Hampir jam 12 malam. Jalan yang selalu sibuk di siang hari mulai sunyi sepi. Hanya ada beberapa ekor anjing sedang menyelongkar tong sampah di lorong yang sepi. Aku perlajukan langkah.
Cuti semester hampir tamat dan lagi dua minggu aku akan kembali ke USM. Sebelum ini, aku tidak pernah rasa berat hati untuk kembali ke sana. Tetapi kali ini, tidak. Satu-satu sebabnya adalah Ary!.
Ada benda perluku dapatkan kepastian darinya, terutamanya tentang hubungan ini. Aku mahu satu kata putus, agar aku tahu apa perlu ku lakukan dengan hati
ini. Tidak lagi mahu hubungan tarik tali macam ini. Jika dia sukakanku, hubungan ini perlu diberi nama, jika dia hanya mempermainkanku, aku
akan..kecewa.. Sebab aku betul-betul sukakannya.
Bukan hanya suka, aku sudah jatuh cinta padanya, dan aku ingin beritahunya sebelum aku kembali
ke universiti. Dan aku perlu beritahunya sebelum aku ubah fikiranku. Sebagaimana dia mencuri hatiku dengan kata-katanya, aku juga
akan lakukan begitu padanya. Dia harus terima pengakuanku dan terpulang samada
dia ingin terima hati ini, atau hancurkannya.
Aku sampai ke Adora Kafe. Hari ini giliran Ary
tutup kafe dan jika tiada orang lain di Kafe, dia tidak akan mengelak dariku.
“ Hello...” pintu aku selak .
Loceng angin berbunyi perlahan menandakan kehadiranku. Di kaunter display, Ary sedang membersihkan gelas dan pinggan untuk esok. Melihat
kehadiranku, dia menyambung kerjanya. . Tidakkah dia terasa tertanya-tanya kenapa aku ke sini?Lewat pula tu..
“ Aku nak cakap ngan kau.”
Aku mengambil tempat duduk mengadapnya. Di bawah cahaya lampu yang malap,
tubuh dan rupa paras tampannya jauh lebih menyerlah. Aku alihkan
pandanganku yang hampir terpana.
“Apanya?”
“ Apa aku pada kau?”
“ Maksudnya.?”
“ Yelah, kat sini dan kat luar sana, kau lain. Sekejap mesra
dengan aku, kemudian dingin dan elakkan diri dari aku. Sekejap kawan, sekejap
macam orang asing.. Apa yang kau nak sebenarnya dari aku?” sedikit emo kata-kataku.
Ary menyusun gelas dan pinggan ke dalam rak.
“ Lepas tu.. pasal kau cakap hari tu..betul ke? “ kali ini suaraku kedengaran sangat perlahan. Aku tak tahu kenapa setiap kali teringatkan kata-katanya..
“ Sebab saya akan lagi jatuh cinta pada awak.. “
Aku jadi segan. Memang ini kali pertama seseorang membuat
pengakuan cinta pada ku, tetapi tidak aku sangka, aku begitu malu seperti ini.
Ary siap kerjanya. Dia keluar dari dalam kaunter, berdiri di sisiku.
“ Apa yang saya nak dari awak?” soalnya sambil
merenungku, seraya berfikir.
“ Emm...Saya ingin awak jatuh cinta pada saya..” jawabnya tenang.
Aku terkejut. Wajahnya aku perhatikan, dia senyum padaku.
“ Adakah awak sudah jatuh cinta pada saya?” katanya lagi.
Matanya
menatapku tajam dan aku larikan anak mataku khuatir dia akan ketahui hatiku
sedang bergundah gulana, tidak tenteram.
Dup dap..dup dap..
Lidahku kelu, fikiranku buntu. Aku tidak tahu apa reaksi perlu aku tunjukkan waktu ini. Aku tidak sangka situasi ini akan berlaku. Dia dan kata-katanya..mempermainkan perasaanku, mengawalku...Semacam patung aku hanya mampu duduk kaku di tempatku.
“ Bila seseorang jatuh
cinta, hatinya akan berdegup tidak keruan.”
Ary semakin dekat . Dengan senyum yang tak lekang, dia merapatkan tubuhnya
padaku. Sangat rapat hinggakan aku dapat dengar nafasnya, terasa bibirnya di
telingaku, dan bisikannya.
“ Adakah saya akan dapat mendengarnya hari ini?”
Aku telan air liur, hatiku berdegup seperti gila..adakah dia
mendengarnya?Tiba-tiba Ary berganjak , seolah-olah dia mengetahui
sesuatu . Dia merenungku, memandangku
dengan wajahnya yang berkerut, jelasnya dia terkejut dan seolah-olah tidak mahu
mempercayai apa yang sudah diketahuinya. Dia berganjak sedikit demi sedikit
dariku, memegang kaunter display, menahan dirinya yang hampir hilang
keseimbangannya. Aku tidak mengerti .
Kemudian tidak semena-mena, dia mencapai sepucuk dart dan
membalingnya ke arahku. Ia lalu betul-betul di tepiku dan tercacak kemas di
papan dart yang berada di belakangku.
Scorenya 100. Aku lihat dia mengetap bibirnya, dan kini memandangku
dengan penuh benci. Luka di bibirnya yang hampir sembuh berdarah kembali. Ary mencapai jaketnya dan
dengan marahnya, dia keluar.
Aku tidak mengerti...kenapa?