Fai menolak-nolak dalam pipinya dengan hujung lidah. Rasa pedih dari luka membuatkan dia hentikan perbuatannya itu. Ni semua gara-gara tamparan wanita bernama Dana tu,walaupun tidak kuat, tapi tak pasal-pasal dia tergigit pipi sendiri dan luka dari dalam. Tapi fikirkan balik, dia sendiri cari pasal, campur tangan so padanler muka dia..
Fai teringat sebaik sahaja kes semalam, Zarif tak henti-henti bergurau yang scene semalam kat
cafe tu macam cerita cinta, nanti mesti perempuan yang diselamatkan dari Dana
tu jatuh cinta dengan Fai. Kemudian jadilah cerita cinta hero dan heroin, romeo
and Juliet.. Zarif siap berpesan kalau dia jumpa perempuan tu lagi di
mana-mana, itu adalah jodoh. Jodoh! Yeah right? Tapi mungkin juga kan? Fai taknak harap lebih-lebih, walaupun dia ada juga tengok-tengok kalau terserempak dengan heroin semalam.
“ 2.50 dik..” tegur makcik jual nasi
lemak pada Fai yang tersengih seorang diri. Fai keluarkan wang dari koceknya
tetapi kurang 50 sen.
“ Takperlah dik.. kira 2 ringgit sahaja..
lagipun kau selalu beli kat sini.. “ balas makcik yang mempunyai dua orang anak
yang masih kecil. Wajahnya sentiasa kelihatan letih tetapi tidak pernah kedekut
dengan senyuman.
“ Terima kasih makcik!”
Fai ambil bungkusan sarapan paginya.Baru beberapa langkah dia berjalan dari gerai kecil itu, telefon bimbitnya berbunyi nada message. Dia mengeluarkan dari kocek kiri dan membaca ayat yang tertera di situ. Fai senyum sendirian bukan sebab dia gembira mendapat khabar itu, tetapi sebabkan dia sudah mengagak benda ni takkan settle dan akan keep on mencarinya.
“Tu dia! Cepat ke sini! “
“ Haishh.. lagi sekali!! “ rungut Fai
kelam kabut.
Fai buka langkah seribu dan keempat-empat lelaki itu bertungkus lumus mengejarnya.
“ Lagi sekali...” mereka yang mengejar
turut merungut.
~~~~~~~~~~~
“Even awak frustrated ngan life awak, tak perlu lepaskan kemarahan pada dunia ni kan? ”
Dana termenung dengan kata-kata itu
bermain-main di minda. Frustrated? Dia takde apa yang perlu frustrated dengan
hidupnya yang serba lengkap dan sempurna,TIADA! Melepaskan kemarahan pada dunia ini? Hahaha.. kelakar! Sedangkan di dunia inilah dia telah diberikan segala kesempurnaan ? Semua orang ingin memiliki hidupnya, menjadi dirinya... memuja dan mengilainya..
Tapi, kenapa kata-kata itu membuatkan dia naik marah?? Sangat Marah!
Tapi, kenapa kata-kata itu membuatkan dia naik marah?? Sangat Marah!
Dana perhatikan rakannya yang sedang
membayar duit minyak di kaunter. Mereka berdua dalam perjalanan ke sambutan
majlis harijadi artis popular Marissa Fashya,. Walaupun dia tidak rapat dengan
artis itu, tetapi dirinya selalu dijemput ke pelbagai jenis majlis, terutama
melibatkan industri seni tanah air, mungkin sebab dia model yang sedang up,
punya paras rupa , tapi dia pasti sebab
title dirinya sebagai anak Dato yakob , banyak mempengaruhi susur atur hidupnya ini. Sejak dulu lagi.. dia sudah biasa.
Pintu arah pemandu tiba-tiba terbuka dan terus masuk seorang lelaki yang peluh-peluh
dan serba gelabah . Enjin kereta lelaki itu hidupkan.Lelaki itu memandang.
“ Emergency.”katanya.
“ Ha?’
Lelaki itu
terus memandu kereta dari stesen minyak Petronas ini, tanpa menunggu
permission dari Dana yang terkedu, tergamam dengan situasi ini. Dari cermin
tepi, Dana lihat 4 orang lelaki berpakaian serba hitam berpeluh-peluh sedang berlari
mengejar kereta ini. Ah long kan?