Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA
Memaparkan catatan dengan label ~Yang Tidak Dicintai~ cerita pendek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ~Yang Tidak Dicintai~ cerita pendek. Papar semua catatan

Isnin, 21 Januari 2013

Yang Tidak Dicintai 21.




' Bohong!"

Sagi tersenyum sinis, seakan menjangka akan penafian Suki itu.

" Saya cuma menjawab persoalan-persoalan awak sahaja. " jelas Sagi, memerhatikan Suki yang mengentap bibir, menahan marah. Dia senyum sinis.

' Awak bukannya memberikan kebenaran! Awak cuma memberikan penjelasan yang tidak berasas!" bantah Suki, ,meninggikan suara.

Sepanjang perbualan mereka Sagi cuma menegaskan lagi yang Love adalah lelaki keji yang tidak patut dipercayai. Sagi cuma mengiyakan yang Love menipunya.. Sagi cuma mengukuhkan segala prasangkanya pada Love. Sagi tidak memberikannya apa-apa... Persoalan kewujudan Love.. kata-kata Love... dan perkara yang disembunyikan, semuanya masih belum dijelaskan.

Namun, entah kenapa dia rasa marah dengan lelaki ini. Marah kerana apa yang dikatakan Sagi, seolah-olah adalah KEBENARANNYA.

" Jadi jika awak rasa apa yang saya katakan tidak benar,  kenapa mesti naik marah? Atau..sebenarnya awak jadi marah kerana apa yang saya katakan adalah kebenarannya?

Suki mendiamkan diri.

"Saya tahu ia kebenarannya!. Awak juga tahu kebenarannya!.  Awak cuma tidak ingin menerimanya "

Sagi dan Tokirru beredar, membiarkan Suki bersendirian.  Kebenaran?

Kebenarannya, dari awal lagi, dia sedar bahawa Love, lelaki itu ...

Suki sampai ke rumahnya. Di depan pagar rumahnya, Love sedang menantinya. Lelaki itu kelihatan gembira tatkala Suki yang dinanti-nantinya muncul di depan matanya. Bibirnya menguntum senyum yang manis.

" Awak.. sila pergi dari sini."

Love memandang Suki yang serius, tidak menyangka yang gadis ini menegurnya dengan kata-kata yang perit seperti itu.

" Saya tahu. Sejak hari pertama lagi... saya... saya tahu... awak .."

Kata-katanya tidak termampu diluahkan. Tidak mampu menyebut kebenaran itu..

" Awak tidak pernah mencintai saya. "

Hati Suki sayu.Selama ini dia tahu lelaki ini tidak pernah mencintainya. Setiap kata-kata yang keluar dari bibir lelaki ini adalah satu pendustaan.

Dan bila Love mengiyakan yang dirinya adalah milik Acey malah mengaku yang Acey mengarahkannya menyembunyikan apa-apa berkaitan hal Acey darinya, pantas akalnya dapat menganggak. Lelaki ini wujud di sini kerana Acey. Lelaki ini mendekatinya kerana Acey. Atas arahan Acey..

Sejak awal lagi, walaupun bibir itu terukir senyum, mata itu merenungnya penuh cinta, kata-katanya lunak berentak cinta, ia sebenarnya bukan miliknya. Seperti yang dikatakan Ichie, Love milik Acey selamanya.

Juga seperti amaran Sagi... dia patut tinggalkan lelaki keji ini.. Lelaki yang memberikannya harapan palsu, yang menenggelamkan dirinya dalam lautan pendustaan.

Selama ini dia cuma seorang yang tidak dicintai. Dan dia akan kekal begitu.

" Love, saya tak ingin berjumpa awak lagi."

Suki menolak tubuh Love agar berganjak dari situ, tetapi tubuh itu berkeras tidak mahu beredar.

 "Ini arahan saya! Awak Love, hilang dari hidup saya mulai saat ini! Jangan libatkan diri awak dalam hidup saya lagi.. dan semua insan yang terlibat dalam hidup saya. Bagi saya, awak.. tidak wujud! "

Tubuh Love yang terasa begitu berat untuk dianjak tadi, terasa ringan, akhirnya menerima apa yang dipintanya.

" Baiklah."

Air mata Suki mengalir. Walaupun dia sudah cekalkan tekadnya bersedia menerima perpisahan ini. Tetapi  dia tidak tahu yang hatinya kan pedih begini.

" Saya cintakan awak, Suki." kata Love sebelum meninggalkannya.

Kata-kata Sagi bermain di minda Suki.

" Love, dia bukan insan yang awak fikirkan. "

" Seperti namanya, dia kan membawa cinta di sekelilingnya. Setiap bicaranya berbutirkan bait cinta, setiap perbuatannya penuh kasih sayang tetapi apa yang awak tidak tahu, ialah dia tidak melakukannya dengan kehendaknya, dengan keinginannya sebaliknya ia adalah, takdirnya, tugasnya."

" Dia mementingkan diri. Dia cuma ingin dicintai dan sesiapa di sisinya, akan mencintainya.. mempercayainya, ingin bersamanya.. Cintanya dusta. Semakin dekat padanya,  kau akan tenggelam dalam percintaan yang dibawanya dan akhirnya lemas...  sama seperti Acey. "

Hadir Love bukan disebabkan keinginannya, dia hadir untuk mencari seorang pemilik…




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Ahad, 8 April 2012

Yang Tidak Dicintai 20


Kebenaran itu menyakitkan. 

Kerana itu pendustaan mengambil alih. 

