Hari Jumaat. Sedang tekun membuat kerja. Kalkulator ditekan
tambah, tolak, dan sama dengan. Digit-digit yang terpapar dicatat pada kertas
putih. Kemudian pengiraan diulangi semula untuk kepastian. Wah, hebat sangat
aku ini, lebih-lebih bila aku mencetak keluar dokumen. Bunyi bising mesin
pencetak datang dari ruang kerja aku yang selalunya sentiasa sunyi sepi. Ahh.. , terasa sesibuk menteri.
Telefon bijak aku berbunyi.
‘Oneechan’ terpapar di skrin . Aku hentikan kesibukan aku. Kiranya aku masih mengutamakan keluarga dari
kerja. Ini lah pekerja contoh.
“ Hello..”
“ Woi, kau kerja ke ?” jelas kuat dan lantang soalannya.
“ Yerlah…kenapa?”
“ Aku cuti hahahahahahhaha!!!”
Gembira betul suaranya. Serupa panggilan aku jumaat lepas. Waktu itu
aku memperoleh cuti sakit dari doktor muda berbangsa cina yang jarang-jarang
bagi perlepasan itu pada pekerja swasta seperti aku. Matanya tajam dan
hidungnya sentiasa membau penipuan.
“ Cis… kureng…”
“ Ok, tu je nak
beritahu.. bye.”
Telefon diletak. Aku teruskan kerja.