Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA
Memaparkan catatan dengan label cerita pendek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita pendek. Papar semua catatan

Selasa, 13 Januari 2015

Adora Cafe (Tamat)




“ Bulan 4, lepas GST , kita tak tahu apa yang akan berlaku... samada expenses kita akan bertambah atau harga barang naik, untung rugi.. kita tak sure lagi.. Jadi kita kena berjaga-jaga, mungkin perlu berjimat cermat, mungkin kena cut cost mana yang boleh.. mungkin...”

“ Im... Im... stop.. stop... aku dah pening dah...”  tahan Zarif, menghentikan bebelan Im.
“ Aah.. apa cerita pasal benda-benda serius ni.. kita berkumpul ni kan sebab... malam ni malam new year..Let's celebrate!!!!” kata Fai, terkinja-kinja  gembira. 

Dia meniup kon hon parti ke telinga Ary kemudian cepat-cepat melarikan diri bila wajah Ary berubah annoyed. Arymengejarnya dan kedua-dua mereka terus kejar-mengejar macam budak kecil, berpusing-pusing dalam ruang Kafe Adora ini.

“ So?” Im tolak bingkai cermin mata dihidungnya dengan jari kelinking. Mukanya memang tidak berminat.. huhuhu...
“ So.. just enjoy for today.. be happy for once..... ” jawab Zarif sambil menepuk bahu Im.
 Im senyum kelat.  Happy? Perkara itu mengingatkan dia pada Esha.

“ I’m happy,  you know...”

Kata-kata itu, hanya bila Esha berada di sisinya mampu dia tuturkan, tafsirkan dan pamerkan perasaannya itu.  Marah, risau, gembira, sedih semua ini milik Esha. Perasaannya masih milik Esha, walaupun tanpa Esha di sisinya.

“Dan bagi aku... aku hanya ada satu cinta...hanya satu.."

“ Kita nak countdown kat sini . Yang lain-lain akan sampai dalam...” 
Zarif memandang jam di dinding, baru pukul 10.45 malam  “...sebelum pukul 12.so get ready..” 

“ Yang lain-lain? “ kening Im dah terangkat sebelah. 
Lain-lain itu bermaksud ada orang lain selain mereka berempat. Zarif macam dah rancang je semua ini dan  sesuka hati sahaja Zarif memberi last minute arahan seperti ini. Mana sempat dia nak buat party new year 2015, last minute seperti ini!?

“Sef, Putri, Dana....”
“ So basicly, korang semua nak berdating di sini ler yer..”  
Zarif sengih.  Ya, tepat sekali! 
“ Ok, bye..”   kata Im seraya angkat kaki hendak keluar dari sini.

“Eh..Im! . Actually..kitorang sebenarnya nak celebrate ngan kau. New year 2015, we can't leave you alone.. after what happened.. kiteorang..  kiteorang nak lepak dan temankan kau.. 

 “ Kenapa pula.. tetiba je...” 

Kata-kata Im terhenti. Dia lihat wajah Zarif yang muram. Fai dan Ary yang tadi ligat juga tiba-tiba membatu. Kemudian dia sedar yang mereka buat semua ini kerana dirinya.  Rupa-rupanya mereka semua sudah tahu apa yang berlaku antara dia dan Esha. Sejauh dan sedalam mana mereka tahu, Im tidak mahu tanya..dan sebanyak mana mereka menyedari keadaan dan kesedihan yang cuba disembunyikannya, Im tidak mahu tahu.  Cukuplah, mereka berdiam seperti ini, melakukan perkara seperti ini dan dia akan menerimanya.. niat baik mereka ini.

“Kalau camtu.. aku stay sampai pukul 12... only until 12... after that...” kata Im bersetuju.
“ OK!! ” potong mereka bertiga secara serentak.
“ Jadi... Im, kau sediakan  dessert istimewa untuk malam ni.. okey kan? Kiteorang nak hias bahagian depan...” cadang Zarif selaku bos dan perancang idea ini. 
Dia menolak Im masuk ke kitchen d
“ Lewat dah ni? Sempat ke?Ary kena tolong aku di kitchen.. sorang je mana boleh..” bantah Im.
“ Takpe.. takpe.. aku dah order pizza dan kfc, kau just sediakan simple desert buah-buahan dan kek pun aku dah beli..”
“ Kek beli?. Aku kan boleh buat, apsal tak beritahu awal-awal..”
“ Takpe-takpe...”

Tubuh Im akhirnya berjaya di bawa masuk ke kitchen. Dan Zarif  rasa sangat puas hati dengan kejayaan ini.  Dia meninggalkan Im, kembali ke ruang depan Adora Kafe dan tanpa pengetahuan Im, senyap-senyap mereka bertiga keluar dari Kafe Adora, meninggalkan Im berseorangan.