Mengubati hati yang terluka... 

lalu ada yang sanggup hidup

dibayangi pembohongan


Suki meneguk sup sayur yang dibuat ibunya hingga licin. Gembira ibunya melihat Sukinya kembali. Namun tika dia ingin naik masuk ke biliknya,  rambutnya direntap kuat.

" Kau bukan anak aku! Suki tidak akan terus naik ke bilik selepas makan.. 
Kau bukan anak aku! "

Pap! Mukanya ditampar, lalu ditolak jatuh. Tubuhnya dipijak kuat-kuat oleh wanita pertengahan umur yang sedang mengila itu. Rasa sakit menguasai seluruh badannya. Namun, dia hanya mendiamkan diri. Tiada rintihan, tiada tangisan.

Suki hanya merelakan semua itu.

Sambil memejam erat matanya,  fikirannya melayang pada kebenaran yang terungkap satu persatu, semalam.

XOXOXO

Malam semalam, tiba-tiba  dia ditahan seorang lelaki gagah di awal usia 30an dan seorang budak lelaki yang seusia dengannya. Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai  Sagi dan Torikku. Dan mereka  mengajaknya pergi minum di sebuah cafe berdekatan.

Mulanya ajakan mereka ditolak. Namun bila mereka memberitahu yang mereka boleh memberi semua jawapan bagi soalannya tentang Acey. Tentang Love.

Suki menurut. Rasa ingin tahu nya lebih mendalam dari keselamatan dirinya.  Walaupun mereka tidak memberinya rasa ketakutan sama seperti Ichie, namun tidak salah mengambil langkah berjaga-jaga.

Suki memerhatikan sahaja mereka berdua di depannya. Budak lelaki yang seusianya itu dipanggil Sagi.  walaupun tubuhnya kurus kecil, dia lebih lantang bersuara dari temannya yang gagah itu.  Sagi juga suka merungut, kasar dan bising. Topi yang dipakai nya, terletak senget di kepala  mempunyai kesan kotor di muka depannya. Walaupun begitu, ia adalah topi kegemarannya dan Sagi sangat bengang kiranya ada yang mempersoalkan tentang kotoran itu.

Torikku pula, walaupun tubuhnya 3kali ganda besar dari Sagi dia seorang yang pendiam. Tidak banyak bercakap dan sering dibuli Sagi. Namun dari kesan parut pada muka dan badannya, jelas sudah banyak pergaduhan yang dihadapinya. Mungkin Torikku terlibat dalam kerjaya yang memerlukan fizikal yang besar kerana itu tubuhnya maintain sasa dan berotot, berkat hadir ke gym.

Namun, dua orang yang berbeza fizikal dan usia berada bersama-sama dan cara mereka berbual antara satu sama lain seperti rakan seusia,  menimbulkan persoalan. Nyata Sagi dan Tokirru bukannya anak dan ayah.

" Bagi seorang yang biasa, awak cepat membuat profile tentang kami. " 
" huh?"
" Pemerhatian awak.. tajam.."

Suki diam. tidak tahu samada itu pujian atau bukan. Namun walaupun kata-kata Sagi kasar, namun ia tidak memberikan rasa apa-apa padanya. Dia tidak rasa terancam bersama mereka. Tidak seperti Ichie. walaupun budak itu kecil tapi dia betul-betul takut berada dekat dengan mereka. Mungkin sebab itulah dia sanggup mengikuti dua orang asing ini, mencungkil rahsia dari mereka adalah lebih mudah dari Love dan kurang berbahaya berbanding Ichie.

" Mesti awak fikirkan yang kami berbeza dari 2 kembar tempoh hari kan.."teka Sagi.
" Camne awak tahu? "
" Mestilah! IQ saya lebih tinggi dari awak. Dengan melihat reaksi awak saja saya dah tahu apa yang awak    fikirkan. heh!" Sagi tersengih lebar, seolah-olah bangga bila Suki seperti terkejut yang dirinya mengetahui apa yang difikirkan.

" Sebenarnya kami  tahu semua ni sebab kami nampak awak dan Ichie tempoh hari kat belakang sana."  jelas Tokkiru. Sagi cepat-cepat memukul kepala Tokkiru dengan topinya. Tindakannya tidak memberi apa kesan pada Tokkiru. Topi yang penyek kembali disarung ke kepala.

" Cis!! Yang kau kantoikan pehal! Jangan cakap yang tidak berkaitan lah! " marah Sagi. Sagi memandang Suki. Wajahnya serius.

" Kami nak beri amaran. Kami nasihatkan baik awak tinggalkan Love.  Jangan libatkan diri dengannya lelaki keji itu.  ."   

Mulutnya menjuih dan sinar matanya tidak dapat menyembunyikan rasa tidak suka dan tidak puas hatinya bila nama Love di sebut. Ada history antara mereka agaknya.

Lelaki keji. Hati Suki berbulu marah pada kata-kata Sagi. Dia tahu Sagi seorang  yang suka hati bercakap ikut mulut, tapi tidak patut mengutuk orang di belakang.

" Jika awak takde apa-apa nak cakap tentang soalan saya, saya minta diri dulu."

" Heh! Perempuan ini marahlah,Tokkirru." sindir Sagi, tidak rasa bersalah langsung.

" Suka hati awaklah nak pergi atau tidak. Ceh.. "

Suki bangun dari duduknya, bersedia untuk beredar. Tidak mahu melayan mereka yang sia-sia.

" Acey memang dibunuh." 

Suki terkejut. wajah Sagi yang sedang tersengih melebar itu direnungnya.

