Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA
Memaparkan catatan dengan label ~Berikan ku jawapan~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ~Berikan ku jawapan~. Papar semua catatan

Khamis, 25 September 2014

Berikan Kujawapan Tamat




“ Sekali lagi awak cuba tinggalkan saya...” 

Suara itu lemah bercampur nafas yang letih. Tidak mampu marah, tidak bertenaga, yang tinggal  cuma genggaman tangan yang kemas berpaut antara mereka.

Kedua-dua tubuh yang cedera dan basah lencun itu kaku merenung langit. Hari ini entah kenapa langit terasa begitu jauh, terlalu jauh. Tiada awan, tiada bintang.  Bila merenungnya, seakan-akan tenggelam dalam pandangan yang tiada pengakhiran. 

‘Di sisi saya, tiada bahagia.” Perlahan, berbaur kekesalan dan kekecewaan.
“ Dan tanpa awak, akan wujudnya bahagia?’
“Ya..”
“ Adakah itu sebuah janji?”
Alisya diam...

“Bolehkah awak janji tanpa awak,  kebahagiaan itu milik saya? Sebab apa yang saya lihat, hidup saya ketika ini, ia nya tiada kebahagiaannya..tanpa awak..”

Alisya mengusap rantai di lehernya. Dia tidak mampu berjanji itu, tiada sesiapa dapat mengetahui semua itu. Dan, kehidupannya juga sebuah penderitaan tanpa Neal. Jadi, dia tidak mampu berkata apa-apa, tidak mampu meluahkan apa yang terbuku di hatinya.. kerana apa yang diingininya, setelah apa yang telah dilakukannya, dia tidak lagi layak memintanya.. Dia bukan lagi Alisya yang dulu, bukan lagi budak perempuan yang Neal kenali. Siapa dia, dia jua tidak pasti. Apa yang dapat mengubah semua ini?


 “ Jadi inilah jawapan awak?” tanya Neal.

Serta-merta Alisya teringatkan soalan yang sama ini juga diajukan pada Neal..


"Jadi inilah jawapan awak?"
" Apa gunanya jawapan dari saya, bila awak sudahpun melakukan apa yang awak inginkan, kan? 

Alisya mengetap  bibir, dia tahu ini bukan apa yang dia inginkan..

“Tidak.. apa yang saya inginkan.. hati ini inginkan.. adalah..”

“Awak..” potong Neal. 

Alisya memandang Neal yang seolah-olah membaca fikirannya. Di sisinya Neal sedang memandangnya sambil senyum.

“ Itu jawapan saya... ianya sama kan?” sambung Neal. 

Perlahan-lahan bibir Alisya menguntum sebuah senyuman. Perasaan ini adalah kebenarannya. Dugaan dan halangan ketika dahulu dan yang akan datang, adalah kisah cinta mereka.  Siapapun dia , dia tetap Alisya bagi Neal. Dia percaya akan cinta ini.. seperti dulu.

Neal menarik Alisya ke sisinya, dan sambil mengiring, dia memeluk Alisya.

“ Saya ingin beritahu awak satu rahsia..’ bisik Neal.
“ uhuh?”
“ Saya cintakan awak sejak dulu lagi..  dari saat saya melihat si kecil yang bermain piano itu, saat itu saya sudah mencintai awak...”  

Alisya diam, wajahnya naik merah padan, dan debaran di hatinya tiba-tiba berdetak kuat.

“Hoho... kecil-kecil lagi awak dah gatal..” Tubuh Neal dipeluk sekuat-kuatnya..

“ Adeh...adeh...tulang rusuk patah.. patah..” rayu Neal.
Alisya ketawa, melepaskan Neal, dia memandang wajah Neal. 

“ Saya juga..” kata Alisya,

Neal senyum. Perlahan-lahan dia mencium Alisya.  


 Tamat. 




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Rabu, 24 September 2014

Berikan Kujawapan 92



“ I really hate hospital!” rungut Alisa, menyumbat baju kotor ke dalam beg baju. Kenny perhatikan Alisa menyumbatnya tanpa melipatnya.
“why? Your first love is a doctor ke?” usik Kenny walaupun dia tahu cinta pertama Alisa adalah Neal. 
“ Nope.. , sebab I kene buat kejer leceh ni, lipat dan kemas barang pesakit cam you! Seriously Kenny, you should find a girlfriend.. ”

Kenny lucu mendengar bebelan Alisa.

Alisa mengeluarkan baju  dari beg bila apa yang disumbatnya tidak muat dalam beg itu. Kali ini dia pilih untuk melipatnya.

“ Neal ada contact you? ’ tanya Alisa.

Kali ini kerisauan ini bukan lagi berbutirkan cinta. Dia gelisah sebagai seorang rakan. Sejak Kenny sedar dari koma, Neal tidak pernah datang melawat. Malah bila Alisa singgah ke rumah Neal, ianya sepi, berkunci, seolah-olah tiada penghuninya lagi. Tiada sesiapa tahu ke mana mereka. Seolah-olah mereka tidak pernah wujud.

Tetapi di ingatan Alisa, bayang lelaki di rumahnya, dan rantai di kocek itu terbayang-bayang di fikirannya.. Dia pasti rantai itu pernah dilihatnya. Rantai itu, ia sentiasa di sisi Neal dan Alisa yakin.. tempoh hari ketika dia tidak sedarkan diri, Neal berada di situ. Neal lah yang telah menyelamatkannya. Hari itu, sebaik sahaja dia tersedar, dirinya terbaring di halaman rumah; diletakkan di atas hamparan rumput dan selesa berteduh di bawah pokok rendang.  Di dalam rumah, tingkap dan pintu terbuka serta tiada lagi bau gas bocor. Dia selamat. 


Persoalannya, bagaimana Neal boleh berada di sana?Bagaimana Neal tahu yang dia akan ditimpa kemalangan itu? Mungkinkah ia berkait dengan Alisya ? Tetapi dia tiada jawapannya. Semua ini hanya andaian.Lamunannya terganggu bila pintu bilik diketuk perlahan. Seorang anggota polis lengkap beruniform berdiri di muka pintu.

“ Maafkan saya encik Khairul, walaupun kami sudah dapatkan semua maklumat tentang kemalangan tempoh hari ,tetapi ada beberapa perkara yang kami ingin pastikan lagi. Boleh kita bercakap tentangnya?”

Anggota polis bernama Harun itu mendekatinya. Mereka berdua bercakap tentang kemalangan yang berlaku. Jawapan yang sama Kenny berikan .  Bagaimana keretanya boleh terbabas? dia jawab disebabkan kesilapannya memandu, walaupun dari anak matanya, Alisa tahu itu bukan kebenarannya.

“ Em.. encik pernah dengar nama Alisya Maisara?”
“ Tak pernah, kenapa?”
 “Kami menjumpai cap jarinya dalam satu kes yang disiasat kami, “
“ Adakah dia seorang suspek?”
 “ Em.. tidak, cuma dia berkaitan dengan kes itu. Kami menjumpai bukti seolah-olah dia dipenjarakan oleh mangsa kami, tapi semuanya masih dalam siasatan. Maafkan saya sebab ia tidak berkaitan dengan encik. Saya minta diri dulu.. ”
Anggota polis yang pekat nada bahasa kedah itu, beredar.

“ Dah? Dari tadi baru satu helai jer dilipat..” tegur Kenny.


Kenny mengambil baju di tangan Alisa, dan sendiri melipat dan mengemasnya masuk ke beg. Lagaknya seolah-olah apa yang dibincangkan dengan polis tadi satu rutin biasa. Tidak terkejut, tidak risau.. tidak peduli.. itu yang Alisa perhatikan. 

“ Apa yang you sembunyikan?”
“ Tiada apa yang disembunyikan. Semuanya kau sudah tahu kan?“

Alisa senyap.

“ Ok,jum blah. Jap... my phone..” Kenny hampir terlupa telefon bimbitnya yang diletak di laci pertama.  Dia mengambilnya. Sebaik sahaja telefon itu berada di tangannya, dia teringat akan mesej yang diterima 3 hari lepas. Dibuka dan dibacanya kembali.

 Alisya Maisara bukan Arsya Maisara , cap jari yang dijumpai di tempat kejadian.. - 010xxxxxx-“

Message itu dipadamnya.

“  Dia adalah Alisya. Kepastian aku takkan berubah dan apa jua yang kau nafikan atau jelaskan, ia tidak bermakna apa-apa padaku..”

 “  Sekali lagi aku hampir buat kesilapan. Selama ini Neal, kau dah tahu dia adalah Alisya, kerana itu kau buat apa yang kau ingin lakukan selama ini.... mencintainya....  " bisik hati Kenny. 

Pintu bilik diketuk seorang jururawat berkulit sawo matang. Dia memegang sekuntum bunga lili yang diikat riben. Diserahkannya pada Kenny beserta satu nota kecil. 

“ Pelik, sekuntum lili? " kata Alisa.

Nota kecil itu Kenny baca.

 “ Ia mungkin sukar, ia mungkin tiada penghujungnya.. tetapi di sini tempatku, di sisinya bila hati ini tidak lagi dingin, tidak lagi kosong.. tidak lagi merindui langit yang biru.. teman, ini jawapanku, dan pengakhiran kisah ku..." 


pandang kat langit,  usually u do that right?""" can i know why?

 “ Puisi?” Alisa menjengah . Kenny senyum, hatinya rasa lega. Sebelum ini dia ingin tahu kenapa Alisya berubah menjadi Arsya? Apa kisah yang sebenarnya..Apa yang terjadi pada mereka berdua? Di mana mereka? Namun, segalanya tidak lagi penting kerana dia telah mendapat sebuah jawapan yang selama ini dia mahukan sejak sekolah lagi.

 Nota kecil disimpan ke kocek.. 

“Apa yang kau pandang?”
'langit"
"kenapa?"
"lari."
"berlari?"
"Adakah kau sedang berlari dari sesuatu?"
"Apa yang kau merepek ini?' Neal meneruskan pembacaanya. Malas melayan repekan Kenny.
" Hati kau sedang berlari jauhkan? Ia semakin kosong dan dingin."


