Fai terpaksa berhentikan kereta setelah minyak satu bar yang kelip-kelip dari tadi itu, kini tinggal kosong. Sebolehnya dia taknak lah kereta ini berhenti sebab dia terpaksa beri explanation pada penumpang kereta yang di’pinjam’ ini bila ini berlaku. Awalnya dia tidak kisah dan sudah bersedia untuk explain panjang lebar sume tapi mood die hilang, bila penumpang itu adalah Dana.
Dia tak perasan masa masuk kereta tadi, cuma
sedar bila dia dah drive keluar dari stesen minyak itu. Ketika itu dia dah
berkira nak berhenti, tetapi lelaki-lelaki yang mengejarnya masih di belakang, lalu pedal minyak ditekan dan kereta terus meluncur laju dengan hati Fai
berkeceramuk berfikir yang Situasi ini is totally wrong.
Cubaan telefon polis, cubaan terjun
kereta, cubaan menyerang dirinya.. semua cubaan dari Dana yang tak duduk
senyap, terpaksa dihadapinya sepanjang perjalanan kereta ini. Bila tak tahan
dengan perangai Dana, dia pegang tangan Dana dan tarik dana ke dadanya, dipeluknya kuat-kuat Dana yang meronta-ronta.
“ Kalau awak tak duduk diam , kita akan eksiden dan mati sama-sama..”
ugut Fai.
Tetapi tak guna, Dana langsung tidak
takut dan terus meronta-ronta , nak tak nak Fai terus memeluknya sekuat-kuatnya,
drive dengan satu tangan, sambil menahan Dana.. berapa kali dia hampir
terbabas, semua gara-gara Dana.
Fai keluar dari kereta yang diberhentikan di bawah
pokok mengadap sungai yang berada
hampir di hujung pekan ini. Matahari sedang memacak tinggi menandakan hari yang sudah tengahari, tetapi mereka tidak rasa panas . Sebabnya di sini, sungai yang masih suci dari apa-apa pencemaran dengan pokok-pokok redang sekelilingnya merupakan salah satu lokasi yang sentiasa berangin dan
paling nyaman di pekan ini.
Fai berjalan perlahan-lahan fikirkan yang
dia boleh berjalan balik ke stesen minyak berdekatan , tanpa masalah terutama
bila lelaki-lelaki yang mengejar sudah tiada lagi.
“ Hey!” panggil Dana. Nada yang tinggi dan
sombong, yang bosan didengarnya hampir setiap hari di kafe. Kenapalah hari ini
, hari cuti pun dia akan dengar suara ini?!!
Fai berhenti , menoleh pada Dana yang sedang petik jari . Jari telunjuk digerakkan agar Fai berjalan ke arahnya. Fai tidak mempedulikan nya dan terus menyambung langkah kaki yang terganggu. Melihat itu, Dana mengejar Fai.
“ Apologise on what you did!” arah Dana,
separa menjerit.
Sekali lagi langkah Fai mati, dia berpaling mendekati Dana dan dengan rendah diri, menundukkan kepalanya.
“ Sorry... its emergency, saya pinjam
sekejap kereta awak, salah saya. Saya akan jalan sampai ke stesen minyak
berdekatan, dan dapatkan bantuan untuk awak dan kereta ini . Sekali lagi saya minta
maaf, susahkan awak.. ” Fai,ikhlas.
Dana memeluk tubuh memandang Fai dengan
rasa tidak puas hati.
“ Itu sahaja?” sindir Dana. Kening
dinaikkan tinggi.
“ Saya betul betul minta maaf.. I’m
really sorry..”
“ Hehh..” Dana memperkecilkan Fai.
Fai tidak ambil hati. Dia tahu dia silap sebab terburu-buru membuat keputusan untuk lari
dengan kereta yang first dia nampak di stesen tadi. Dan malangnya, kereta itu Dana yang punya.
“ Orang macam ni pun ada.. ” kata Dana.
“ Orang macam ni?” Fai yang baru nak pergi , memandang Dana.
“ Yep, orang macam you. So miskin! sanggup buat apa sahaja ‘kerja kotor’ demi duit. kotor, cam sampah. That
Ahlong is the proof of who you
are right? .”
Fai ketawa kecil. Yep, perempuan ini dan
egonya.
“ Don’t talk like you know me.”
Air muka Dana berubah. Dia ingat ayat itu, ayatnya. Wajah Fai
direnungnya lama. Lelaki ini waiter di Adora Cafe!!
“ Sudah ingat bukan?” sindir Fai sedar yang Dana baru perasan.
“ Saya orang yang serve awak di Kafe
Adora.. emm... sejak first day awak masuk ke Kafe Adora, oh ya, saya juga orang yang
cari pasal dengan awak semalam. Remember? Huh, awak tak ingat sebab orang jenis
cam awak ni, orang jenis lagak lebih. Rasa lebih bagus dari orang lain kan?”
“ Apa?!”
“ Make up tebal, kasut tinggi, pakaian berjenama.. Semua ini tidak
dapat sembunyikan keyakinan diri yang memang takde... jika terus jadi patung..
“ Berani you cakap bukan-bukan !”
kali ini tinggi nada suara Dana. Fai senyum.
kali ini tinggi nada suara Dana. Fai senyum.
“ Usah berpura-pura tidak faham, reaksi wajah awak dah tunjukkan
semuanya.. “
Dana getap bibir. Ayat Fai itu membuatkan dia terdiam.
“Orang cam awak ni, saya kenal sangat.. . you are so fake..right? ”
Dana tak membalas.
“Next time, YOU.. dont talk like you know me... hokey?” pesan Fai.