" Jawapan untuk soalan pertama awak . Pembunuh Acey adalah Love " 






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Rabu, 4 April 2012

Yang TIdak Dicintai 19.5




Pensel di tangannya, diketuk lembut pada papan meja tulis. Dalam sunyi sepi, bunyinya agak  kuat dan menganggu. 

Suki merenung tajam pada Love yang asyik membaca majalah.  Love menyelak dari satu mukasurat ke mukasurat lain, tanpa terganggu, tidak endah pada kelakuan sengaja Suki.

Kali ini, buku latihan Add Math di depannya, diconteng-conteng dengan pensel, melepaskan geram. 

"EEee!! geramnya!!" keluhnya sekuat hati.Kerusi yang diduduknya, di seret ke belakang. Kakinya ditolak renggang ke depan. Dia mendepa tangan, mengeliat letih. 

Kelakuannya itu berjaya mengambil alih perhatian Love. 

" Kenapa? Ada soalan yang susah ke? Biar saya tengok."
 
Majalah diletak ke lantai. Love bangun mendekati Suki. Bila terlihatnya kesan contengan pada buku Suki dan tiada soalan yang telah jawab, Love sedar bukan hal ini yang mencetuskan keluh kesah Suki tadi.

" Kalau awak letih, rehatlah dulu. " dalih  Love masih pada topik yang tidak kena mengena dengan situasi Suki ini. .

Love kembali pada kedudukannya tadi, meneruskan pembacaannya yang terganggu, membiarkan Suki kembali berkeluh -kesah seorang diri.

Awak bertanyakan soalan yang salah. 

Ehmm.. Suki masih tidak mengerti maksud Love. Soalan yang salah? Jadi adakah kalau dia berjaya menyoal soalan yang betul, Love akan buka mulut.

Suki memadam contengan pada buku latihannya. Tekadnya berkira-kira untuk mendapatkan jawapan dari Love hari ini juga. Kalau tidak sia-sialah usahanya mengajak Love datang ke rumah dengan alasan untuk mengajarnya Add Math.

" Kenapa awak tidak laporkan polis pasal pembunuhan Acey?"
" Maaf, saya tidak boleh jawab soalan awak itu.

Suki berpaling pada Love.

" Jika saya soalkan soalan yang betul, saya boleh tahu semua yang awak sembunyikan kan?"
" Saya tidak menyembunyikan apa-apa dari awak Suki.."

Suki tahu Love berbohong.

"Betullah Acey dibunuh, bukan kemalangan? "
" Adakah Acey dibunuh?"
" Siapakah yang bunuh Acey?"

Bertubi-tubi susunan soalan Suki ajukan. Dan kesemua soalan itu bukan soalan yang betul.

Suki getap bibir, kebuntuan idea, pening kepala!  Seolah-olah dia tengah bercakap dengan robot yang diprogramkan. Kalau Love robot, siapalah yang buat robot camni, apa tujuan nya?

Love direnungnya.

Ishh.. taklah! .. Love bukan robot. Kalau robot, kenapa tubuhnya terasa hangat .  Malah dia dapat mendengar degupan jantung lelaki itu. Dia dapat lihat urat-urat dan otot-otot lelaki ini melalui kulitnya yang putih itu.

Suki tersentak. Ya, sepanjang ingatannya, Love tidak pernah menafikan atau mengiyakan mahupun terkejut bila ditanya samada Acey dibunuh. Reaksinya Jadi ini bermaksud...

"Love, awak tahu  sesuatu tentang kematian Acey, bukan?"

" Ya. Saya tahu."

Suki dah menganggak. Kali ini tekaannya betul. Soalannya juga tepat.

"Budak bernama Ichie dan kembarnya juga tahu tentang ini juga kan? "

Wajah Love berubah saat mendengar nama Ichie disebut. Mungkin tidak menyangka yang Suki mengenali dua budak perempuan itu. 

" Ya. Mereka juga tahu. "

Suki diam sejenak. Buat masa ini, soalannya tepat dan dia mendapat satu petunjuk baru. Jika Love tidak dapat menjawab soalan seterusnya, dia boleh memperoleh jawapan dari kembar itu.

Acey mati dibunuh dan Love tahu pembunuhnya.. semuanya..
Jadi jika Ichie berkata benar dan nyata Love tidak menafikannya. Jadi, kenapa Love menyembunyikan hal ini darinya?

'Saya tidak berniat untuk menyembunyikan hal ini.  "

 Kata-kata itu seolah-olah menyatakan yang dirinya tidak dapat membantu Suki walaupun dia ingin. Seolah-olah dirinya dikawal, terhad..

" Awak ... Awak tidak boleh memberitahu saya apa-apa yang berkaitan tentang kematian Acey kan?"   
" Maaf. Ya."


Wajah Love kelihatan sugul, bersedih . Seakan semua pertanyaan Suki menganggunya. Atau lebih tepat, kerana dia tidak mampu membantu Suki. Dia tiada kuasa untuk itu..  Terikat..

Kenapa ?

Apa yang buatkan Love terikat?

Apa yang membezakan?

Love yang dikenalinya seorang yang bebas, membuat apa sahaja asalkan perasaannya pada Suki dapat diluahkan. Love yang tindakannya mengelirukan Suki..namun hatinya hanya pada Suki. Berulang-ulang menyatakan cintanya pada Suki.. tanpa sebab.

 Love hanya milik satu orang 
Satu orang seumur hidup
Milik Acey

Ayat Ichie dan kembarnya mengingatkan SUki.

