Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 4 Mac 2013

Cermin Kecil- Internet dan buang masa


Melayari internet ketika waktu kerja. Aku suka buka forum gossip artis, baca komen-komen  yang selalunya banyak pendapat dan cemuhan orang lain terhadap orang lain. Menceriakan kebosanan aku. Huihh.. hitamnya hati.

Aku tekan forum lain pula. Forum yang ada tag seram,misteri, hantu, ngeri, pelik.  Buka-buka ada gambar rama-rama yang berkepak lutsinar. Aku rasakan ini mungkin photoshop tetapi aku lihat ada nama spesis rama-rama ini. Serta-merta aku rasa yang ini bukan ilusi optik.

“ Uii.. cantik-cantiknya baju ini.. “

Rakan sekerja yang duduk di sebelah ruang kerja yang diasingkan dengan papan biru sedang riuh-rendah.  Aku toleh sedikit, rupanya ada teman lain yang sedang berlepak dengannya di situ. Mereka saling bertukar-tukar pendapat dengan membelek-belek longgokan baju. Kemudian diikuti dengan ngumpatan.
Aku tidak perasan bila mereka di situ. Mungkin aku asyik dengan informasi pasal rama-rama ini. Aku taip google ‘ glasswing butterfly’, kemudian  menekan ‘cari’.

Kekekekeke…
Kekehan mereka mengalihkan perhatianku. Sebelah sedang bergelak sakan. Ada benda lucu antara mereka tanpa pernah melibatkan aku. Skrin computer aku pandang kembali. Tertera panjang-panjang ayat-ayat mat salleh di muka skrin yang putih.

Cis.  Server down.



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'