Di kitchen, di atas meja persediaan, tiada apa-apa makanan seperti yang Zarif cakapkan tadi, kecuali sebuah kotak kek yang kecil.
“ Ini ke keknya? ”

Im belek kotak kek itu, mencari nama kedai kek yang Zarif beli. Sepatutnya sebagai pemilik Kafe Adora. Zarif tak sepatutnya membeli kek dari luar.. dia patut beri sokongan pada Kafe Adora dan lebih promote Kafe Adora. Im berkira-kira yang esok  dia akan berikan ceramah tanggungjawab sebagai pemilik Kafe Adora pada Zarif yang selalu tidak serius. 

Kotak kek tanpa label dan nama kedai itu, Im buka. Di dalamnya terdapat satu kek kecil yang comot dengan hiasan topping yang tak seberapa. Krimnya juga tidak licin, comot terkena sana sini.Sekilas  pandang, sesiapapun tahu yang kek ini adalah hasil seorang amatur, seorang yang tiada basic membuat kek.. dan hanya reti membuat kek ini.. Kek kegemaran Im. 

Im bergegas keluar dari kitchen, melalui pintu belakang yang menuju ke lorong belakang Kafe Adora, mengharapkan yang sangkaanya adalah benar, yang Esha ada di sini, yang Esha telah senyap-senyap masuk ke sini dan senyap-senyap meletakkan kek ini. Namun lorong ini begitu sunyi, tiada sesiapa kecuali dirinya. Esha telah senyap-senyap meninggalkan tempat ini. 

Im masuk ke dalam, kecewa, terasa diri diperbodohkan oleh perasaannya sendiri. Entah apa yang tidak kena dengan dirinya. Dia berkeputusan untuk melepaskan Esha.. tetapi dapat melupakannya.. Lebih tepat, dia.. tidak mahu melupakan Esha. Im melangkah masuk  ke ruang Kafe Adora yang telah kosong ditinggalkan oleh Fai, Zarif dan Ary. Entah ke mana mereka bertiga pergi, Im tiada mood untuk memikirkannya buat masa ini. Dia ... tiba-tiba terasa ingin bersendiri.  Langkah Im mati di kaunter display. Dari situ, dia dapat lihat satu seseorang sedang bersembunyi di belakang kaunter display. Im dapat lihat tangan itu sedang memegang satu kupon.

“ Esha?” tegur Im. 

Tangan itu pantas bergerak dan cepat-cepat disembunyi dari pandangan Im. 

“ Saya tahu awak berada di situ.. " tegur Im.

Suasana sunyi... 

"Awak bersembunyi adakah sebab awak tidak ingin berjumpa saya lagi? Tidak mahu melihat wajah saya lagi ?”

Tiada jawapan.

“ Kalau saya kata yang saya ingin  melihat awak, mendekati awak..adakah awak akan benarkan? Adakah awak akan berhenti menyembunyikan diri awak dari pandangan mata saya?”

Sunyi sepi.

“ Maafkan saya..."

Esha getap bibir, tetapi masih kekal membisu. 

"Saya telah buat awak menunggu terlalu lama... kemudian,  membiarkan awak sendirian.  Saya seorang lelaki yang teruk!"

" Lebih teruk lagi bila perasaan dan diri saya tidak mahu melepaskan awak.. kerana...

“ Saya .... jatuh cinta pada awak lebih dari awak  jatuh cinta dengan saya..”

Masih sunyi..tiada apa-apa response.

“ Okey, this is kinda weird... jika awak bukan Esha , dan takde kena mengena  just forget what I said..” 
Im bersedia untuk beredar.

“ Apa yang awak nak beritahu saya , malam itu?!” akhirnya Esha bersuara dari tempat persembunyiaannya. Suara itu lembut, dan Im rindukannya. 
Im senyum.

“Malam yang awak tidak datang itu... apa yang awak nak beritahu saya?” ulang Esha. 

Tetapi tiada balasan dari Im. Senyap sahaja.. seolah-olah Esha sedang bercakap seorang diri... dan Im sudah lama beredar dari situ.  Menyedari itu, Esha bingkas berdiri dari belakang kaunter display dan terkejut kerana sebaik sahaja dia berdiri, Im sedang berada di depannya, menantikannya dan sudah mengagak tindakannya ini. 

Mata mereka bertaut dan Esha menyedari yang Im betul-betul berada di depannya.. begitu dekat.. begitu rapat.. Pipinya terus naik  kemerah-merahan... dan Im perhatikannya tanpa kedip, mengetahui apa yang tersembunyi di hati Esha.
Bibir Im melirik senyum. 

“ Apa yang saya ingin beritahu adalah ... saya cintakan awak....” 
 “ tapi kini apa yang awak perlu tahu adalah.. ...

Im memegang tangan Esha , membawa tangan Esha ke bibirnya dan perlahan-lahan dia menciumnya.

“  Sudikah awak jatuh cinta dengan saya lagi?”

Pipi itu makin merah, wajah itu juga malu...tanpa perlu Esha berkata apa-apa dan hati Im yang  berdebar-debar..   kali ini..