" Do you know where is Neal?" soal Alisa, berasa curiga dengan nota dan reaksi Kenny itu.  Kenny meletakkan bunga lili di atas meja.

 “  He is at somewhere where he won't  run again..” balas Kenny.

Alisa tidak faham.  Kenny senyum dan tanpa menjelaskan, dia berlalu sambil angkat bahu, keluar dari bilik ini. 

Alisa mengejar dari belakang.

“ Adakah kita akan bertemu mereka nanti? ”






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Selasa, 23 September 2014

Berikan Kujawapan 91




Neal  merasakan kehangatan tangan Alisya yang membelai wajahnya. Merinduinya, menantikan saat-saat bila semuanya kembali kepadanya, bila Alisya kembali padanya... Hari ini, saat ini.. penantian dan rindu ini berakhir. Tangan Alisya dipegangnya seerat-erat ,  kemudian dia merenung wajah Alisya. Jernih air mata yang mengalir di pipi Alisya diusapnya perlahan-lahan.


“ Saya rindukan awak...” kata Neal, membelai wajah Alisya. Dan Alisya memejam matanya, merinduinya, sama seperti Neal. 
“ Saya pun..”
“ Awak ambil masa yang lama untuk kembali pada saya...”
“ Awak pun..”
“‘Jangan tinggalkan saya ... lagi...”

Alisya perhatikan Neal mengeluarkan seutas rantai silver berbentuk nota musik dari kocek seluarnya.  Ianya masih cantik walaupun sudah hilang sinarnya. Rantai yang sekian lama menanti pemiliknya.

“ Hadiah untuk awak..”

Neal menyarungkan rantai itu ke leher Alisya. Kemudian, sambil merenung Alisya, imej ini dipahat di memori.

“ Cantik, seperti yang saya bayangkan selama ini..”  kata Neal memuji.

Bibirnya terukir senyuman yang Alisya rindu, seperti dulu, wajah ini dan kegembiraan Neal lah yang menjadi teman dan semangatnya untuk meneruskan hidupnya yang selama ini terpenjara.  Kali ini, ia bukan lagi sebuah memori. Alisya memejam matanyanya,  dia mahu ingat segala rasa ini, debaran ini, kegembiraan ini... bila bersama Neal.

Alisya mengusap rantai di leher ini, mimpikah? Jika ini mimpi, dia tidak mahu bangun lagi. Tidak percaya yang kebahagiaan ini, kembali padanya. .Neal, kembali kepadanya.. Segalanya kembali kepadanya semula.  Adakah ini sebuah mimpi? Air matanya kembali menitis.

“ Kenapa?” tanya Neal lembut. 

Serta-merta Alisya memeluk Neal. Wajahnya dibenam ke dada Neal yang kini basah dengan air matanya.

“ Saya ingat segalanya.. apa yang saya lakukan terhadap Arsya..”
Wajah Neal serta-merta berubah, seakan tahu perkara ini akan berlaku..
 “ It was a self defense..” balas Neal.
“ Terhadap Ris, Khairul, Alisa... ”
“ Awak tidak tahu apa yang awak lakukan, awak keliru, awak adalah mangsa..mereka akan faham, saya akan buatkan mereka semua faham.. ”
“Tetapi diri ini yang melakukan semua itu.. saya, Alisya.. .”
Neal diam..

 “ Lepaskan saya..lupakan saya.. “ kata Alisya.

Neal terkejut. Pelukannya terlepas, dia memandang Alisya seakan tidak percaya dengan permintaan Alisya itu. Matanya bergenang, tidak sangka permintaan itu yang Alisya mahukan..Dia tidak inginkan ayat itu, dia tidak mahu mendengar itu. Berhenti, jangan teruskan lagi!

“Neal, awak tidak perlu melindungi saya lagi..” sambung Alisya.

“ Saya tidak pernah melindungi awak... seumur hidup ini, apa yang saya lakukan.. kerana saya ..”

Neal tidak menghabiskan ayatnya bila Alisya meletakkan jari telunjuk nya ke bibir Neal,  menghalangnya dari meneruskan kata-katanya.

“ Jangan teruskan.....  ia akan mengubah fikiran saya.. “

Neal tidak mengerti. Namun semuanya jelas bila tiba-tiba Alisya  meninggalkan dirinya. Dan arah laluannya bukannya menuju ke hutan sebaliknya  tanpa henti ke tebing puncak ini, Dan dengan keberanian yang masih tinggal, Alisya menarik nafasnya dan terjun ke bawah dengan mata yang dipejam rapat-rapat.

Namun, dirinya bukan berseorangan. Tangannya dipegang seseorang dan bila kelopak mata dibuka, wajah Neal dilihatnya, berada di sisinya.  Tubuhnya ditarik dan dipeluk Neal seerat-eratnya.

“ Bodoh..” kata Neal. 

Kebussshhhhhhhhhhhhhhh........... Kedua –dua tubuh itu jatuh ke dalam aliran air terjun yang sedang menggila.







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Rabu, 13 Ogos 2014

Berikan kujawapan 90



“ Sejauh mana kau sanggup lakukan untuk melindunginya..?”

Soalan itu dari Arsya dan Alisya tahu segalanya akan berubah. Bermula dengan sekatan pertemuan dengan Neal dan diikuti dengan perpisahan mereka yang membawa kepada penderitaannya. Alisya tahu sekembalinya Arsya.. dunianya akan berubah sepenuhnya. 

“ Alisya..  your sister is sick but she’s getting better. Doctor says we must love her, care her.. that’s will help her a lot.. Can you do it?’

Alisya angguk walaupun di mata jernih anak kecil yang baru menganjak usia 13 tahun itu terselit rasa takut.


“ Do you hate her?”
“No mummy... ” 

Jawapan Alisya melegakan hati yang gundah gulana dengan keputusan ini, iaitu  membawa pulang Arsya. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menghabiskan sisa-sisa hidupnya dan membesar di wad pesakit psikologi? Disebabkan inilah, dia membawa Arsya pulang walaupun dia tahu Alisya masih kekadang termimpi-mimpi dan terbawa-bawa akan kenangan ngeri tempoh hari.

Tetapi keputusannya diterima baik oleh doktor pakar yang merawat Arsya.  Darinya, Arsya dikatakan banyak berubah dan ujian  menunjukkan Arsya kini normal, tidak lagi merbahaya.

“ You are such an angel..my little angel.” Alisya dipeluknya erat. 

Kata-kata itu menambahkan keyakinan pada Alisya yang bahawa semuanya akan jadi lebih baik. Tetapi sebaik sahaja Arsya kembali, dia disekat dari bertemu Neal dan bila dipinta alasannya, ibunya kata untuk kebaikan Arsya. Kewujudan Neal akan menyebabkan Arsya cemburu dan ini menyukarkan proses merawatnya. Malahan, Alisya dicadangkan untuk meluangkan masa dengan Arsya di rumah. Dan bermulalah, dunianya yang hanya terpenjara di rumah banglo ini.

Hinggalah, dia mendapat tawaran ke sekolah asrama di bandar. Berita ini seolah-olah membuka peluang untuk dirinya, memberikan kebebasan untuknya dan dia.. dia mungkin akan dapat bertemu Neal kembali. Itu harapannya bila dengan senang hati menerima tawaran itu.

Namun, hari di mana dia dibawa pergi dari kampung untuk pendaftaran, ia menjadi detik penderitaanya. Tanpa mengucapkan selamat tinggal pada Neal, Mek Jah, semua orang, mereka keluar dari kampung ini. Di rumah baru di bandar, saat ibu dan ayahnya keluar untuk membeli barangan untuk dibawanya ke asrama, sebuah kebenaran tersingkap.

Terikat di kerusi, dia hanya memandang dengan perasaan tidak percaya pada Arsya yang mengacukan gunting padanya. Senyuman sinis dan pandangan mata Arsya tidak ubah seperti beberapa tahun lalu.. ia langsung tidak berubah. 
“ Let's play a game... ”

Berderau darah Alisya mendengar kata-kata yang sudah lama tidak didengarnya.Serta merta kesakitan dahulu seolah-olah kembali ke setiap tubuhnya.

" Taknak!! Taknak!! "  jerit Alisya separa merayu bila rambutnya ditarik hingga wajahnya terdongak ke atas.  Arsya mengacahkan hujung gunting pada biji mata Alisya dan bila Alisya memejamkan matanya, Arsya ketawa. Gembira melihat ketakutan itu.

“Tau tak aku boleh perlakukan apa saja terhadap kau? Bukan sebab aku adalah kakak, tetapi sebab kau adalah aku.. separuh aku dan .Kau sebenarnya tak wujud..kau cuma mengambil semuanya dari aku!

“ Aku sepatutnya dilahirkan seorang diri bukan bersama kau! ”
“Hari kelahiranku, wajahku, keluargaku! Ia milik aku seorang!! Tetapi semua orang sukakan kau lebih dari aku! Sedangkan kau cuma separuh dari aku.. Jika aku dilahirkan sendirian, aku akan sempurna, jadi... Aku akan ambil kembali semua yang sepatutnya miliku dan kau pula akan melepaskan segalanya."

Arsya menghalakan mesin penembak paku ke pintu masuk. Alisya tidak tahu bagaimana Arsya memperoleh mesin itu. 

“ Bermula dari sini..”

Zap!Zap!Zap! Paku-paku dilepaskan dan ia tepat mengenai dada ibunya yang baru hendak masuk ke dalam rumah.  Bapanya yang berada disisinya terkejut bila ibu beranak dua itu jatuh ke lantai. Semuanya berlaku terlalu pantas dan dia tidak dapat berkata apa-apa, hanya terkejut memandang Arsya dan Alisya di depannya.

“Yang terakhir adalah yang paling berharga..”


Xoxoxoxoxoxoxo

Alisya tidak ingat sudah berapa bulan dia berada di sini... Masa seolah-olah tidak berjalan di sini dan dia  sudah letih mengira siang dan malam dan akhirnya akur membiarkan nasibnya ditentukan samada kekal atau berakhir di sini.