.Ya, selama ini Love hanya mengikut arahannya. Bila dia suruh Love beredar, Love akan pergi. Bila dia marah, Love tidak akan melawan, hanya menerima.

Saya milik awak

Hanya untuk dimiliki..Milik Suki.

Namun, kini, saat ini... tindakan Love, kata-kata Love... semuanya... berbeza...

Bukan lagi untuk Suki...

Awak.. sahabat Acey ke? 

Ya, sejak awal pertemuan mereka, Love tidak pernah menjawab soalan itu..


" Love, siapa Acey dan awak? "
"  Saya milik Acey dan Acey pemilik yang sebenar. " 







nexthttp://nexx-novel.blogspot.com/2012/04/yang-tidak-dicintai-20.html












' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Ahad, 1 April 2012

Yang Tidak Dicintai 19





Dari jauh lagi , Suki dapat lihat seorang lelaki yang berambut panjang sedang bersandar di tembok pintu rumahnya. Asap nipis beralun-alun lembut dari putung rokok yang semakin pendek, di bibirnya.  

Cermin mata yang dipakainya kelihatan bercahaya silau, dek panahan mentari di kala senja. 

Dia leka seakan memikirkan sesuatu.

" Suki!"  "panggilnya.  Putung rokok dijatuhkan dan bibir itu pantas mengukir senyuman. Tanpa pinta sesiapa, dia mengusap lembut akan kepala Suki.

" Saya merindui awak, Suki."

Pap!!
Spontan tangannya di tepis Suki.

Tindakan Suki itu tidak lagi mengejutkanya, seakan dia tahu reaksi Suki.  Matanya merenung lembut pada Suki. Renungan yang terisi dengan kelembutan kasih sayang. Hanya pada Suki. 


Lelaki ini.. lelaki ini..!! kenapa langsung tiada perasaan selain perasaan itu padanya.

Perasaan yang tidak wajar wujud pada dirinya, kerna dia tidak layak untuk memperoleh itu.

Suki getap bibir menahan geram.

" Saya tahu Acey dibunuh ; bukan kemalangan. "


Bibir Love yang senantiasa tersenyum itu, kini tidak lagi tersenyum. Matanya yang sentiasa merenung Suki dengan penuh kasih sayang itu, beralih kearah lain, cuba menyembunyikan sesuatu.

Suki sedar.

Walaupun Love tidak menjawab, namun reaksi itu sudah cukup membuktikan bahawaan tekaannya betul.

Lelaki ini menyembunyikan banyak rahsia.

"Awak tahu pembunuhnya??"

Tiada jawapan.
" Jawab saya!" 

Suki memegang tangan  Love, merenung Love agar lelaki ini menjawab pertanyaannya.

" Adakah ini arahan?"

Entah kenapa saat ini, dirasakan Love ini begitu asing pada dirinya.

" Ya, ini arahan! "

Bayangan lelaki yang sedang marak dijilati api, jelas terbayang di mata Suki.

Begitu nyata di depannya. Hatinya tiba-tiba terasa pilu..

" Maaf, soalan awak itu, saya tidak boleh jawab."

Suki getap bibir, menahan geram. Apa maksudnya dia tidak boleh jawab? Adakah ini bermaksud apa yang Ichie beritahu adalah kebenarannya? 

" Kenapa? Kenapa awak cakap begitu?"

Diam.

" Awak kata awak cintakan saya. Awak kata awak milik saya. Jadi...jadi kenapa awak menyembunyikan hal ini?"

Selama ini pelbagai cemuhan dihadapinya. Dari satu tempat ke satu tempat. Walau ke mana sahaja dia berpindah, sebaik sahaja mereka mengetahui kisah kebakaran dua tahun lepas, mereka semua akan membuat andaian. Andaian-andaian yang mencederakan hatinya.

Di sebabkan punca kematian Acey dikatakan kemalangan, ramai yang menuduh dirinya sebagai pencetus api malam itu. Bila dia hilang memori dan personalitinya berbeza, ramai menjauhi. Dia dikatakan mengalami masalah psikologi. Cemuhan paling teruk, dialah yang membunuh Acey. 

Kerana itu, ibunya mula membenci dirinya. Menuduh dirinya bukan Suki sebenar. Yang lama kelamaan, menyebabkan dia sendiri merasakan yang dirinya bukan Suki. Dan untuk mengelakkan luka di hatinya berdarah kembali, dia menyendiri. Menutup segala ruang perhubungan dengan insan lain. Mengunci hatinya lalu jadi begini.

Jadi, sampai hati.. sampai hati Love tidak memberitahunya. Penjelasan Love pasti kan mengurangi beban di hatinya. Namun... lelaki ini.. lelaki ini membohonginya. 

'Saya tidak berniat untuk menyembunyikan hal ini.  "
" Jadi, kenapa awak tidak jawab soalan saya?"
" Awak bertanyakan soalan yang salah."
" Jadi, apa soalan yang betul nya?"
Love mengusap rambut Suki. 

" Maaf. Saya tidak boleh jawab soalan itu..."  

Love melangkah meninggalkan Suki yang tidak mengerti maksud Love.






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Sabtu, 31 Mac 2012

Yang tidak dicintai 18.5



LOVE. Lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya, membawa satu macam kemisterian tentang identitinya, tentang kewujudannya.

" Sudikah awak membuat 'memori bersama saya hari ini?"
" Awak siapa?"
" Love."

