Dia sentiasa memastikan rambutnya disyampoo dan kulitnya dibersihkan sebaik sahaja habis kerja, tidak kiralah waktu pagi atau malam. Mungkin kerana habitnya sebegini, buatkan kulitnya bersih dan licin, tidak seperti lelaki melayu yang lain.
Jun menuju pula ke dapur dan bersiap untuk menyediakan sarapan paginya sendiri. Menu hari ini adalah roti , air suam , scramble egg dan salad- Sempurna untuk satu pagi yang ceria.
Bila jam di dinding bergerak ke 5.48 pagi, menandakan masuknya waktu subuh bagi Kuala Lumpur, tanpa melengahkan masa, Jun terus masuk ke bilik air, mengambil air sembahyang untuk mengerjakan sembahyang subuh.
Selesai sahaja, Jun, sambil mencapai gelas air suamnya, bergerak ke balkoni, menyelak langsirnya dan merenung ke kaki langit.
Apartmentnya yang tinggi ini adalah sebuah apartment mahal yang mempunyai pemandangan indah di tengah bandar raya, dan kedudukan biliknya adalah yang terbaik untuk melihat matahari terbit. Di sebabkan itu. balkoni Jun terdapat meja dan kerusi yang sengaja diletak di situ, kerana Jun tahu yang dia akan melakukan kegiatan ini setiap hari. Berehat di balkoni sambil memerhatikan matahari terbit.

“ Satu lagi hari yang sempurna.” bisik Jun gembira, bila melihat cahaya merah yang perlahan-lahan semakin terang.
Sempurna! Kehidupan Jun adalah satu kehidupan yang lengkap, yang diimpikannya sejak dia belajar lagi. Jun adalah seorang arkitek yang bergaji hampir mencecah RM 6000, berkat pengalaman kerjanya yang sudah mencecah 5 tahun dengan company Art and Buildings corporation.
Jun juga mempunyai apartment yang mewah dan selesa di tengah-tengah Bandar Kuala lumpur, sepenuhnya miliknya.Sebuah kereta Vios yang membantunya ulang alik ke pejabat , duit pelaburan yang disimpannya untuk masa tuanya. Ia sebuah kehidupan impian semua.
Semua ini berkat perancangannya sejak muda.Tiada apa yang diperlukannya lagi kecuali...
Semua ini berkat perancangannya sejak muda.Tiada apa yang diperlukannya lagi kecuali...
Sepasang burung pipit yang berterbangan beiringan, mencuri perhatiannya.
Ya, apa yang masih kurang adalah seorang teman.. Jun sedar yang dirinya sudah menjangkau usia 28 tahun. Sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga. Tambahan pula dengan keadaan dirinya sudah bekerjaya, adalah tidak sukar untuk dia memperoleh 'suri'- pelengkap kehidupan ini. Cuma...
Air di tangan, diteguknya.
“ Cuma hati ini masih belum jumpa yang satu.”
“ Selamat pagi..” ujarnya pada diri sendiri, sambil mendepakan tangannya, menyerlahkan dada bidangnya. Jun menyedut udara pagi yang dingin dan bersih ini sepuas-puasnya.
Selepas ini...
Selalunya Jun akan meneruskan menikmati pagi yang indah ini dengan menu sarapan paginya, kemudian turun untuk berjogging di taman berdekatan sebelum masuk ke ofis pada pukul 11 pagi.
Sepatutnya....~~
Namun,
hari ini Jun hanya berdiri kaku di balkoni- Memandang pada seorang gadis yang berdiri bertentangan dengannya- Gadis yang berada di sebuah apartment biasa yang mengadap apartment mewahnya. Sebuah apartment yang rendah dari apartmentnya- Sebuah apartment yang mempunyai gadis ini. Gadis yang leka nenguis rambutnya yang separas pinggang itu. Yang leka memerhatikan pemandangan pagi seperti Jun.
Sepatutnya,
Jun tidak akan memerhatikan seseorang terutama seseorang perempuan yang tidak dikenalinya. Dia tidak mungkin melakukan perbuatan yang dirasanya tidak sopan, memerhatikan perempuan. Jun bukannya seorang lelaki bermata keranjang, dia adalah seorang lelaki sempurna yang matang.
Sepatutnya
selepas menyedari perbuatannya ini tidak sopan, Jun akan bingkas beredar dari balkoni ini sebelum gadis itu menyedari perbuatan tidak sopannya ini.
Sepatutnya..
Dan kemudian, mata gadis itu bertemu matanya.