Pintu terbuka dan bunyi langkah kasut bertumit tinggi berdetam detup di anak tangga, teratur dan semakin menghampirinya. Seperti biasa, Arsya akan ke sini, bercerita tentang kisah luar padanya, memberikannya dia buku, makanan, pakaian baru.. menjaganya sesempurna boleh.. tidak menyakiti tubuhnya lagi kecuali hatinya.

“ Kau rindukan kebebasan?”

Alisya tidak menjawab. Di luar sana tiada sesiapa untuk dirinya. Ayahnya sudah membenci dirinya kerana setiap kali melihat wajah Alisya, dia akan teringatkan Arsya yang telah menguburkan cintanya. Lalu, ayahnya berhijrah ke Paris, meninggalkan Arsya di hospital psychiatric berprestij di kuala lumpur.  dia masih tidak sanggup memenjarakan anak kandungnya itu kerana membunuh, jadi kematian isterinya dijadikan sebagai sebuah kemalangan. Itu sahaja yang dia lakukan sebagai seorang ayah, untuk kali terakhir.

Manakala, Alisya dibiarkan tinggal bersendirian di kuala lumpur dan hanya memastikan duit perbelanjaan dihantar ke bank setiap bulan. Rumah dan orang gaji anaknya itu dibayar tanpa tunggakan . Dia tidak lagi peduli lagi tentang mereka berdua.

Bila hilangnya Arsya dari hospital, berita itu tidak pernah sampai kepadanya kerana pihak hospital gagal menghubunginya. Begitu juga bila beberapa minggu kemudian, Alisya turut hilang . Tiada sesiapa mempedulikan dua anak gadis ini atau mencari mereka. Disebabkan itu, tiada apa di luar sana yang menarik lagi bagi Alisya. Lagipun, dia berada di sini demi melindungi..

Arsya menyelitkan sekeping gambar di bawah tiang.


“ Ingatkah kau tentang banglo kita, inginkah kau kembali ke situ?..kembali pada Neal? "


Alisya tersentak bila nama Neal disebut. Sudah lama Arsya tidak menyebut nama itu, hinggakan Alisya ingatkan Arsya sudah lupa, sudah tidak lagi berminat merampas insan yang paling disayanginya ini. Cukuplah ayah dan ibunya.. cukuplah!

Alisya lihat gambar yang terletak di atas lantai. Walaupun dia tidak pernah berjumpa Neal sejak perpisahan mereka dan walaupun sejauh mana Neal berubah, Alisya masih dapat cam bahawa lelaki yang berjalan keluar dari starbuck di dalam gambar itu, adalah Neal! Wajah Neal sudah terpahat di mindanya kerana hanya Neal menjadi sumber kekuatannya untuk terus berada di sini..


“ Mana kakak dapat gambar ni?” tanya Alisya gusar. 
“ I took it..nice right?”
“ Kakak dah janji takkan libatkan Neal dalam hal kita! Kakak dah kata jika saya ikut cakap kakak, jika saya duduk di sini diam-diam, kakak takkan cederakan Neal..kakak janji akan biarkan dia!.. ”

“Yang terakhir adalah yang paling berharga..”
Terngiang-ngiang kata-kata itu di ingatan Alisya


“ Siapa kata akak nak cederakan dia? Akak kan dah ada Ris..” balas Arsya

Alisya telan air liur bila nama Ris disebut. Serta merta dia teringatkan lelaki muda yang bermata jernih yang dijumpainya sekali sekala. Walaupun  di setiap pertemuan mereka, bukanlah sebuah memori yang indah, tetapi dia tidak akan lupakan wajah Ris. Hingga kini, dia masih dapat lihat tompokan darah di lantai, tempat di mana tubuh Ris dibuka di depan matanya.

Penderitaan Ris.. Jeritan dan kecekalan Ris menahan segala kesakitan mengingatkan dia pada Neal.. Beginilah Neal saat diperlakukan dahulu, dan dia tidak mahu Neal kembali seperti dulu iaitu melindungi Alisya dengan mengorbankan dirinya ..kerana Neal juga suci seperti Ris, sanggup melakukan apa sahaja untuk sebuah cinta.


Apabila Alisya dapat tahu yang ibu Neal meninggal dunia dalam kemalangan ketika mencari Neal yang  melarikan diri ke KL untuk mencarinya, Alisya menyalahkan dirinya atas kejadian itu. Malah bila bapa Neal  mempersalahkan Neal atas kematian itu, Alisya faham dan  turut menderita sekali.  Keluarga yang sempurna itu musnah disebabkan dirinya... seperti keluarganya  . Jikalah dia tidak pernah wujud dalam kehidupan Neal, jikalah dia tidak nampak budak lelaki yang menyorok itu.. dan jikalah dia tidak mencintai Neal, Neal tidak akan mengalami kesengsaraan seperti ini.


Kerana itu dia sanggup berjauhan dari Neal, hilang dari hidup dan memori Neal, asalkan Neal dapat menjalani kehidupan normal dan selamat. Perpisahan ini walaupun adalah selamanya, dia sudah rasa cukup dengan memorinya pada Neal selama ini.

Namun, apabila Arsya mengugut untuk kembali ke dalam hidup Neal, munculkan diri pada Neal, Alisya tahu dia perlu lakukan sesuatu. Lalu dia mengorbankan kebebasannya. Dia tahu Arsya membencinya kerana dia adalah separuh dari diri Arsya. Kewujudannya membuatkan Arsya merasakan dirinya tidak lengkap,  jadi dengan membiarkan dirinya dikurung dari dunia luar, ini memberi tanggapan kepada dunia yang dia sudah mati dan hanya Arsya wujud di sini.

Arsya senang hati dengan keputusannya dan dia pula tidak kisah.  Baginya sekiranya tertulis yang dia akan menghabiskan sisa hidup seperti ini atau mungkin maut di tangan Arsya, sekurang-kurangnya dia tahu, Neal tidak akan lagi terlibat dalam kegilaan ini. Neal akan bebas dan melupakan memori kurang enak ini, untuk selamanya. Alisya cuma ingin melindungi Neal, kali ini.

Arsya membuka pintu penjara yang selama ini tidak pernah terbuka. Dia menghampiri Alisya, duduk di depannya dengan kaki yang disilang selesa dan yakin.

“ Don’t you think it’s like a mirror when we see each other?”

Bila Arsya bercakap begitu barulah Alisya perasan yang kakaknya memakai pakaian sama seperti dirinya. Blouse putih paras lutut. Malah gaya rambut dilepaskan ikal tanpa disikat rapi, namun tidak terlalu kusut atau selekeh.  Saling tidak tumpah seperti sebuah imej pantulan.

“ Ya, saya lihat sebuah cermin yang kotor..”
“ Hahahahahaha!!! ” ketawa Arsya mendengar sindiran itu. Dia suka.
" Kau mestikan bencikan aku bukan?"
“ Tidak, saya tidak pernah benci pada kakak.. .”
“ hahahaha... such an angel.. my little angel”

Arsya sengaja menyakitkan hatinya dengan mengucapkan kata-kata ibu mereka.

“ Apa yang kakak nak buat pada Neal?”Alisya masih risau tentang itu. Dia tidak senang hati apabila soalannya itu hanya membuatkan Arsya tersenyum dalam renungan yang penuh rahsia. Alisya tahu ada sesuatu dan ia pastinya tidak baik.

“Tiada apa-apa, cuma nak tunjukkan dia pada kau, yang dia masih di sini..”
“ Jangan apa-apakan dia..Please just forget about him...”
“ How do i forget him if you still here..?”

Alisya faham.. jadi beginikah?
“ Then? do you want me to die?’
“ Will you?’
“ Yes!”
Tanpa sekelumit ragu-ragu, Alisya memberikan jawapan yang Arsya tidak ingin dengar. Jawapan yang membuatkan dia berang. Innocent Alisya, Angel Alisya.. sweet Alisya.. meluat! Walau bertahun di sini, Alisya tidak pernah berubah... sentiasa berlagak suci, berlagak bidadari, sweet dan sanggup melakukan apa sahaja untuk Neal...mengorbankan diri untuk sebuah cinta.

" Baiklah! Aku ingin lihat sejauh mana pengorbanan kau untuk dia?!"

Pantas Arsya menerpa pada Alisya, leher Alisya dicengkamnya kuat,tubuh Alisya terdampar ke lantai dengan Arsya diatasnya. Sedikitpun tiada rasa gementar, dia senyum bila melihat Alisya meronta-ronta dicekik . Arsya menguatkan cengkamannya dan wajah Alisya naik merah padam menandakan darahnya tersekat di bahagian itu, udara  jua semakin berkurangan.. Alisya putus asa,  uma memejamkan matanya...sambil berfikir.. 'aaahh... begini pengakhirannya... aku sudah agak..". Hinggalah dia terdengar suara Arsya..

“ Bila kau mati, aku akan beritahu Neal bagaimana kau mati disebabkan dia."

Arsya terkejut.. tidak! Neal tidak boleh tahu!  Kehidupan Neal akan musnah jika dia dapat tahu! Segala pengorbannya akan jadi sia-sia...Neal, dia tidak boleh tahu tentnag semua ini... tentang penderitaan ini, tentang dirinya yang masih hidup.. dia tidak mahu memori ini menghantui Neal.. cukuplah.. cukuplah!..

Pandangan Alisya gelap. Dan bila dia tersedar, di hujung kakinya, Arsya terdampar kaku berlumuran darah.  Seluruh tubuh Alisya juga basah dengan darah. Alisya tergamam, terjelepuk ketakutan, beresot ke tepi dinding. Di tepi Arsya terdapat  kaca yang pecah, di dada Arsya juga tertusuk kaca itu...

Badan Alisya mengigil bila kembali teringat akan tindakannya. Dia masih dapat rasakan kehangatan darah yang membasahi kedua belah tangannya,  bagaimana dalam keadaan kelam kabut, dia mencapai pasu porcelin di lantai dan terus menghentak kepala Arsya. Keberaniannya dan kekuatannya walaupun ketika di hujung nyawa, membuatkan Arsya terkejut dan melepaskan lehernya.. Kemudian apabila Arsya kembali cuba menerkamnya, dia hanya mampu mempertahankan diri dengan menikam Arsya di dada dengan kaca yang pecah.