Satu persatu memorinya bersama Love berulang di fikirannya. Senyuman itu, pandangan itu.. sentuhan itu… Kata-kata itu...

Suki membuka matanya. Cinta?? Mencintai aku? Kenapa lelaki ini begitu mudah mengungkapkan kata-kata itu..? Mengapa mencintai dirinya yang tidak punya apa-apa, tiada keluarga? Tiada memori? Tiada masa silam?  Sama seperti pasu hiasan yang cantik, namun kosong . kekal sebagai hiasan.

" Saya cintakan awak Suki….."
                                "Nyawa saya, hati saya, semuanya milik awak Suki."
                                                         " Saya ingin awak sentiasa tersenyum."

Kata-kata itu, kenapa Love tahu apa yang ingin dicakapkan? Kata-kata yang menyentuh perasaan, mengetarkan debarannya,. Bersama love, buatkan dia rasa diingini, disayangi , dihargai. Diriinya yang kosong ini , dirinya yang terasa begitu sunyi dan keseorangan, dirinya yang terluka…

Love telah menghilangkan segala perasaan itu.. membuatkan dia lebih selesa bernafas di dunia yang begitu asing ini.

Seakan mengetahui hatinya ingin mendengar perkataan itu… ingin memiliki itu.. ingin dicintai.


" Siapa awak?"
" Saya milik awak."

Suki memejamkan matanya. Hatinya gembira dalam keliru… Kerana dia khuatir , dirinya akan menginginkan semua ini, yang tidak mungkin jadi miliknya. Selama ini dia tidak menjalinkan apa-apa perhubungan  dan memori dengan sesiapa. Dia tiada sahabat, tiada ibu, tiada apa- apa yang boleh mengikat dirinya di dunia ini. Yang boleh membuatkan dia was-was untuk meninggalkan semua ini. Dia sudah lama bersedia untuk menunggu kehadiran " Suki' yang sebenar.

Love…

Kini, kenapa hatinya seakan terikat untuk tidak meninggalkan dunia ini.


Dr. Shinrai menamatkan sessi kaunseling mereka hari ini. Dia meletakkan buku notanya di atas meja., sambil dari tingkap , memerhatikan Suki berjalan pulang.

Sejak dari hari pertama, dia mengenali Suki, dia tahu remaja itu tidak berniat untuk hidup di sini. Remaja itu mengasingkan diri dari semua orang, memendam rasa, menelan perasaan. Remaja itu… walaupun sudah bertahun mereka berkenalan, berjumpa.. dia sentiasa merasakan suatu jurang di antara mereka. Satu perasaan asing..

Namun hari ini, gadis itu dengan senang hati bercerita dengannya, bertanya pendapatnya.. malah menyebut beberapa nama seperti Kasih, Cinta.. Suki sudah mula mengisi ruang hidupnya dengan ceritacerita yang lain, watak-watak laein. Kawan-kawan,.

Dan Dia dapat merasai kekeliruan, kegembiraan, kerisauan bila cerita tentang Love disebutnya. Satu perasaaan yang pelik, berbanding diri Suki yang lepas, yang KOSONG.

Love…

Nampaknya, insan itu satu nama penting dalam hidup Suki, yang mungkin dapat mengubah segalanya.

Dr Shinrai  mengemas barangnya, sedia untuk beredar. Dia percaya hari ini menjanjikan sesuatu..




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Khamis, 29 Mac 2012

Yang Tidak Dicintai 18

"Awak ingin ceritakan sesuatu?"

Doktor muda  itu mencatat sesuatu pada buku nota di tangannya. Tahi lalat di hujung mata kirinya digaru gatal. Tag pada bajunya tertulis Shinrai.

" Awak seperti risaukan sesuatu? Apanya?" ikhlas doktor wanita itu memujuknya, cuba memahami apa yang tersembunyi di hati Suki. Pesakitnya yang paling muda ini hanya membisu. Sama seperti  di sessi-sessi kaunseling sebelum ini.

Doktor itu mencatat lagi pada buku notanya. Laju jemarinya menulis, leka, lalu membiarkan kesunyian mengambil tempat.

Plaster yang tertampal di pipi kiri Suki menjadi kebimbangannya.  Tidak pernah satu sessi pun gadis ini hadir tanpa kesan-kesan luka ataupun balutan. Dan tambah menyukarkan, bila Suki tidak mahu berkongsi apa- apa dengannya.

Selama 2 tahun ini, pelbagai cara dia lakukan untuk membuatkan Suki selesa dengan dirinya. Dengan hanya memerhatikan Suki, dia  tahu perasaan Suki.

Dia tahu, Suki berasa keseorangan dan tertekan semenjak kehilangan memorinya.  Suki keliru dengan identitinya. Suki takut menghadapi masa depannnya. Suki terperangkap.

Kerana itu, dia ingin membantu Suki. Dia ingin membantu Suki bukan sebagai seorang doktor, tapi sebagai kawan dan orang yang boleh menjadi teman Suki mengadu.

Dia tidak mahu Suki terus seperti ini.. Dia mahu Suki melalui hari-hari dengan bermakna. Dia mahu gadis ini kembali aktif, riang seperti gadis seusianya. Seperti Suki dua tahun lalu.

Dari kenyataan dan pemerhatian, gadis ini mengalami trauma  dan kehilangan memori selepas kematian abang. Selain itu, walaupun fizikal gadis ini tidak terganggu, terdapat perubahan  dalam keperibadiannya.

