Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 12 Ogos 2011

Berikanku Jawapan 22


Bunyi air menitik di luar betul-betul menganggunya. Sengaja dia membuka radio Hitz.fm kuat-kuat, walaupun kedengaran bunyi zzzzz jer disebabkan siaran yang tidak elok,ia lebih baik dari mendengar bunyi hujan yang betul-betul menganggunya.

Dia kemudian terus ke dapur di tingkat bawah. Hatinya rasa resah dan tak tenang. Segelas air sejuk diteguknya walaupun tidak haus. Dia menarik nafas dalam –dalam. Baru pukul 1 pagi, namun dia tidak rasa mengantuk. Malahan dia asyik terfikirkan ....

" awak selalu macam nie.Lemah dan senang dikacau."

Kata-kata serius Neal masa 'menyelamatkan' dia hari itu terngiang-ngiang di telinganya.. Selalu? Apa maksud selalu? Dia memang seorang yang lemah ke?

Dia rasa macam pernah dengar jer ayat tu. Bukan masa Neal menyelamatkan dia tempoh hari, tapi dia macam familiar dengan hal itu.. kata-kata tu....Cuma dia rasa ayat tu macam tak lengkap.. Macam ada lagi.. tapi masa hal tempoh hari, Neal Cuma cakap macam tu ajer... Ish. .... Adakah dia dah mengingati sesuatu?? Adakah....

" tangisan awak buat saya tak selesa."
"jadi jangan menangis lagi...."

Fikiran Alisya melayang ke hari dia bersama dengan Neal di taman khayalan tempoh hari.. 

Senyuman Neal,  ketawa Neal, kata-kata Neal, pandangannya.Ia berbeza dan begitu lembut.Alisya senyum sendirian. Baru dia perasan, Neal agak 'kacak' dan ada  gayanya sendiri.. Memang sesiapapun boleh jatuh cinta dengan mamat yang look Pan-Asian tu .Pandangannya yang tajam, senyumannya yang manis, kata-katanya..

Alisya tersentak.

Apahal lak dia ni puji-puji Neal..Dia patut benci mamat tu.!!. kejam, mulut takde insurans, hati dingin macam ais... huhu... 
Kemudian, dia teringat hal semalam.. ciuman tu.... geramnye!!!!
Alisya mengaru-garu kepalanya yang tak gatal. Serabut kepala otaknya.

Neal tak patut berbuat macam tu!Sexual harrassment namanya nie...Betul tak?!! Tapi....

Alisya duduk di kerusi meja makan.. Dia membaringkan kepalanya di atas meja... tapi... Kenapa dia tak marah dengan kelakuan Neal tu? Betul-betul marah?....

Fikirannya runsing..

Takkanlah dia ter suka kat mamat kejam nak mampus tu...

 " Alisya, ia cuma satu ciuman!!.. tak bermaksud apa-apa... Mamat tu cuma menegaskan prinsipnya.. ya... "

Alisya mengeluh.

" Yah!!! Berusaha!! Benci- benci benci!!benci.. Neal.. Lelaki hati dingin.. kejam dan tak bertimbang rasa... !!!"jerit Alisya memberi semangat pada dirinya.

Dia membasuh gelasnya yang dah kosong.
Lampu dapur di tutupnya dan dia terus naik ke biliknya. Membiarkan radio terpasang.

Dia akan lupakan hal itu. Anggap tak pernah berlaku. Ya.. lupakan.. Mungkin apa yang Neal cakapkan itu benar.

Alisya memejam matanya. 



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'