Tikaman itu hanya membuatkan Arsya ketawa sambil meludahkan darah pekat ke mukanya, Sedikitpun Arsya tidak peduli akan kecederaan itu, sebaliknya terus cuba membunuh Alisya. Tindakan Arsya seperti tidak sedar yang dirinya telah ditikam dan kepalanya berdarah. Arsya seperti dirasuk. Dan Alisya yang ketakutan,menikam Arsya lagi. Kali ini dia tidak berhenti.


“ Alisya..  your sister is sick but she’s getting better. Doctor says we must love her, care her.. that’s will help her a lot.. "

Alisya duduk memandang mayat Arsya.. wajahnya pucat lesi.. tapi tidak sepucat Arsya yang sudah sejuk sebagai mayat . Darah di tubuhnya sudah kering dan darah Arsya pula penuh di lantai, seperti sebuah lopak air yang besar. Apabila Ris masuk, Ris terkedu, tidak menyangkakan yang ia akan berselerak seperti ini.

“ Clean the mess...”arah Alisya dengan pandangan yang kosong. Alisya perlahan-lahan meninggalkan Ris. Langkahnya terhuyung hayang .

“ Arsya?"
Alisya menoleh dan tersenyum..

“Aku sudah sempurna....” 




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Jumaat, 8 Ogos 2014

Berikan kujawapan 89





Bunga-bunga jatuh berguguran, senyap-senyap memenuhi hamparan rumput dengan kelopak merahnya dan dedaun kering, seolah-olah sebuah taman dalam mimpi.Neal mengatur langkah dengan tenang sambil menikmati kecantikan hutan yang sudah sekian lama tidak diterokainya. Langit yang membiru, burung-burung yang berkicauan, keindahan ciptaan allah ini dinikmatinya dengan penuh rasa syukur. Dia terus berjalan melepasi taman rahsianya.. menuju ke sebuah tempat lagi yang lebih jauh ke perut hutan ini. Tidak ingat berapa lama dia berjalan, akhirnya sampai jua dia ke tempat itu. Deria dengarnya menangkap bunyi deruan air terjun yang jelas dan semakin kuat.. Dia senyum,  dahulu di sinilah dia sering meluangkan masa sambil memerhatikan air terjun dan pemandangan dari puncak bukit kecil di sini. 

Di sini  jugalah menjadi saksi dia melepaskan kesedihan dan kesunyiannya.. Tempat dia menyembunyikan diri dari semua masalahnya.. Alisya juga buat begitu.. di sini.. Jika dia tidak silap, dia akan dapat.. Neal berhenti . Sesusuk tubuh yang dikenalinya sedang duduk memeluk lutut di tebing ini, sayu memerhatikan air terjun.  Ya, dia tidak silap...Neal mendekatinya, namun belum sempat dia betul betul menghampirinya, insan itu tersentak lalu memandangnya. Langkah Neal mati.


“ Kau?! Kenapa kau di sini?” tanya Arsya, terkejut...
“ Saya mencari awak..”
Neal duduk sedikit jauh dari Arsya, namun cukup dekat untuk mereka berbicara.  Dia tidak mahu Arsya melarikan diri darinya.


“ Bagaimana kau tahu aku di sini?”
“ Kita selalu ke sini bila ingin menyembunyikan diri dari semua orang..”
‘ Huh, ‘kita’. .. Kau tahukan aku bukan Alisya?..” soal Arsya meluat melihat ketenangan yang tergambar di wajah Neal. Arsya tidak puas hati selagi tidak melihat kekecewaan dan penderitaan dari Neal. 

" Kau nak tahu apa yang berlaku pada Alisya? Dia dah mati, mayat dia entah mana kesejukan di luar sana.. Aku yang bunuh dia dengan tangan aku ini.”  Arsya cuba membangkitkan kemarahan Neal.

“ Kau tahu dia menderita hingga akhir hayatnya.. langsung tidak dapat bertemu lelaki yang dia cintai;kau.. hahahaha!!... it was so.... fun...”  nada suara itu begitu bangga.

Neal masih diam, tiada reaksi, Cuma mendengar apa jua yang Arsya cakapkan.

“ Kau nak tahu bagaimana aku bunuhnya?”
“ Enough..” kata Neal namun Arsya tidak peduli..

“ Mula-mula, I caused her to bleed.. a lot.. kemudian i started the first ‘game’.. ingatkan game yang aku pernah main dengan kau?..' tak boleh jerit walau apapun'. ingat kan?”

“ Bukan benda ini yang awak nak ceritakan sebenarnya, kan?” potong Neal. 
Arsya merenung Neal tidak puas hati bila kata-katanya tidak dapat dihabiskan

 "Awak, nak tanya satu soalan ini pada saya kan? Sebaik sahaja awak lihat saya di sini.. ia terlintas di fikirannya awak, soalan ini.. kenapa.. kenapa saya berada di sini. ..." 

“Ya!  Kenapa?! Kenapa kau  berada di sini? Kenapa mencari aku?!” bentak Arsya marah bila Neal bercakap akan kebenaran itu. 

“ Kerana saya mencintai awak..”
Arsya ketawa besar. Lucu, kelakar.. tetapi Neal kelihatan serius.

“ Jadi kau tidak mencintai Alisya?”
“ Tidak, saya masih cintakan Alisya.. “
“ Jadi? Apa maksud kau.?”

Neal diam memandang Arsya seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan.  

“ Kadang-kadang memori mempermainkan kita.. apa yang kita fikirkan betul sebenarnya tidak dan apa yang palsu jadi sebaliknya.. kerana itu kita boleh terlupa siapa diri kita sebenar. Contohnya saya, bila memori tentang Alisya disekat..perasaan terkunci, saya menjadi orang lain, namun ia tidak pernah lenyap sepenuhnya..."

Arsya pelik, apa yang Neal cuba sampaikan?

“ Jika awak merasai getarannya dan merasakan diri awak serba tidak kena, apabila perasaan awak tidak keruan kerana saya.. jadi itu bermaksud yang  awak akan kembali, seperti saya.. seperti Neal yang kembali pada Alisya. "
"Apa yang awak rasakan bila awak melarikan diri dari saya? Mengapa awak berada di sini?.. ”

Alisya diam.. dia sendiri tidak faham mengapa dia berada di sini, tidak ingat bagaimana dia boleh berada di sini. Tempat yang jauh ini... tempat yang menjadi rahsia Neal dan Alisya. Dia peroleh ketenangan di sini.  Apa yang dia jelas, di hospital, bila kebenarannya tersingkap, dia rasa tidak senang, rungsing.. hatinya perit dan wajah Neal yang memandangnya dengan kecewa saat itu berulang-ulang di fikirannya.. dan dia rasa.. pedih..di hati. 



“ Jadi setiap kali awak terlupa atau keliru... ingatlah perasaan yang awak rasai bila bersama saya, di sisi saya.. kerana sumpah, ia adalah benar”

“ Awak tahu kenapa saya mencintai awak..? " sambung Neal. Dia bangun mendekati Arsya.

"Kerana awak adalah Alisya, selama ini awak adalah Alisya...”

Jawapan itu tidak mengejutkan Arsya sebaliknya disambut dengan ketawa. 

" You just like  Ris.. menafikan kenyataan!  buta  disebabkan cinta!  akhirnya memakan diri sendiri.. hanya aku tahu siapa diri aku, dan aku boleh jadi sesiapa yang aku mahukan.. “

 Arsya bangkit  lalu berdiri memandang Neal yang kini betul-betul di depannya. 

“ Awak keliru.. Apa yang saya beritahu ini adalah sebuah kebenaran, jawapan untuk apa yang awak rasakan bila di sisi saya.. Awak adalah Alisya, awak tidak pernah menjadi Arsya." jelas Neal lagi tidak putus asa. 

“ Hahah.. gila! Kau seperti Ris.. Jangan nak menegakkan benang yang basah.. apa bukti kau yang mengatakan aku Alisya??.. Aku bukan dia yang lemah, suci itu.. Aku bukan si bodoh yang kuat menangis,bodoh mengorbankna diri untuk cintanya pada kau!  aku Arsya yang terperangkap dalam dunia seperti ini, yang dikurung di hospital sakit jiwa hanya kerana orang-orang seperti kau yang takut aku 'bebas' . Aku yang sentiasa diikat hingga berdarah mereka tanpa mempedulikan perasaan dan kesakitan yang aku jua rasai.. “

“ Ini buktinya.. parut yang aku tidak akan lupa di tubuh ini,, bukti kehidupan aku.. kebanggaan ku.. lihat.. lihat..!!”

Arsya menunjukkan kedua belah lengannya pada Neal. Bekas ikatan di zaman kehidupannya di hospital yang mengunci kebebasannya.. mengingatkan dia akan dendamnya pada semua..

Neal tidak berkata apa-apa, cuma sayu merenungnya. 

Arsya memandang pergelangan tangannya. Bekas parut hitam seinci tebalnya, kesan dari ikatan yang  kuat yang mengopek kulitnya, yang membuatkan dia berdarah dan terus berdarah setiap hari.. kesan yang terhasil dari ikatan yang tidak pernah ditanggalkan mereka...ianya TIADA.

“ Kenapa? Kenapa ia tiada? Mana ia!!!???”
 jerit Arsya menyedari tiada apa-apa di pergelangan tangannya kecuali parut kecil yang terhasil dari ikatan ketiak dirinya dikurung Ris.
Arsya menyinsing lengan bajunya, mencari-cari seperti gila.

“ Mana? Mana? !!!!” pekik Arsya seperti gila.

Matanya terbeliak, wajahnya pucat.. dia terjelepuk.

“ Mana... parut itu...” kata Arsya perlahan... 
Air matanya mengalir..semuanya kembali, semuanya.. kebenarannya.

Neal memeluknya.. 