Yang aktif dan riang,  kini Suki suka menyendiri. Persenoliti Suki kini jauh berbeza dengan dahulu. Segalanya berubah. Kelakuannya, cara percakapan dan pemikirannya. Semuanya berbeza. Seolah-olah ini adalah Suki yang lain.

Baginya, Suki kemungkinan mengalami kemurungan yang menyebabkan berlaku perubahan personaliti. Selain itu, Suki berkecenderungan mencederakan diri. Ini membimbangkan.

Kerana itu, sessi kaunseling ini diperlukan.. untuk membantu Suki kembali normal seperti dulu.

Namun, selama 2 tahun, 2 tahun sessi kaunseling, ia tidak memberi apa-apa perubahan. Suki hadir untuk sessinya ; hanya untuk membisu. Membiarkan masa berlalu, ditelan sunyi.

Dia  memandang Suki yang sedang berbaring di kerusi malas. Gadis ini kelihatan begitu tenang. Berbaring dengan memejam mata, seolah-olah sedang tidur.

Sekali pandang, sesiapun  tidak akan menyangka yang Suki mengalami gangguan perasaan.
 
Ingatan Dr  Liew kembali pada hari pertama sessi mereka.

 " Saya adalah saya. Suki adalah Suki. Sesi ini tidak diperlukan. " 
" Ya, saya faham. Tapi tujuan  Sessi ini cuma ingin  membantu awak kembali seperti dulu. Yang ceria dan gembira itu. ..Saya tahu kematian abang awak memberi kesan negatif  pada diri awak.  "
" Tetapi,  gadis dalam gambar ini bukan saya. " potong Suki.

Dia menutup album gambar yang diberikan doktor.  Album itu penuh dengan gambar seorang remaja di saat graduasi,sukan ketika mengikuti rombongan bersama kawan-kawa dan lain. Gadis yang senyumannya memanjang indah , dihimpit ramai sahabat. Gadis yang memiliki mata yang penuh impian dan keriangan. Gambar Suki.

" Saya tiada memori tentang semua ini. Saya tidak gembira dan serasi bersama sahabat-sahabat Suki. Saya lemah bersukan, tidak pandai dalam pelajaran seperti Suki. Saya bukannya Suki ini."

" Sebab itu saya berada di sini. Saya nak membantu Suki. Tiada sesiapa yang mahukan Suki ingat balik semua yang berlaku. Suki adalah Suki. Kami cuma mahukan Suki kembali ceria macam dahulu.. "

Suki berjalan ke jendala dan merenung langit yang kian senja.

" Macam dahulu? Bukankah itu seolah-olah awak semua mengingini Suki yang lama- Suki yang dahulu. Lalu menafikan kewujudan saya?"

Soalan Suki itu tidak terjawab.

" Jadi , siapakah saya?? Doktor,  bila Suki yang dahulu kembali, ke mana saya akan pergi?"

Itulah perbualan terakhir mereka. Selepas itu, Suki tidak lagi bercakap dengannya. Segalanya dipendam di hatinya. Dan dia  hanya mampu memerhati..

" Love. Dia... "

Doktor Shinrai terkejut apabila  keselesaan sepi ini terganggu dengan suara Suki.

" Love?" tanyanya berminat. Cermin matanya digerak-gerak , menanti Suki menyambung kata-katanya.

" Ya? Love? Kenapa? "




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Rabu, 4 Ogos 2010

YANG TIDAK DICINTAI- 17



" Awak tinggal seorang ke? " Tanya Suki. Love mengalihkan perhatiannya pada Suki.

" Awak nak tinggal dengan saya ker?" jawabnya lembut. Belum sempat Suki mahu membalas, dia terdengar bunyi loceng.

Di balkoni, dia ternampak sebuah loceng angin digantung. Setiap kali angin bertiup, ia mengeluarkan bunyi loceng seakan memujuk dirinya untuk bergerak ke balkoni.

Kcing…kcing……….

Suki memandang Love yang rupanya mengekorinya ke situ.


" Siapa awak?" 

Akhirnya keluar juga pertanyaan yang selama ini Suki pendamkan.

Soalan yang ingin ditanya sejak kejadian tempoh hari.

" Saya .. yang mencintai awak, Suki"

" Cinta. Cinta. CInta.!! Kalau awak mencintai saya, kenapa? Tak mungkin awak boleh muncul tetiba macam ini!! Saya…" perbualannya dengan Ichie bergema di telinganya, ketawa mereka yang nyaring ,  memberikan rasa seribu satu ketidakselesaan  pada diri Suki.

" Acey mati dibunuh dan Love tahu pembunuhnya. Semuanya "

" Siapa awak sebenarnya? "

Dia merenung mata Love tidak kedip-kedip.

Love perlu tahu dia betul-betul serius dan mahukan jawapan yang sebenar-benarnya..

Hari ini dia pasti akan dapatkan jawapan dari Love.

" Saya milik awak."

Jawapan Love betul-betul mengelirukan.

Lelaki ini tidak akan memberikan jawapan yang betul-betul Suki ingin dengar.

Atau.. mungkinkah Love sengaja menyembunyikan sesuatu.

" Awak………" kata-kata Suki tidak dihabiskan.

Di lihatnya  Love merenung jauh ke bawah. 

Pandangannya yang tajam & dingin  itu, memberikan Suki satu  perasaan takut. 

Suki memandang ke bawah.

Sekilas, dia ternampak bayangan seseorang yang cuba menyembunyikan diri.  Mereka diperhatikan ker?

Persoalannya , kenapa?

