“ emm.... “
Fai sedang menunggu bas, Mereka berada di perhentian bas, dan Fai dari
tiang yang disediakan untuk duduk, dia berrdiri sambil meninjau-ninjau kelibat
bas. Di mulutnya, terkulum satu gula-gula lollipop perisa anggur.
“ Sabtu ni mereka akan datang dan bincang hal perkahwinan saya.”
Fai tahu , Dana sudah ceritakan semuanya; tentang perkahwinan yang
sedang diatur mamanya . Tak sangka hari itu sudah tiba. Sebulan memang satu
masa yang singkat bukan?
“Selepas itu, kita takkan berjumpa lagi.”
“ emm..”
Fai masih mengulum gula-gulanya. Dia mendengar, tetapi tiada
reaksi. Matanya hanya perhatikan jalan
raya yang masih tiada kelibat bas yang ditunggunya.
“ Awak taknak cakap apa-apa kah?’
Fai mengeluarkan lollipop dari mulutnya. Dia memandang Dana.
“ Take Care..” kata Fai sambil tersenyum, gembira.
Dana diam, merenung wajah Fai.
“ You too.” Katanya perlahan.
Dari jauh, bas yang Fai tunggu semakin
menghampiri.
Dan mereka berpisah di sini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Take Care.”
Dana marah dan dia berjalan ke
keretanya dengan perasaan itu. Apa yang dia expect dari lelaki yang baru
dikenalinya sebulan je!!
Lelaki ini hanya dijadi tempat
melepaskan marah, benci dan ketidakpuasan hatinya pada semua benda.. Lelaki ini
hanya jadi tempat merungut, mengadu dan mengamuk..
Jadi apa yang dia expect? Dari lelaki yang sentiasa mendengar
luahannya, menemaninya , memberinya
kekuatan dan kesedaran tentang siapa dirinya. Fyang pertama yang melihatnya dan
menilainya sebagai dirinya, bukan Dana,
anak Dato’ Yakob. Apa yang dia harapkan dari Fai?
Hubungan mereka , bukan kawan, bukan musuh juga. Memang mereka
berkongsi pendapat, bertukar fikiran, bergelak tawa bersama, bergaduh dan
bertengkar, tetapi hanya itu sahaja.
Dana Cuma gunakan Fai untuk
menemaninya yang sunyi dalam kehidupannya teraturnya ini dan Fai Cuma
membenarkan kerana janjinya pada Dana. Itu sahaja.
Tetapi dia tidak dapat hentikan hatinya dari mengharapkan sesuatu dari
Fai.
Menghentikannya, menghalangnya, marah... atau apa-apa sahaja yang
menunjukkan Fai juga tidak suka akan perkahwinan , Fai juga tidak suka bila
mereka tidak dapat berjumpa lagi, Fai juga sedih seperti mana dia rasakan... Fai
juga tidak mahu berpisah seperti mana dia tidak mahu berpisah dengan Fai. Dia... akan ikut apa sahaja yang Fai cakapkan,
jadi Fai, cakaplah sesuatu... sesuatu..agar dia tahu siapa dirinya pada Fai
kerana baginya, Fai adalah..
“ Take Care.”
Sepatutnya dia tidak harapkan apa-apa...
Dana masuk ke dalam kereta. Wajah
Fai yang tersenyum tadi, kembali di fikirannya. Memang Fai sentiasa ceria,
tidak pernah dia lihat Fai bersedih, atau ambil hati, atau bermasam muka, atau
apa-apa sahaja yang down. Memang itu
sikapnya.
Dana terasa sayu, memikirkan dia takkan dapat lihat senyuman dan
keceriaan Fai lagi dalam hidupnya. Tidak
akan dapat berjumpa lagi dengan Fai. Kenapa perkara itu lebih sedih dari
“ take care.” Kata Fai sambil tersenyum gembira.
“ Sekurang-kurangnya, tunjuklah
sikit sedih pada perpisahan ini... “ rungut Dana.
Dia menghidupkan enjin kereta, dan memandu pergi.
~~~~~~~
“Selepas itu, kita takkan berjumpa lagi.”
Ulang-ulang ayat itu dan wajah Dana yang sugul di mindanya, semakin
lama semakin sakit. Pedihnya bila dia
mendengar kenyataan itu. Hatinya memujuk yang dia akan mudah melupaknnya, betul
itu..Tapi kenapa dia benci dirinya yang cuba melupakan Dana. Fai membuang
lollipop yang terasa pahit.
“ Awak taknak cakap apa-apa kah?’
Dia ingin cakap semuanya, ingin menjerit, ingin marah, ingin mengamuk
dengan kenyataan yang Dana akan berkahwin dan pergi dari hidupnya selepas ini.
Dia tidak mahu Dana pergi..Tetapi dia tidak berhak untuk bersuara dan bertindak begitu,
hubungan mereka bukannya apa-apa, hanya kenalan selama sebulan. Dia bukannya
sesiapa bagi Dana, cuma lelaki yang berada di sisinya sebagai pengota janji,
itu sahaja..Itu sahaja!Walaupun dia ingin cakap
sesuatu.. sesuatu agar Dana tahu, yang Dana adalah...
“ Jangan risau, kau akan OK.”.
hatinya memujuk lalu dia ucapkan sesuatu yang
dia tidak maksudkan , dengan senyuman. Saat perpisahan ini, dia jadi bodoh bila menyuruh
Dana pergi dan memaksa diri menelan perasaannya lalu hatinya bertambah perit
.Semakin dia cuba jadi kuat, semakin perit hati ini!Walaupun dia tersenyum, tapi kali ini,
“ Jangan risau, I’m Okey..
I’m not okay.. not okay.” Bisik hatinya.
Fai perhatikan kereta Dana yang memecut pergi kemudian Fai beredar
tanpa menaiki bas yang berhenti untuknya.