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Khamis, 7 Ogos 2014

Berikan kujawapan 88



Walaupun di waktu melawat, suasana di hospital sama seperti biasa-sentiasa sibuk. Di wad-wad yang menempatkan pesakit, ramai saudara mara mulai memenuhi ruang. Di ruang istirehat yang menempatkan hanya sebuah televisyen pula terdapat dua orang budak lelaki sedang menonton Dora the explorer di tv9 sementara ayahnya sedang leka membaca suratkhabar. Sesekali si ayah menjenguk bimbang kalau budak-budak yang masih berada di sekolah tadika itu berkeliaran bermain di tempat lain. Di kaunter jururawat , dua orang jururawat muda sedang asyik dengan telefon mereka. Laman facebook terpapar di skrin masing-masing dan sesekali kedengaran gelak ketawa mereka bergurau senda. Kesemua mereka sedang asyik dengan hal masing-masing, langsung tidak peduli akan sesiapa yang keluar masuk dari wad ini.

Di bilik wad 23A,  Kenny sedang bersendirian terbaring di katil dengan bantuan pernafasan yang terletak kemas di hidungnya. Kecederaan yang dialaminya teruk, tulang rusuk dan kakinya patah, terdapat pendarahan di otaknya, namun  selepas pembedahan , kesemua itu tidak membawa kepada maut. Ianya satu keajaiban dan doktor mengatakan yang progress Kenny dari hari ke hari semakin positif.

Monitor degupan jantung Kenny beritma tenang seolah-olah dia sedang tidur. Walaupun dia masih tidak sedar, tetapi doktor menjangkakan dalam dua tiga hari lagi, Kenny tidak akan lagi bergantung pada bantuan pernafasan dan dia berkemungkinan akan sedar. Satu berita baik. Di sisinya, seseorang sedang diam memerhatikannya.  Dia mengusap pipi Kenny dan perlahan-lahan alat bantuan pernafasan Kenny ditanggalkannya.

“Selamat tinggal, Kenny. ” katanya sambil  bebola hitam matanya galak merenung Kenny yang sedang tercungap-cungap kekurangan nafas. Bibirnya tersenyum gembira melihat penderitaan itu, menanti mesin degupan jantung Kenny berbunyi beep yang panjang..

“ Cukuplah...”

Alat pernafasan di tangannya di ambil dari pegangannya, lalu dikembalikan kepada Kenny. Nafas Kenny kembali tenang.


Dari tadi Arsya pasti hanya dia seorang  sahaja di sini! Jadi, siapa?! Siapa yang memerhatikannya??Apabila melihat insan itu adalah  Neal, Arsya tidak tahu kenapa dirinya cuba melarikan diri dari Neal .Sepatutnya  detik inilah yang dia nanti-nantikan selama ini!  Tetapi hatinya terasa sakit, dia tidak mahu bertentang mata dengan Neal; melihat wajah hampa Neal yang kini sudah mengenali dirinya yang sebenar. Yang dia keji seperti ini, dirinya yang sebenar-benarnya. Yang dia bukannya Alisya. Dan Neal kini mengetahuinya..

Neal  menghalangnya. Tangan Arsya dipegangnya kemas

 “ Sejak bila? “tanya Arsya.

Tiada jawapan dari Neal. Namun, melihat wajah Neal yang tidak terkejut dan renungannya yang sayu, Arsya mengerti yang Neal sudah mengetahui hal ini sejak awal lagi.

Neal sengaja membenarkan dirinya masuk dalam ‘game’ Arsya, dia berpura-pura selama ini.. Ini menjelaskan kenapa Neal langsung tidak marah ataupun mencurigainya walaupun terang-terang dia cuba mencederakan Neal, mempermainkannya.  Neal sudah tahu dia adalah Arsya dan disebabkan itu lah diam-diam Neal memerhatikan tindakannya, mengekorinya dan menghalang semua cubaannya.

Game kali ini, rupanya dirinya sendiri yang terkena. Tapi kenapa Neal selama ini membisu dan menyembunyikan kebenaran ini? Apa yang dia dapat dari semua ini?

Arsya merentap tangannya dari pegangan Neal, lalu keluar dengan berang.  Kali ini, Neal tidak menghalangnya..


XOXOXOXOXO

“ Kenny, maafkan aku. Aku begitu mementingkan diri sendiri.. “

 Wajah Kenny tenang dalam lena. Hanya bunyi mesin jantungnya berbunyi perlahan, membalas kata-kata Neal.

“ Kau dan Alisa.. cedera di sebabkan aku. “ luah Neal yang duduk di sisi Kenny.

“ Aku tahu.. dari sejak hari pertama dia muncul, aku tahu semuanya tidak kena. Semuanya tidak sama.  Namun, disebabkan kedegilan aku, kerana kepentingan diriku, aku sembunyikan kebenarannya dari kau.. aku teruk. Seorang sahabat yang teruk. Aku yakin jika kau sedar nanti, dua tiga das tumbukan juga akan hinggap kat muka aku kan? ” Neal senyum sendirian mengenangkan bagaimana reaksi Kenny nanti. 

“ Kenny... aku harap kau mengerti kenapa bila kau sedar, aku tiada di sisi kau.. Aku tahu kau kan dapat kebenarannya dan jawapannya..”
Neal bangun dari tempat duduknya.

“ Aku akan memperbetulkan segalanya.. bagaimana ia bermula, ia juga akan berakhir seperti yang sepatutnya....” Neal melangkah ke pintu keluar, namun teragak-agak untuk keluar.  Dia menoleh pada Kenny.

 "Seumur hidup aku, kau adalah teman terbaik aku , itu kenyataannya.... terima kasih kerana menjadi sahabatku selama ini, terima kasih kerana berada di sisiku selama ini.... “

"Tapi kau tau tak cerita teman kau itu masih belum tamat..."

Lain kali, kau ceritakan penamatnya nanti



“ Bagaimana penamatan cerita aku ini, Kenny?”



Neal keluar. Waktu melawat sudah berakhir. 




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Rabu, 6 Ogos 2014

Berikan kujawapan 87




“ Tak mungkin bukan?”

Fikir Alisa sebaik sahaja keluar dari shower. Dia mengelap badannya dan mengeringkan rambutnya, namun fikirannya masih jauh memikirkan hal itu. Sebolehnya dia tidak mahu berfikir seperti ini, tapi kata-kata Alisya padanya membuatkan dirinya mensyaki Alisya,lebih-lebih lagi bila ia betul-betul berlaku sebelum Kenny ditimpa kemalangan.

“ Aku akan berjumpa Kenny nanti, But do you know?he should take care of himself than take care of other people business... who knows, what else can happen to him...maybe... bad thing will happen to him...”

Kata-kata Alisya saat mereka tidak sengaja bertembung seolah-olah berbaur amaran.  Perasaannya tidak  senang dengan kata-kata itu, lalu  Alisa senyap-senyap mengekori Alisya.  Dan apa yang disaksinya membuatkan dia rasa ada yang tidak kena dengan Alisya.

Alisa turun ke tingkat bawah yang sunyi. Sudah 3 hari, ibu dan ayahnya bercuti ke luar Negara, tinggalkan dirinya sendirian. Alisa sebenarnya tidak kisahpun, kerana dia pun banyak kerja di pejabat.  Kak Su, orang gajinya pula demam dan berehat di rumahnya. Rumah banglo tiga tingkat ini terasa begitu sunyi dengan ketiadaan mereka.

Alisa mencapai jag air yang hampir kosong di atas meja makan lalu dituang ke dalam gelas yang tersedia . Selalunya memang diletakkan di sini, senang dicapainya dan kebiasaannya Kak su yang sentiasa memastikan air  ini sentiasa penuh. 

Bayang-bayang sesusuk tubuh di luar buatkan Alisa terkejut. Siapa pula? Tukang kebun hanya akan datang lusa, seperti biasa. Alisa memerhatikan betul-betul dan rupa-rupanya, ia adalah bayang pokok yang seolah-olah berbentuk kelibat orang. Alisa tersenyum sendirian memikirkan dirinya  yang begitu mudah tertipu. Minuman di tangan diteguknya, menghilangkan rasa resah yang tidak kena tempat. Sebaik sahaja tekaknya basah dengan air, Alisa masuk ke dapur untuk mengisi jag air yang kini sudah kosong.  Dia kembali mengingati apa yang dilihatnya saat dia mengekori Alisya.

Di pertengahan jalan; ketika dia mengekori Alisya, dia kehilangan jejak Alisya, namun terserempak kembali  bila dia terlihat kereta Kenny park di kawasan tempat letak kereta. Dia amat kenal kereta itu  kerana sudah beberapa kali dia menumpang Kenny dahulu. Dan dari situ, Alisya kelihatan beredar dari kereta Kenny dengan wajah yang tersenyum, seperti berniat jahat.

Apabila dia mengekori nya lagi, kali ini lebih hati-hati kerana khuatir akan kehilangan Alisya lagi,   dia akhirnya sampai di tempat pertemuan Alisya dan Kenny- di bawah jambatan yanng sunyi.  Dia tidak tahu apa yang mereka bincangkan kerana kedudukannya yang agak jauh dan terselindung, tetapi bila dia lihat Kenny bergegas meninggalkan tempat itu, dia rasa tidak sedap hati.

Dan perasaannya itu tepat apabila tidak lama kemudian kedengaran bunyi seretan tayar kereta yang kuat diikuti dentuman seolah-olah sebuah dinding sedang roboh. Jeritan dan teriakan bergema dan dia melihat kereta Kenny terbabas merempuh himpunan kereta. Saat melihat Kenny yang tidak sedar diri berlumuran darah, jantungnya terasa seperti hendak tercabut. Dia tidak faham, kenapa? bagaimana?Tidak berfikir, dia meluru ke arah Kenny sebelum dihalang seorang lelaki dan dianjak ke tepi.