"Awak tunggu di sini." Kata Love bergegas turun ke bawah. 


previous                                   next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Ahad, 13 Jun 2010

YANG TIDAK DICINTAI- 16


" Jumpa… jumpa…"
Suara itu berkumandang.

"hehe… Jumpa.. Jumpa.."
'Dah jumpa"

Diikuti dengan ketawa yang nyaring.

"Siapa??"
Senyap.

Suki memerhatikan sekelilingnya. Tiada sesiapa di sini. Cuma dia di lorong ini. Tapi, kenapa dia terasa ada yang memerhatikannya??  

Suki menelan air liurnya. Terasa tekaknya begitu payau.

" Hai, Suki… " tegur seorang budak perempuan yang tiba-tiba berada tidak jauh di depannya. 

Budak perempuan yang memakai gaun biru itu memerhatikannya tajam. 

Di tangannya terdapat sebuah teddy bear putih yang besar.
Suki menarik nafas lega. Dia tak tahu kenapa dia berasa cuak dari tadi. Di depannya hanya ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 12 tahun.
" Dik nie sapa??" tanyanya.
" ehhh!!…….. " teriakkan itu mengejutkan Suki.

Seorang budak perempuan yang lain tiba- tiba menjenguk keluar dari arah belakang budak perempuan misteri ini. Muka budak itu mencuka, bila kehadirannya rupanya tidak disedari.

Wajah mereka yang seiras, tinggi dan warna rambut yang keperangan .buatkan mereka berdua tidak ubah seperti anak patung.  Mereka rupanya kembar.
" Dia tidak kenal kite, Ichie." kata budak perempuan yang baru muncul itu. Di tangannya terdapat anak patung yang sama dengan kembarnya. Namun patungnya begitu menakutkan. 

Beruang teddy bear warna putih itu kotor dan koyak.Soket matanya terkulai jatuh. Manakala kaki dan tangannya mempunyai kesan-kesan jahitan bukti ia pernah tertanggal lalu disambung kembali. Terdapat tompok-tompok hitam di badan teddy bear itu, seolah-olah darah kering.

Suki mengalihkan renungannya dari anak patung yang mengerikan itu.
" Ohh.. ruginya." jawab budak perempuan yang di panggil Ichie.. Suki mengingati namanya sebagai Ichie.
" Tapi kami kenal kakak." sambungnya. 

Dia mendekati Suki yang masih keliru dengan situasi ini.  Kembarnya pula mengelilingi Suki, membelek Suki atas bawah, sambil tersenyum sinis.
Terasa tangan SUki berpeluh dingin. Dia tidak suka pandangan budak berdua ini, nada suara mereka,  renungan mereka. Satu perkataan sahaja yang boleh Suki gambarkan perasaannya saat itu.

Terancam~
" Ooo… kakak dah jumpa Love."  

Ichie merenung tajam pada cincin di jari Suki.  Pantas Suki menyembunyikan tangannya ke dalam kocek seluar.

" Love.. love… Love…LOve!! Love! " usik kembarnya dalam ketawa yang terkekeh-kekeh. 

" Shhhhhhhhhh!!!…………." Marah Ichie . 

Kembarnya mendiamkan diri. Namun, senyuman di bibirnya masih terpamer di wajahnya. Menyeringai seperti dubuk yang nakal.
Suki menelan air liur. Dia perlu pergi dari sini. Itu yang otaknya tafsirkan saat itu. Dia cuba mengerakkan kakinya, tetapi sia-sia.

Kakinya terasa terpaku. 

Keras dan sejuk.

Ketakutan menghantui dirinya saat ini.

" Kakak takut ke? "

Kembarnya menutup mulut, menahan gelak yang ingin tersembur. Apa yang melucukan mereka?

" Kakak memang patut takut." 

Gertak Ichie sambil ketawa kecil. Kembarnya turut mengetawakan . Hilai tawa mereka bergema di sekeliling. Panjang dan menjela-jela.. Menakutkan..Seolah-olah mereka mempunyai kuasa terhadap Suki. Kuasa untuk mencederakan dirinya.
 " Kamu berdua nak apa??

" Suki mengumpul seluruh tenaganya untuk mengeluarkan soalan itu. Dia tidak peduli walaupun kata-katanya itu keluar dalam nada gementar. 

Dia cuma ingin melindungi dirinya saat ini. 

Tangannya meraba-raba handphone. Dia perlu call seseorang. Love?

Kedua-dua budak perempuan itu diam.. Wajah comel itu serius.  Mereka merenung Suki . Lama, sebelum kembar Ichie menjawab pertanyaanya.

" Sebab Love milik kakak." Kata kembar Ichie.
" Dan kakak memiliki Love." Sambung Ichie.
" Love hanya milik satu orang."
" Satu orang seumur hidup."
" Milik Acey." Kata mereka serentak.
Acey? Abangnya? Acey? Apa maksud semua ini. Acey dah ma…
" Acey dah mati." kata Ichie seakan membaca fikiran Suki.
" Jadi, Love patut mati."
Ichie dan kembarnya berhenti bercakap lagi. 

Mereka merenung Suki yang tampak terkejut. 

Mati?? Kenapa budak –budak ini bercakap pasal mati seolah-olah perkara biasa?
" ooohhh….. Love tak beritahu apa-apa pada kakak ker?' sindir Ichie.
"Hhehehe…."
Ichie mendekati SUki.  

" Biar Ichie beritahu satu rahsia. " bisik Ichie.

