Zarif gosok-gosok dadanya yang rasa tak
tenang bila gelas-gelasnya satu persatu pecah, ditolak jatuh dari meja, oleh
Dana. Sebelum ini, Dana tak pernah buat
begini , walaupun Dana cerewet dan hot tempered, tapi dia tidak
pernah lepaskan marah pada barang-barang di sini. Adakah ini ributnya?
Fai pula satu hari ini sibuk ke hulur ke
hilir, keluar masuk dapur, membawa order yang Dana tukar-tukar. Tiada satu yang memuaskan hati Dana. Kali ini
lebih teruk dari kebiasaannya. Tapi.. yang peliknya, Fai tidak melenting,
merungut ataupun membuat muka, dia layankan sahaja Dana, tanpa rasa letih. Zarif perasan, Im dan Ary juga perasan
perubahan itu.
“ Ni airnya..”
Fai letak segelas air juice di depan Dana.
“ Hemm....”
Dengan jari telunjuk, Dana tolak gelas itu jatuh dari tepi meja. Fai sambut sebelum sempat ia terhempas ke lantai dan Zarif yang memerhati, terus memanjatkan kesyukuran bila gelas itu tidak pecah.
“ I nak minuman yang lain.. “ kata Dana
“ baiklah...”
Fai akur.
Fai akur.
Untuk sementara, sampai awak rasa better, saya boleh mendengar semuanya or.. kemarahan awak.. apa-apa sahaja. Since I'm the only one can see how you are not a doll..
Fai terfikir silapkah dia berjanji begitu. Hari itu, bila dia lihat wajah Dana yang monyok cam tempe tu, dia kelam kabut dan terus cakap begitu, tanpa fikir sedalam-dalamnya. Fai curi pandang pada Dana yang sedang membaca majalah dengan bibir yang tersenyum, keceriaan itu, tidak pernah dia lihat di wajahnya. Fai sengih sangat gembira, yakin yang dia buat benda yang betul.
~~~~~
Fai tarik nafas lega. Setelah
habis satu hari yang havoc ni, dia akhirnya dapat pulang dengan tenang. Hari ini Zarif tutup kafe lebih awal dari biasa, Pukul 5petang dah siap kemas-kemas, sebaik sahaja Dana pergi. Mungkin sebab dia tak sanggup
lagi lihat kemusnahan harta bendanya,rasa macam nak kena serangan jantung. Walaupun Dana ganti balik, tapi Zarif
yang memang jenis dramatic tu, rasa sangat down, dan trauma, siap lemah seluruh
badan dan terus rasa tak sihat.Bos,. bos,,,
Fai menunggu dengan sabar di luar tandas awam wanita.. Sambil-sambil
itu, dia memandang ke kaki langit yang semakin tebal dengan awan gelap,
tanda-tanda nak hujan. Agak-agaknya
sempat tak dia naik bas pukul 6.30 nanti?
Beberapa orang wanita yang keluar dari tandas, setiap kali melihat Fai, pasti tersenyum sipu-sipu, mencuri-curi pandang dan boring-boring Fai layankan sahaja. Sempat juga dia cuci mata dan kenyit-kenyit mata pada mereka, menghiburkan hati yang boring menunggu. Fai lihat jam di tangan, sudah hampir setengah jam dia di luar ni, apa yang Dana buat agaknya di dalam tu?
Sebentar tadi, sewaktu dia ingin balik, dia bertembung dengan Dana
yang rupa-rupanya sedang menunggu dia habis bekerja. Kemudian, Dana memberitahu
yang dia ingin buat sesuatu yang tidak pernah dia buat selama ini, iaitu
berpakaian seperti orang biasa, sempoi dan selesa seperti yang lain-lain.
Kemudian keluar berjalan-jalan tanpa sesiapa mengenalinya. Dia mahu Fai menemaninya.
Fai ketawa dan Dana bila lihat Dana mencebik marah, dia hentikan tawanya. Dana serius, dan benda ini penting bagi Dana, dia tiada hak untuk perlekehkan nya.
Fai ketawa dan Dana bila lihat Dana mencebik marah, dia hentikan tawanya. Dana serius, dan benda ini penting bagi Dana, dia tiada hak untuk perlekehkan nya.
“ Tapi, bagaimana kalau I nampak lain..”
“ Lain camne tu?”
“ Lainlah!.emm.. .. you know..”
Dana menguis-nguis tanah dengan
hujung kakinya, macam anak kecil. Fai mengerti. Dana tidak yakin lagi dengan diri sendiri. Bagaimana Dana ingin bebas, keluar dari hidup yang telah diatur dari dulu lagi? Fai faham. Selagi Dana khuatir tentang perspektif orang
terhadapnya, anak patung ini tidak akan bebas kan? Sebab tu dia akan berada di sisi Dana, kerana dia faham bagaimana rasanya menjadi anak patung. Menjadi hartawan bukan satu perkara mudah, lebih-lebih lagi jika dari kecil hidup sudah di aturkan. Kira keputusan Dana untuk
mencuba sesuatu yang tidak pernah dia berani, adalah satu langkah besar, bukan?
“ Jangan risau, walaupun satu dunia ni kata awak buruk, tapi saya akan
kata awak cantik.. ..You are beautiful for being you.. don’t worry.. “ Fai memberi jaminan.