Dalam keadaan terpinga-pinga masih tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku, Alisa kaku memerhatikan beberapa pemuda  cuba mengeluarkan Kenny yang tersekat di tempat duduk pemandu. Macam-macam difikirnya di benak fikirannya saat itu.. teruk ke Kenny? Hidup lagi tidak Kenny, kenapa dia tidak bergerak? Sesiapa tolong bawa dia ke hospital. Tolong... kenapa semua ini boleh terjadi? Kenapa? Ya allah...

Air matanya bergenang memikirkan yang dia mungkin kehilangan Kenny, dan di celah orang ramai, dia terlihat Alisya. Mata mereka bertemu, dan dia dapat rasakan Alisya sedang memerhatikannya sejak tadi.. seolah-olah sudah menantikan perkara ini, dan dirinya rasa seram sejuk saat melihat Alisya perlahan-lahan meletakkan jari telunjuknya di bibirnya yang sedang tersenyum, seolah-oleh memberitahu dirinya agar tidak membocorkan rahsia ini.

Alisya beredar dan Alisa tahu semua ini berkaitan dengan Alisya!.. Walaupun Alisa tiada bukti, tetapi nalurinya kuat mengatakan Alisya punca semua ini.. tetapi sebab apa? itu dia tidak tahu.. kerana itu dia berharap yang Kenny akan sedar dari koma  secepat mungkin.. dan memberitahu kebenarannya. Kerana jika betul Alisya yang membuat semua ini, mereka perlu menjauhkan Neal darinya dan melaporkan polis tentang ini. 

Sebaik sahaja air di dalam jag penuh, Alisa membuka almari dapur, mencari-cari kalau ada makanan segera untuk dia isi perut. Bungkusan roti kelihatan terletak kemas dan saat itulah tiba-tiba dia merasakan kepalanya berat. Dia terjatuh tanpa sempat mencapai bungkusan rotinya.Pandangannya gelap gelita, dan saat dia separa sedar, dilihatnya sesesorang berada di dapur gas rumahnya. Bau gas begitu kuat seolah-olah seluruh rumahnya dipenuhi gas bocor. Dia ingin bangun tetapi seluruh anggota badannya rasa tidak bermaya, malah pandangannya juga tidak jelas.. seseorang memberikan dia sesuatu..tetapi dia tidak makan apa-apa sebelum pulang tadi.. atau adakah air yang diminumnya tadi?

Alisa perhatikan susuk tubuh yang seolah-olah pernah dilihatnya.  Seutas rantai silver berbentuk nota music kelihatan berjurai keluar dari kocek seluarnya. Itu yang dilihatnya sebelum sekali lagi pandangannya gelap. Alisa lemas dalam udara bergas ini..



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Khamis, 5 Jun 2014

Berikan kujawapan 86




Neal sedang tidur lena di atas sofa, tidak sedar Arsya yang baru pulang. Dia hanyut dibuai mimpi kesan ubat tidur yang diberikan secara sembunyi di dalam minum petang tadi. Arsya menghampiri Neal, duduk di bucu sofa sambil memperhatikan wajah Neal yang bersih tanpa cela. Neal serba serbi sempurna, di lena pun dia begitu menyerlah dengan wajah kacak yang dimilikinya. Sempurna, mampu memiliki segalanya.Arsya membelai wajah Neal dengan lembut.Sayangnya dia hanya ingin memiliki Alisya.. sesuatu yang tak mungkin.

“ Tangan awak sejuk.” 

Neal mengejutkan Arsya. Dia memegang pergelangan tangan Arsya. Neal sudah bangun? Sejak bila? Pantas Arsya menarik tangan dari Neal. Neal yang melihat Arsya kelam kabut sebaliknya tenang  bangkit dari baring lalu duduk mengadap Arsya. Bibirnya menguntum senyum.

Kemudian, dia mengambil kedua belah tangan Arsya, dibawanya ke mulutnya, ditek up dan dihembuskan, memanaskan tangan Arsya yang dingin. Selepas itu, dia menggosok kedua belah tangan Arsya . Neal ulang beberapa kali dan sepanjang itu, tiada apa-apa yang diharapkan  di antara mereka. Arsya membisu, hanya memperhatikan kasih sayang Neal itu. Kasih sayang yang hanya untuk Alisya..

“ Sudah..lebih selesa bukan?”

Arsya merenung kesan luka di leher Neal yang semakin samar. Jika luka tempoh hari itu dalam, ia pasti meninggalkan parut, itulah tujuan Arsya saat dia melemparkan dart itu.Neal senyum, selembut pandangannya pada Arsya, kemudian bangkit dari duduk kemudian menuju ke sinki sambil membawa cawan teh yang diminumnya petang tadi. Dia membasuhnya tanpa bercakap apa-apa. Sedikitpun tidak mahu mempersoalkan kenapa dia tertidur sebaik sahaja 2-3 teguk air teh itu masuk ke tekaknya. Kenapa??

Arsya sedang menanti  Neal mempersoalkan nya, meraguinya.. kemudian dia akan dapat melukakan hati Neal dengan memberitahu kebenarannya.Tidak sabar rasanya melihat penderitaan Neal bila mengetahui yang Alisya sudah mati, di tangannya. Neal gagal melindungi Alisya, seperti janjinya dulu.. . Lebih teruk jika dia memberitahu Neal bagaimana Alisya boleh mati, bagaimana Alisya membenarkan dirinya dikurung dari dunia luar agar Neal dapat hidup tenang dan bebas di luar? Bagaimana Alisya mencintainya hingga akhir hayatnya,

Bagaimana rasanya kehilangan Alisya?

Ah, tapi Neal tidak melakukan seperti yang diandainya.. sedikitpun tidak. Seolah-olah Neal tidak meraguinya? Atau adakah Neal sengaja tidak mahu mengetahui kebenaran ini, khuatir dirinya tidak dapat menerimanya.. lalu berpura-pura tidak mengetahui, agar dirinya tidak terluka?

Arsya senyum sendirian, memikirkan Neal yang kini tidak sedar yang dia berada di dalam genggamannya.. kerana walau apapun Neal lakukan, dia akan terluka.. Arsya teringatkan Kenny. Pada awalnya, dia tidak mahu melibatkan sesiapapun, Cuma Neal.. dia tetapi Kenny sengaja cari pasal dengan campur tangan dalam perkara yang bukan halnya. Jadi, Neal- dia akan kehilangan semuanya.

“Walaupun saya akan kehilangan semuanya, satu-satunya saya tidak boleh kehilangan adalah awak. “
“Huh..?” 

Arsya terkejut bila kata-kata Neal itu seolah-olah mengetahui apa di fikirannya.
  Neal mendekatinya,memeluk Arsya dari belakang, meletakkan dagunya ke bahu Arsya.

“ Itu yang saya rasakan sebaik sahaja awak kembali. Saya ingin awak berada di sisi saya, agar saya dapat melindungi awak, melihat awak dan terus mencintai awak.  Tidak kira apapun yang saya tahu, saya tidak boleh kehilangan awak lagi dan walaupun ini melukakan hati saya, but it’s OK.. I will stay like this.” bisik Neal. 

Arsya keliru dengan apa yang Neal cuba sampaikan? Apa yang Neal tahu?

Neal melepaskan pelukannya. Memandang Arsya.Wajah Neal ditatapnya, sinar matanya sayu.. apa yang Neal lihat?

“ Kadang-kadang apa yang kita lihat itu bukan kebenaran, dan apa yang kita ingat bukan jawapannya..Memori itu  sesuatu yang kompleks.. tetapi perasaan itu lebih mudah. Saya masih berdebar setiap kali menyentuh awak, gementar saat bertentangan mata dan . seperti sekarang. “ 

Neal membelai pipi Arsya. 

“Jadi setiap kali awak terlupa atau keliru.. ingatlah perasaan yang awak rasai bila bersama saya, di sisi saya.. kerana sumpah, ia adalah benar.” 
Dengan lembut Neal menghabiskan kata-katanya dan mencium bibir Arsya.  

Arsya masuk ke biliknya dan menguncinya dari dalam. Debaran di hatinya semakin kuat. Pipinya merah padam. Arsya rasa dirinya serba tidak kena.

Di ruang tamu, Neal duduk bersendirian sambil berfikir.

“ What if i ready to lose you, then what happened?  “



“ 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Selasa, 3 Jun 2014

berikan kujawapan 85

"Ada seseorang yang sentiasa dapat membezakan siapa Alisya dan siapa Arsya. Walau sebanyak mana Arsya cuba menjadi Alisya, membohonginya , dia tidak pernah tertipu."
"Siapa?"
"Neal hanya budak itu sahaja yang tahu"

Kenny tidak mengerti mengapa Neal tidak nampak seperti apa yang dia lihat.  Neal sepatutnya lebih tahu siapa perempuan itu kan?

"Di dalam rumah ini, perempuan yang berada di dalam ini, perempuan yang kau ragu-ragu identity nya,  dia adalah Alisya. Kepastian aku takkan berubah dan apa jua yang kau nafikan atau jelaskan, ia tidak bermakna apa-apa padaku..
“ Kau keliru! ”

Keliru, ya, Neal keliru.. Itu bukan Alisya. Perempuan di rumah itu jauh berbeza perwatakannya. Dia bukan Alisya yang Kenny kenal. Jelas, semuanya jelas, sesiapapun boleh melihat yang Alisya ini bukan Alisya. 
Mengingat kembali saat Alisya muncul kembali di depan Neal, diingati kembali, bagaimana Neal menyambutnya, senyumannya,pandangannya semuanya membuktikan yang Neal seolah-olah mengetahui di depan mereka hari itu, adalah orang lain. Bukan Alisya! Jadi kenapa kata-kata Neal menyatakan yang sebaliknya? Apa yang Neal sembunyikan?

Mesej dari telefon bimbitnya berbunyi dan menganggu khayalannya. Kenny membacanya.

“ Keputusan forensik tentang cap jari yang dijumpai di tempat penemuan mayat tu masih belum dapat. Aku akan update kau lagi - 010xxxxxx-“

Kenny tahu perbuatannya ini salah.  Diam-diam dia menggunakan ‘seseorang’ dalam pasukan polis yang menyiasat kematian Ris,  cuba mendapatkan maklumat  yang selaku orang biasa tidak wajar mengetahuinya. Kenny menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek.

