Kebenaran itu menyakitkan.
Kerana itu pendustaan mengambil
alih.
Mengubati hati yang
terluka...
lalu ada yang sanggup hidup
dibayangi pembohongan
Suki meneguk sup sayur yang dibuat ibunya hingga licin. Gembira ibunya melihat Sukinya kembali. Namun tika dia ingin naik masuk ke biliknya, rambutnya direntap kuat.
" Kau bukan anak aku! Suki tidak
akan terus naik ke bilik selepas makan..
Kau bukan anak aku! "
Pap! Mukanya ditampar, lalu ditolak jatuh. Tubuhnya dipijak kuat-kuat oleh wanita pertengahan umur yang sedang mengila itu. Rasa sakit menguasai seluruh badannya. Namun, dia hanya mendiamkan diri. Tiada rintihan, tiada tangisan.
Suki hanya merelakan semua itu.
Sambil memejam erat matanya, fikirannya melayang pada kebenaran yang terungkap satu persatu, semalam.
XOXOXO
Malam semalam, tiba-tiba dia ditahan seorang lelaki gagah di awal usia 30an dan seorang budak lelaki yang seusia dengannya. Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Sagi dan Torikku. Dan mereka mengajaknya pergi minum di sebuah cafe berdekatan.
Mulanya ajakan mereka ditolak. Namun bila mereka memberitahu yang mereka boleh memberi semua jawapan bagi soalannya tentang Acey. Tentang Love.
Suki menurut. Rasa ingin tahu nya lebih mendalam dari keselamatan dirinya. Walaupun mereka tidak memberinya rasa ketakutan sama seperti Ichie, namun tidak salah mengambil langkah berjaga-jaga.
Suki memerhatikan sahaja mereka berdua di depannya. Budak lelaki yang seusianya itu dipanggil Sagi. walaupun tubuhnya kurus kecil, dia lebih lantang bersuara dari temannya yang gagah itu. Sagi juga suka merungut, kasar dan bising. Topi yang dipakai nya, terletak senget di kepala mempunyai kesan kotor di muka depannya. Walaupun begitu, ia adalah topi kegemarannya dan Sagi sangat bengang kiranya ada yang mempersoalkan tentang kotoran itu.
Torikku pula, walaupun tubuhnya 3kali ganda besar dari Sagi dia seorang yang pendiam. Tidak banyak bercakap dan sering dibuli Sagi. Namun dari kesan parut pada muka dan badannya, jelas sudah banyak pergaduhan yang dihadapinya. Mungkin Torikku terlibat dalam kerjaya yang memerlukan fizikal yang besar kerana itu tubuhnya maintain sasa dan berotot, berkat hadir ke gym.
Namun, dua orang yang berbeza fizikal dan usia berada bersama-sama dan cara mereka berbual antara satu sama lain seperti rakan seusia, menimbulkan persoalan. Nyata Sagi dan Tokirru bukannya anak dan ayah.
" Bagi seorang yang biasa, awak
cepat membuat profile tentang kami. "
" huh?"
" Pemerhatian awak..
tajam.."
" Mesti awak fikirkan yang kami berbeza dari 2 kembar tempoh hari kan.."teka Sagi.
" Camne awak tahu? "
" Mestilah! IQ saya lebih tinggi dari awak. Dengan melihat reaksi awak saja saya dah tahu apa yang awak fikirkan. heh!" Sagi tersengih lebar, seolah-olah bangga bila Suki seperti terkejut yang dirinya mengetahui apa yang difikirkan.
" Sebenarnya kami tahu semua ni sebab kami nampak awak dan Ichie tempoh hari kat belakang sana." jelas Tokkiru. Sagi cepat-cepat memukul kepala Tokkiru dengan topinya. Tindakannya tidak memberi apa kesan pada Tokkiru. Topi yang penyek kembali disarung ke kepala.
" Cis!! Yang kau kantoikan pehal! Jangan cakap yang tidak berkaitan lah! " marah Sagi. Sagi memandang Suki. Wajahnya serius.
" Kami nak beri amaran. Kami
nasihatkan baik awak tinggalkan Love. Jangan libatkan diri dengannya
lelaki keji itu. ."
Mulutnya menjuih dan sinar matanya tidak dapat menyembunyikan rasa tidak suka dan tidak puas hatinya bila nama Love di sebut. Ada history antara mereka agaknya.
Lelaki keji. Hati Suki berbulu marah pada kata-kata Sagi. Dia tahu Sagi seorang yang suka hati bercakap ikut mulut, tapi tidak patut mengutuk orang di belakang.
" Jika awak takde apa-apa nak cakap tentang soalan saya, saya minta diri dulu."
" Heh! Perempuan ini marahlah,Tokkirru." sindir Sagi, tidak rasa bersalah langsung.
" Suka hati awaklah nak pergi atau tidak. Ceh.. "
Suki bangun dari duduknya, bersedia untuk beredar. Tidak mahu melayan mereka yang sia-sia.
" Acey memang
dibunuh."
Suki terkejut. wajah Sagi yang sedang tersengih melebar itu direnungnya.
" Jawapan untuk soalan pertama
awak . Pembunuh Acey adalah Love "