“Ceeehhhhhhhhhhh....” panjang rungut Dana,
Namun jaminan Fai itu buatkan Dana lebih yakin untuk buat langkah pertama ini, iaitu menjadi dirinya yang sebenar dan tunjukkan kepada semua. Kenapalah Fai tahu sahaja apa nak cakap padanya..Dia sentiasa tertanya-tanya tentang itu.
Itu kisah 20 minit lalu, dan sehingga sekarang Dana belum keluar dari
tandas, mungkinkah sedang ragu-ragu dan berbelah bahagi antara mahu dan tidak mahu, takut dan berani? Jam di tangan sudah menganjak ke pukul
6.30 petang.
“ Fai..”
Dana akhirnya keluar dan cepat-cepat
menghampiri Fai.. dia memakai sweater hood yang 2x ganda besar dari tubuhnya
yang kecil itu, sneaker putih ,seluar jeans dan tanpa make up.
“ Are you sure you remove everything ?’ Fai merenung Dana.
“ Yeah, why?”
Fai senyap.. dia tidak mahu percaya, tetapi ini yang dilihatnya. Wajah
Dana masih sama, tidak berubah, malah lebih cantik dari pakai makeup. Fai
expect yang mata Dana kecil ke..kulit jerawat ke, tapi Dana flawless. Wajahnya
kekal sama, malah lebih cantik dari pakai makeup. Matanya bulat dan besar
seperti rusa, bibirnya kelihatan merah
mungil, kulitnya pula putih seperti kaca
porcelain dan pipinya kemerah-merahan seperti dicubit-cubit,.. Dana, dia memang kelihatan seperti sebuah anak patung.
“ Fai, kenapa?” tanya Dana bila Fai hanya senyap merenungnya.
“ Nothing..”
Serta-merta hujan lebat turun tanpa sebarang tanda rintik-rintik. Kedua-dua mereka terkejut dan bergegas ke hentian bas yang paling dekat. Di situ, tiada sesiapa kecuali mereka berdua.
Fai tengok jam tangan sudah lepas pukul 6.30, jadi mereka terpaksa menanti bas
pukul 7.15petang. Hujan semakin lebat.
“ Hey Fai.. what should I do?’
“ Huh?”
“ I don’t think i know what I actually want..”
Mereka merenung hujan yang semakin lebat. Bunyi bumbung perhentian
bas ditimpa hujan menjadi music menemani mereka.
“ Do I really want to be free? Do I really
want these choices?” kata Dana perlahan. Dia meletakkan kepalanya ke lutut,
sugul, tidak pasti.
“ Bagi saya, setiap kali hujan, masa berhenti."
Dana pandang Fai, pelik. Apa maksud Fai? Ni takde kena mengena dengan kegelisahannya.
"Sebabnya, waktu hujanlah, jika sesibuk mana pun seseorang itu, tiada apa-apa yang boleh dia lakukan, kecuali menunggu hujan reda, semua aktiviti terhenti sebentar saat ini.. semuanya.. Bukankah seolah-olah masa terhenti saat ini kan? " jelas Fai.
Mereka merenung dedaun pokok yang bergegar dan bergoyang-goyang ditimpa air hujan, kemudian titisan hujan itu jatuh ke tanah, dengan bunyi hujan yang menenangkan. Jalan yang sentiasa penuh dengan orang, lenggang. Yang sedang berjalan untuk menuju ke destinasi masing-masing,yang sedang bermain di padang, yang sedang dalam perjalanan balik, semuanya berhenti berteduh..
" Waktu ini, hanya waktu ini... satu suara akan kita dengar.. "
Fai memejam matanya. Tangan dijulur keluar membiarkan ia basah dengan hujan.
“ Kalau awak diam dan dengar betul-betul, selain hujan, awak juga akan dapat dengar bisikannya."
Fai membuka matanya dan menatap wajah Dana.
Dana sedang memejam matanya turut mendengar bunyi hujan. Kemudian perlahan-lahan Dana mendengar degupan jantungnya.. kemudian, dia mendengar bisikan itu.. suara hatinya.
Dana sedar kebebasan ini dan ketenangan ini yang dia dambakan . Suara dirinya yang sebenarnya, yang terkunci di sini.. Dia tidak mahu hidup dalam kerisauan dan khuatir tentang apa yang patut dan tidak patut dia lakukan. Dia mahu keluar dan tunjukkan dirinya.. .perlahan-lahan Dana tersenyum. Wajahnya kelihatan damai. Kenapa dia rasa bebas saat ini?
" Aku di sini!"
Dana sedar kebebasan ini dan ketenangan ini yang dia dambakan . Suara dirinya yang sebenarnya, yang terkunci di sini.. Dia tidak mahu hidup dalam kerisauan dan khuatir tentang apa yang patut dan tidak patut dia lakukan. Dia mahu keluar dan tunjukkan dirinya.. .perlahan-lahan Dana tersenyum. Wajahnya kelihatan damai. Kenapa dia rasa bebas saat ini?
" Saya tak tahu apa yang perlu awak lakukan dan betulkah pilihan-pilihan ini?.. tapi saya tahu apa yang hati awak inginkan.. " bisik hati Fai.
Fai senyum. Di hatinya, terasa sesuatu.