“ Hai, Kenny...”

 Kenny- untuk pertama kalinya dia tidak suka dipanggil Kenny. Tidak suka bila nama ‘Kenny’ itu disebut secara kasual seperti itu, oleh suara itu. Ia serba tidak kena.Kenny menoleh pada Alisya yang dipelawanya untuk bertemu di sini ,tanpa pengetahuan Neal.  Ini sajalah caranya untuk dia berdepan dengan Alisya dan mendapatkan kepastian dan dia terpaksa berbuat begini kerana sejak peristiwa tempoh hari, Neal tidak membenarkan dirinya mendekati Alisya. Apa yang membuatkan Neal terlalu melindungi Alisya seperti ini? Hinggakan menjadikan sahabat sendiri sebagai orang asing sedangkan perempuan ini yang lebih asing dari mereka.

“ Awak tidak pernah panggil saya sebagai Kenny selama ini, tapi sejak awak muncul kembali, ianya berubah? apa yang mengubahnya?”
 “ Itu bukan soalan yang awak ingin tanyakan sebenarnya kan?”

Jawapan itu sedikit mengejutkan. Di sebalik wajah jelita yang kemerah-merahan disinari mentari yang sedang mengarak senja, Kenny tidak sukakan apa yang dilihatnya. Renungan dan senyuman Alisya yang  seolah-olah sedang mempersendakan dirinya.

“Tanyalah, semua yang kau ingin tahu..“
Nada suaranya tenang dan angkuh. Lain.. setiap minit, Kenny semakin tidak mengenal Alisya.
“I think you might lie..“
“ What lie?”
“ Tentang kau adalah Alisya..”
“Who told you? ”

Alisya memerhatikan kocek Kenny yang menyembunyikan telefon bimbitnya, seakan mengetahui apa yang Kenny cuba lakukan. Perbuatannya itu meresahkan Kenny. Namun paling tidak selesa bila melihat tiadanya reaksi dari Alisya.  Jauh berbeza dari ketika kali pertama dia menuduh Alisya adalah seorang psiko. Kali ini juga sama, dia menuduh Alisya, namun reaksi Alisya berbeza, seolah-olah Alisya tidak kisah, tidak peduli..Mana air mata, mana penafian? Mana kemarahan? Seolah-olah Alisya adalah orang lain. 
Ketenangan Alisya ini menakutkan Kenny kerana dia tidak dapat mengagak apa yang Alisya sedang fikirkan atau akan lakukan.

“ Bukankah sepatutnya kau nafikan? Kenapa kau tak nafikan?!”

Melihat kemarahan dan kekeliruan Kenny, Alisya tidak dapat menahan rasa lucu di hatinya.

“ Aku Alisya...seratus ...peratus.. ”

 Kenny geram. Jelas Alisya mempermainkannya, kata-kata yang keluar dari mulut Alisya semuanya dusta.

“Jangan pandang aku begitu..  “ tegur Alisya, kali ini dia ketawa.
Bagi Kenny, situasi ini tidak lucu jauh sekali kelakar.
“ Apa yang kau nak dari Neal?” soal Kenny bila  tawa Alisya berhenti.

“ I want him to die.. M.A.T.I. Tapi, jika dia mati, I won’t have any doll to play right? So I guess, i stick with him, and get rid people around him, starting with Alisya..”

“ Apa kau buat pada Alisya?!Mana dia!” tempik Kenny bila mendengar jawapan tidak siuman Alisya itu.

“ Citcitcit..kenapa kau terlalu risaukan Alisya sedangkan kau tak pernah mengenalinya selama ini? “

Alisya mendekati Kenny.
"Hey, don't call me Khairul."
"Khairul, khairul, khairul, khairul!!.”
"Saya suka borak dengan awak. Awak buat saya ketawa. Saya sukakan keadaan macam ini."

Kenny tergamam. Dialog yang hanya antara Kenny dan Alisya di dusun rambutan diulang Alisya , lebih tepat dipersendakannya.  Kenny tergamam.  Dia menepis tangan Alisya yang cuba menyentuh pipinya. Alisya ketawa.

“ Kau...” Kenny menggenggam penumbuknya, wajahnya merah padam.Segalanya kini jelas,  selama ini, selama ini.. perempuan di depannya .. bukannya Alisya!

“ Well, life is full with lies... of course yours too..”
Kenny merentap tangan Alisya.
“ Arsya?!” Alisya senyum mengiyakan.

“ Neal, i gave him something.. Would you check him for me?”

Serta merta Kenny teringatkan Neal. Arsya dilepaskan. Tidak! Dia telah meninggalkan Neal dengan perempuan gila ini. Sepatutnya dari awal lagi dia menegaskan bantahannya, mempercayai nalurinya. Apa yang Arsya telah lakukan pada Neal, kesannya.. traumanya pada diri Neal, Kenny telah lihat selama ini dalam hidup Neal.  Selama ini dia hanya memerhati , tidak mengerti kali ini dia sudah faham.. dia ingin berada di sisi Neal. Itu janjinya, namun dia gagal.. melindungi sahabatnya.
Kini,  apa sahaja mampu terjadi pada Neal.

Tanpa berfikir panjang,  dia meninggalkan tempat ini, terus menuju ke keretanya sambil tidak putus-putus menelefon Neal. Tiada sesiapa yang menjawabnya, ianya berderingan tanpa penghujung.

“ Answer me Neal!”

Kereta dipandunya keluar dengan laju. Namun tidak sampai beberapa minit, keretanya hilang kawalan sebelum ia tergelincir dan terus merempuh masuk ke deretan-deretan lot kedai. Jeritan memenuhi ruang dan asap tebal keluar dari bonet depan kereta Nissan yang terbuka. Di dalamnya Kenny tidak sedar diri di tempat duduk pemandu. Dari darah yang berlumuran di tubuhnya, Kenny kelihatan parah.
 Orang ramai mula berpusu-pusu ke tempat kejadian. Terdapat  beberapa pekerja kedai yang tercedera.

“ Stupid, you should drive far and get hurt somewhere else.” rungut Arsya sambil mengigit ibu jarinya tidak puas hati.

Dari celah orang ramai, Arsya terus memerhatikan cubaan dua pemuda yang cuba mengeluarkan Kenny yang tersekat di dalam kereta . Di hatinya mengharap kereta itu meletup , agar lebih ramai yang terkorban.

“ Kenny!! “ jerit Alisa yang turut menyaksikan kejadian itu.




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Rabu, 23 April 2014

Berikan kujawapan 84



Ris sedang menghidangkan makan malam yang merupakan nasi dan lauk yang dibeli bungkus, sambil Alisya duduk memerhati dari meja makan. Wajah Alisya kelihatan bosan, kemudian untuk menghilangkan perasaan itu, dia bangun dan berjalan di ruang tamu Ris ini. Setiap perabot dan perhiasan di rumah ini diperhatikan satu persatu. Siapa sangka gudang lama ini telah diubah menjadi tempat tinggal, walaupun tiada apa sangat..Yang ada hanya meja makan,sebuah sofa lama, sebuah tilam kusam , sinki dan sebuah almari kaca. Juga tersembunyi  sebuah bilik bawah tanah yang digunakan sebagai sebuah kurungan yang menempatkan dirinya selama ini. 

Alisya tidak pernah keluar dari sini, namun dia tahu tempat ini terasing jauh dari penempatan, mungkin di kawasan hutan kerana dia sentiasa mendengar bunyi cengkerik di luar.Alisya berhenti di almari kaca yang digunakan untuk mempamerkan barang hiasan. Di dalamnya terdapat 5 anak patung berupa budak lelaki. Hanya satu kelihatan cantik dan seakan tidak terusik, diletak di rak paling tinggi bersama sebuah pisau bedah lama. Yang lain, semuanya berkeadaan mengerikan, tiada anggota badan, mata dikorek, koyak rabak , muka dan dada penuh dengan jahitan, rambut digunting dan kepala di dikorek.. Tidak senang hati Alisya menatapnya.

“ Ditempah khas, milik Arsya.. semuanya..” kata Ris  yang senyap-senyap berdiri di sisi Alisya, seolah-olah mengetahui persoalan di hati Alisya. Alisya perasan reaksi wajah Ris suram saat merenung patun-patung itu . Alisya kembali memerhatikan  patung-patung itu. 4 patung itu semua.. ia seiras Ris.

“ Mari makan...” ajakan Ris diturutinya.

Mereka berdua menjamah nasi berlauk ayam goreng berempah dan udang masak cili padi dengan senyap. Dari perkiraan Alisya, sudah hampir seminggu, mereka hidup seperti ini, juga bermaksud sudah 7 hari, Ris tidak lagi mengurungnya di bilik bawah. Tiada ancaman, tiada ketakutan sepanjang ini.. Ris tidak mengasarinya , malah memberikan kebebasan untuk dia di sini, kecuali.. Alisya menjeling pintu gudang yang sentiasa berkunci itu.. Ya, Ris masih memerangkap nya di sini..

“ Ini je mampu saya bagi awak, makanan bungkus. Saya tidak reti memasak..tidak pernah masuk dapur selama ini, Arsya yang melakukan semuanya.” Ris berbicara, wajahnya riang bila mengingati Arsya yang sedang masak di dapur dan dia akan selalu senyap-senyap memeluk Arsya saat Arsya leka di dapur. Mereka berdua cukup gembira.. 

“You are a great cook.” kata Ris. 

Alisya diam tak membalas. Dia tahu Ris masih lagi keliru.. Sekejap dia memanggil dirinya Alisya, kemudian  memanggilnya Arsya.

“ Kita patut pulang ke rumah kita .. I miss everything, I miss you...Ingat tak? Setiap hari Sabtu kita akan tonton this movie... “
“ Ris, saya tak pernah ke ke rumah awak.. ” potong Alisya. 
Ris tersentak.
“ Oh.. ya...tak pernah..”  
Sudu makan diletakkan ke tepi, tidak lagi menyambung makannya. Ris mengelap mulutnya dengan tisu, kemudian dia memaksa dirinya tersenyum. Bangun menuju ke sinki dan membasuh tangan yang menggigil.

