Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 25 Julai 2011

Pertemuan itu 2


Yurin mengelap meja customer yang baru beredar ini. Rambutnya yang diikat tinggi seperti ekor kuda itu bergoyang-goyang lembut, mengikut kerancakan gerakan tangannya.

Kemudian,dia mengangkat pinggan-pinggan kotor dan terus masuk ke bahagian dapur. Tidak terus membuang masa, dia akan pergi meja ke meja mengambil pesanan dari pelanggan.

Semua ini dilakunya dengan pantas. Motto CUSTOMER ALWAYS RIGHT-  adalah peraturan no satu yang diingatinya sebagai pelayan restauran makan ini. Harinya terus berlalu dengan kesibukan.

“Ada benda menarik ke hari ni? tiba-tiba Aiza menegurnya saat mereka berehat untuk makan tengah hari di bilik pekerja.

Yurin memandang Aiza pelik. Matanya yang bulat itu memandang Aiza, tidak mengerti.

“ Muka kau nampak ceria jer pagi nih.. Mesti ada apa-apa nih...” sambung Aiza membuat tekaan yang tidak berasas.

“ Mana ada.” 
“ Eleh..Yerlah tu... jangan nak kelentong. Muka ko ni berseri-seri jer.. Nampak ha.. siap merah lagi...aku boleh baca ler riak muka ko... ”


Yurin menyentuh pipinya yang terasa suam-suam.Rasa malunya memakan diri, hingga tiada apa yang boleh disembunyikan dari mata tajam Aiza ini.

“  Lelaki itu memandangku...”
“ Huh? Lelaki tu? ... aahhh!!! ... yang kat apartment mewah depan rumah kau tu?”
“ A’ah..”

Suara terperanjat Aiza yang nyaring itu membuatkan Yurin yang sedia bersifat malu ini, semakin merah padam.

“ Lelaki yang kau suka tu?Yang kau admire tu?? Yang matang dan kelihatan serius tapi hensem tuh..?/!!  Yang nampak berkarier gile tu??..  Yang macam tak mempedulikan diri selain dirinya?" Aiza sengih.

“Ya..ya..and  Ya.. kau saje tokok tambahkan...”

“ Ok.. Ok.. Lelaki yang perfect tuh Jadi kau buat ape?”

“ Aku cepat-cepat larikkk masuk dalam rumah..” 

Aiza ketawa, tidak menjangka jawapan itu. Namun, dia tahu Yurin memang pemalu. Sangat pemalu.

“ Itu jer..??"

Perbualan mereka tentang lelaki itu tamat bila Yurin mendiamkan diri, tidak mahu meneruskan perbualan tentang itu.

Bila Aiza kembali masuk ke restauran, untuk shift petang pula, Yurin masih mengunyah sandwichnya yang masih tinggal. Perlahan -lahan sambil berfikir tentang lelaki itu.

“ Aiza, bila ku lihat di matanya-i think i see love- mungkinkah ku jatuh cinta?" 

~####  Saat dia melarikan matanya dari pandangan mataku, hatiku berdetak kuat,... semakin kuat Hingga saat ini,  hati ini masih bergetar  ~~###- Jun


previous

next 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'