" Acey mati dibunuh dan Love tahu pembunuhnya. Semuanya...  "
Ichie menarik kembarnya dan berlalu  pergi. Mereka berdua ketawa kecil.


next 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Selasa, 8 Jun 2010

YANG TIDAK DICINTAI- 15


Arghhhhhhhhhhhhhhhh~

Di depannya, seorang lelaki dijilati api yang begitu marak. Bahang apinya terasa membakar –bakar. Api itu menjulang marak dan dalam sekelip mata, dirinya dikelilingi api yang mengila ibarat amukan syaitan.

Dia hanya mampu memandang dengan mata yang terbeliak. Api semakin marak, asap semakin tebal. Pandangan matanya terasa berpinar-pinar. Lututnya terasa mengigil lemah malah degupan jantungnya yang kencang seakan-akan hanya menunggu masa akan meletup. Ya, dia terasa begitu takut hingga badannya tidak dapat bergerak langsung .

" Suki………" Lelaki yang dijilati api itu memanggilnya lembut.
" Suki….. "

Air matanya mengalir tanpa disedarinya saat kesedarannya, mengenali susuk tubuh yang terbakar itu. Acey???

Tiba-tiba dia terasa dipeluk dari belakang. Pelukan yang hangat mententeramkan. Dia terasa selamat. Sangat selamat. Seperti menjumpai cahaya di lorong Jalan yang gelap.

" Jangan takut…~~" bisik lelaki itu. Jelas di telinganya. Suki menoleh….

Kcing… kcing…

Suki membuka matanya. Mimpi???? Dia memerhatikan sekelilingnya. Dia masih di kelas rupanya. Tertidur di kelas?

" Jadi sampai sini sahaja kelas kita. Selamat bercuti. 2 minggu ini sila jaga diri anda baik-baik. Kita akan berjumpa semula di semester seterusnya."

" Terima kasih cikgu"

Suki mengemas bukunya.  

Hatinya risau.  Sejak akhir-akhir ini dia sering bermimpi begitu. Seperti ulangan video yang rosak. Berhenti di penghujung mimpi yang sama. Dia tidak dapat melihat orang yang menyelamatkannya. Orang yang memeluknya dari belakang. Mimpi kah semua ini? Atau…

" Saya rindukan awak, Suki" tegur Love. 

Suki terkejut.  Rupanya dia sudahpun keluar dari kelas dan kini berada di pintu pagar sekolahnya. Jauh betul lamunannya.

Suki terus berjalan tanpa mempedulikan Love.

" Eeehhhhhhh….. awak pelajar universiti.!!??"

Suki berhenti.  Suara siapa tu? !
Love ketawa. 

" Haha.. yer. Saya pelajar tahun akhir di U.

Awak belajar di universiti mana? Jurusan apa? Umur awak berapa, nama awak siapa?" bertubi-tubi soalan itu diacukan pada Love.

" Love! " kata Suki keras. 

Dia mendekati Love yang rupanya tidak mengikutinya tadi. 

Kasih ditenungnya sedikit marah, kemudian mengalihkan pula renungannya pada Love . 

Lelaki itu senyum.

"  Nama saya Kasih. Ini Cinta! " 

Kasih memperkenalkan dirinya dan juga remaja perempuan yang berada di sisinya.

" Suki, saya tak tahu pula awak ada boyfriend?"

" Love kawan abang saya Acey lah! Kami takde apa-apa! "

" Ooooooooooo…. ...." 

Sengaja Kasih memanjangkan oo nya itu, tanda dia tidak percaya kan Suki. 

" Jadi boleh lah kita jalan balik bersama-sama! Kami kawan sekelas Suki! " kata Kasih. 

Cinta menganggukkan kepalanya. Tocangnya bergerak-gerak mengikut rentak kepalanya. 

" Boleh... jika Suki setuju.." 

Love memandang Suki. 

"Suka hati awaklah."

Suki terus berjalan. Nafas di tariknya dalam-dalam. Entah kenapa tadi dia terasa marah. Marah melihat kemesraan Love dengan Kasih dan CInta. Kenapa agaknya?

Mereka mengekori Suki.

" Awak amik jurusan fotografi? Saya pun minat fotografi! Nanti bolehlah awak ajarkan saya."

Suki cuma diam sambil memasang telinga pada perbualan mereka. Baru dia sedar, selama ini dia tidak pernah tahu siapa sebenarnya Love. Latar belakangnya. 

Yang diketahuinya, Love adalah sahabat Acey. 

" Awak tinggal di mana?  "
" Di apartment berdekatan sini."
" Oh, dekat lah.. patutlah awak selalu jemput Suki dari sekolah." 
" Kalau jauh pun saya akan jemput Suki."

Suki diam.Tak tahu pula Love tinggal berdekatan.

" Awak semua nak datang ke apartment saya? Saya akan buatkan spagetti. "

Love pandai masak!? Wow, banyak betul yang dia tidak tahu pasal Love.

"Yeah!!!" setuju Kasih dan Cinta.

' Suki! Awak join sekali yer!" 

Suki menoleh pada mereka. Mereka ini, suka-suka sahaja buat keputusan sendiri. Tau ler suka kena belanja makan. Dan, bila masa pula mereka ini berkawan rapat dengannya, ramah gile!

Sebaik dia menoleh pada mereka, dia sedar yang Love rupanya dari tadi, diam-diam memerhatikannya.

Lelaki itu senyum tatkala mata mereka bertembung.
Suki cepat-cepat mengalihkan pandangannya saat terasa degupan jantungnya semakin berdebar-debar.  

Dia tersipu. 



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'