“ Ya, .. Arsya dia.. “ Ris tidak meneruskan kata-katanya.  

Dia terbayangkan tubuh Arsya yang sedang sejuk  dan keseorangan di suatu tempat, tidak percaya yang dia sendiri telah mencampak dan menanam tubuh itu, perempuan yang dicintainya, tanpa rasa belas.Tidak mungkin!tidak!!  Bagaimana dia boleh silap?! Ris menyental tangannya hingga merah dan melecet,  seolah-olah hendak menghilangkan kotoran di tangan.

Memori malam itu kembali jelas di ingatannya. Semuanya, dia masih ingat arahan dari Arsya, butiran itu jelas dan padat. Dia ingat bagaimana dia masuk ke bilik kurungan dan melihat Arsya sedang berlumuran dengan darah. Di hujung kaki Arsya,  Alisya terbaring kaku. Jika itu bukan Alisya, jadi adakah Alisya yang membunuh Arsya? Tak mungkin kan? Alisya bukan begitu orangnya, antara mereka berdua, Arsya lebih kuat dari Alisya, jadi kenapa? Tidak masuk akal!

Malah arahan malam itu, jelas di memorinya, semua rancangan Arsya, semuanya diberitahu padanya malam itu juga..tentang Neal semuanya.. Ia tidak mungkin Alisya! Tak mungkin! Malah selepas dia menyembunyikan mayat Alisya, apabila dia kembali ke tempat kejadian kelihatan Arsya sedang tersengih-sengih sambil menyebut “  I found my lost doll. I found my lost doll.. i found my lost doll..” berulang kali. Kelakuannya sama seperti yang di lihatnya sepanjang mereka di hospital dahulu , ketika mereka melarikan diri dari situ, malah ketika Arsya terlalu teruja bila mencederakan dirinya.. Seumur hidupnya dia melihat pandangan itu, sengihan itu, suara itu.... Ia sama, ia milik Arsya. 

“ Ris, berhenti.. “ 
Tangan Ris Alisya pegang dengan lembut, menghentikan perbuatan Ris.  Ris  merenung darahnya yang mengalir bersama air paip ke lubang sinki, tidak menyedari yang dia telah menggosok tangannya hingga terluka. Paip air Alisya tutup, kemudian dia memimpin Ris ke sofa. Duduk di situ.

“ Jangan cederakan diri awak.. Ada pembalut? Atau plaster? “
“ Tiada..”
“ Nanti kena air mesti pedih.. Masa keluar nanti, jangan lupa beli pembalut dan plaster.. minyak gamat sekali.."
Alisya bangun dan mengambil tisu makanan yang masih bersih. Dia membaluti luka di tangan Ris, menghentikan darah luka. 
"Juga beli susu segar. Saya perasan sudah berapa hari awak tak tidur lena, sebelum tidur minum susu, ia dapat menenangkan awak ..” pesan Alisya. 
“ Awak tak usah bimbang tentang saya." 
“ Ini kehendak saya, nak bimbang atau tidak..Lagipun, saya memang tak boleh tengok sesiapa pun cedera di sisi saya..  jadi, awak terima jelah!..” bebelan Alisya disambut Ris dengan senyum. Wajahnya ceria. Sudah lama Alisya tidak melihat senyuman seperti itu... seperti sewaktu mereka di kampung dahulu. 

"You have become comfortable around me..” kata Ris.
“Kenapa tak boleh ke?”
“ Awak tak takut?” pertanyaan Ris itu buat Alisya terkedu. Dia hampir terlupa siapa Ris sebenarnya.

“ Saya takut. “ kata Ris.   
“Takut yang saya juga akan begitu selesa dengan awak, kemudian terlupa.. siapa diri saya.. siapa awak.. “ 
Ris mencengkam lengan Alisya.

“ Awak Arsya! Awak tak mungkin Alisya!!! ” 
Alisya geleng kepala, menafikan. Pegangan Ris semakin menyakitkannya.

“Walau pun di mata saya, saat ini.. perbuatan awak, kata-kata awak, ia sama seperti Alisya.. Tak mungkin awak Alisya tau! Saya tidak boleh kehilangan Arsya!”
“ Ah, Ris... sakit!..” 
Alisya mengaduh tidak tahan kepedihan bila kuku Ris mulai mencengkam tembus ke kulitnya.
“ Ris... sakit.. ..” 
Ris terkejut, pantas melepaskan pegangannya. Dia tidak sedar dia menyakiti Alisya. Langsung tidak sedar! Melihat wajah Alisya dan air mata yang penuh dengan ketakutan pada dirinya, cepat-cepat Ris menjauhi dirinya dari Alisya.  Ris tidak mahu Alisya melihat dia seperti ini..selama 7 hari ini, dia semakin sedar kesalahannya..

“ Di bawah sinki, ada kunci untuk pintu. Ambil dan pergi dari sini.”arah Ris. Dia bangun menuju ke almari kaca, membuka dan dengan marah mengeluarkan keempat-empat anak patung yang rosak dan dicampaknya ke lantai.Dia mencapai pisau bedah .

“Pergi!! “Alisya masih membatu. 
“Pergi dari sini! Saya tidak mahu melakukan kesilapan lagi.”
“ Ris..”
“ Saya akan bunuh awak Alisya!” bentak Ris memberi amaran. 
Dia merenung Alisya. Di tangan, pisau bedah dipegang kemas-kemas. Ris serius. 

Melihat keadaan itu,  Alisya cepat-cepat mencari kunci yang dimaksudkan itu. Sebaik memperolehnya, dia bergegas ke pintu.  Namun sebaik sahaja kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci, Alisya berhenti, tidak jadi untuk keluar sebaliknya dia berpaling dan berlari ke arah Ris yang terkejut. Ris yang tidak menjangka akan tindakan itu. Tubuh Ris Alisya peluk. 

“ Terima kasih.. akhirnya awak memanggil nama saya.. Alisya.. “  kata Alisya. 
Air mata Alisya jatuh ke bahu Ris.
 Ris mengusap rambut Alisya..dia tidak keliru.. tidak lagi.  Permainan ini sudah tamat.

“ Awak adalah Alisya.. maafkan saya Alisya..maafkan saya...“ kata Ris perlahan.  
Senyap-senyap, pisau bedah yang berada di tangannya dihala ke tubuh sendiri, bersedia menikam dirinya sendiri, membunuh dirinya.. Ris memejam mata, berharap yang dia akan dapat melihat Arsya dalam memorinya.
“ Tidak!..” tahan Alisya.
 Tangan Ris dipegangnya kuat-kuat, menghentikannya. Ris memandang Alisya yang rupanya menyedari niatnya ini. Alisya sedang tersenyum.. Saat itu Ris sedar..

“ Selamanya aku adalah Arsya.. ” kata Alisya.

Sambil memegang tangan Ris, pisau ditusuk ke perut Ris lalu ditoreh naik hingga ke leher Ris. Segalanya begitu pantas. Darah memancut membasahi tubuh Arsya yang sedang merenung dingin padanya. Tubuh Ris jatuh terlentang ke lantai.

“ Kau memang terlalu mudah dipermainkan.. you almost win, almost had me.. ” kata Arsya angkuh. Dia mengesat bilah pisau yang berlumuran dengan darah Ris pada bajunya.

Ris  perlahan-lahan memegang lehernya yang terbelah. Sekelip mata tangannya penuh seperti menadah air yang tumpah,semakin lama semakin banyak, panas dan merah, ini darahnya..Nafasnya pula begitu sukar disebabkan darah yang penuh di salur pernafasannya. Ia perit, menyakitkan, begini rasanya di hujung nyawa. Ris ketawa dan terbatuk-batuk dengan darahnya sendiri. 

“ Apakah kesilapan saya? Mencintainya atau jatuh cinta padanya?

Ris memandang Arsya yang semakin kabur di matanya.

 “ Saya sukakan cinta, ia lemah dan saya boleh mempergunakannya sesuka hati saya.  Seperti cinta Neal dan adik saya... dan seperti cinta awak pada saya...”

Arsya tidak pernah mencintainya, namun Arsya tahu dia mencintainya..Baginya itu sudah cukup. Itu sudah sempurna.  Walaupun dia hanya sebuah 'patung'. Air mata Ris mengalir bukan dek kesakitannya, atau pembelotan ini. Dia memang tahu dirinya hanya dipergunakan.. malah dia sudah lama tahu cintanya ini akan membawa maut di penghujungnya.. dia sudah mengagak sejak kali pertama dia menyerahkan diri pada Arsya- menjadi 'milik'nya. 

" I will play with you.. I'll be your doll" 

Tangisan ini disebabkan dirinya begitu gembira bila mengetahui Arsya masih hidup. Di depannya ini, dia melihat Arsya! Arsya belum mati! Dia tidak silap..Matanya semakin kabur dan lama-kelamaan menjadi gelap gelita.. Ris tahu.. namun dia tidak menyesal.. peliknya dia tidak menyesal.. tiada penyesalan dalam percintaanya.. Ris berkumat-kamit.
 ‘ I love you...”

Itu yang difikirkan, ingin diucapkan, dan itu yang bibirnya cuba ungkapkan dengan mulutnya yang penuh dengan darah. Kata-kata itu tak mungkin dapat disebutkan, tak mungkin Arsya dengar dan jika Arsya dengar pun, Arsya tidak akan membalasnya, . Selama ini, dia hanya sebuah 'anak patung' Arysa. 

".. hakikatnya saya bencikan Arsya, terlalu membencinya namun terlalu mencintainya.."

" Cinta ini... ia merosakkan dan dia tidak dapat berhenti dari semua ini." 
  
Ris mengukir senyum.. dia kini bebas.. akhirnya.. Nafasnya terhenti.

“ Game ends.  I love you my still doll..” 
Arsya mengusap pipi Ris kemudian tubuh kaku itu dilangkahinya. Dia mencapai satu-satu patung yang masih terletak di atas rak,kemudian keluar.  













' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'