Ini adalah cinta..cinta mereka...




~~~~xoxoxoxoxoxo~~~~~~~



Piung... Piungg... Piungg....
Bunga api dibebaskan tinggi ke langit sebaik sahaja Esha dan Im keluar dari Kafe Adora. 
.Di luar, Fai,Dana, Ary, Sefarina, Putri dan Zarif sedang menanti mereka. Shasha turut berada di situ.
Bunga api itu dibebaskan oleh mereka semua..
Walaupun masih awal , tetapi tahun baru bagi mereka sudah pun bermula di Kafe Adora.


Credit Song/Ending Song


~~~~~~

.
.
.
.
.
.
.
..

.





Putri: Ni semua idea awak kan... busybody kan.. ( mencuit hidung Zarif)
Zarif : But for the best... sapa kata jadi pemilik Kafe Adora tak buat apa-apa...
Putri mengangguk bersetuju. Dia meletakkan kepalanya ke bahu Zarif dan sama-sama mereka melihat Ary dan Sefarina yang sedang bermain bunga api.
...
...
....



Ary : Di U, ada sapa-sapa ngorat awak ke?
Sefarina : Takde.. ( sambil menyalakan bunga apinya)
Ary : Usik awak ke? Kacau awak ke? ( sambil mengambil bunga api baru..)
Sefarina : Awak jeles yer...
Ary: tak lah... mana ada..... (muka itu cuba berpura-pura control)
Sefarina : Hehehe... I love you..
Sefarina menyalakan bunga api di tangan Ary.
Ary : I love you too..
....
...
.....



Dana: Kenapa?
Fai sedang merenung Dana tidak kedip-kedip..
Fai : Saya bertuah memiliki awak...awak cantik, baik dan awak ada segala-galanya..
Dana; Tapi hanya awak yang melengkapkan saya...
Dana mencubit pipi Fai. Mereka berdua ketawa.

...
...
...



Esha: Apa yang mereka ketawakan itu.. (Esha memandang pada Fai dan Dana)
Im : Kupon ini.. awak masih simpannya ke? Awak nak gunakan untuk apa? Apa yang awak nak minta dari saya?
Esha : Err... adalah...se.. suatu..
Im : awak tahu kan yang kupon ni ada expired date, saya tulis kat belakang tu..
Esha : Ehhh?? Ada ke?
 Esha membelek kupon itu dan menyedari ada tarikh expired yang sangat kecil ditulis di belakang kupon itu.
Esha :  Teruknya awak.... benda camnie pun tulis.. (Im ketawa)
Im:  Walaupun tanpa kupon itu...apa sahaja awak minta, saya akan lakukannya.. hanya untuk awak..
Wajah Esha merah padam
Im: Jadi... apa yang awak nak saya buat?  ( Im senyum mengusik)
Esha : Im..!!

Im menyuap kek ke mulut Esha..


...
...
....


Xoxoxoxoox

Shasha menghidupkan enjin keretanya, bersedia untuk balik
“ Stay lah lama sikit...” tahan Zarif.
“ takpelah... korang sume ada pasangan and I’m so... jeles tengok korang.. cam I. kacau daun je..”
“ Hey, mana ada.!..” Fai mencelah.
“ hahaha... okey .. takdelah gurau je ..aku nak balik dulu... tired.. you guys just enjoy okey..”
“ Shasha, thanks.. for everything..”  kata Im.

Shasha senyum...dia tahu apa yang dia lakukan tidaklah seberapa, dia cuma memberitahu perkara yang sebenar. Perkara yang dia tahu, dari Zarif, Fai, dan Ary..dan dia sampaikan pada Esha.

“ That night when he supposed to meet you , dia ingin beritahu kau yang dirinya ingat bagaimana rasanya cinta..  Sejak kau di sisinya hatinya sudah mencintai kau.. dan  all this time his feeling was actually yours.. all this time.. I think... he loves you, truly loves you...”


Dan seterusnya , inilah pengakhirannya... 

“ If it's true why hide right? So.. you take care Esha. Anything happened to her,, aku cari kau dulu..”

Im mengangguk.


Shasha masukkan gear, sedia untuk beredar, dan tiba-tiba,  tanpa disangka-sangkanya, keretanya dilanggar dari belakang. Dia terkejut.. begitu juga Fai, Zarif, Im dan Ary yang berada di situ.  Shasha keluar dari keretanya dan berjalan ke arah lelaki yang melanggar keretanya.

“ Awak tak nampak ke kereta saya?”
Lelaki itu diam, renungan matanya terpukau pada Shasha. 

“ Hello? Awak dengar tak saya cakap?”
Lelaki itu tersentak.

“ Err,,, Maaf cik, kereta ni break dia rosak pula..”
‘ Habis camne ni? .”
“ Takpe saya tanggung semua, saya ada workshop, saya akan betulkan mana yang rosak..”

Shasha memandang lelaki  di depannya ini. Dari gaya dan bicaranya, dia nampak ikhlas.
Lelaki itu senyum dan lesung pipitnya kelihatan dalam dan memikat. Shasha melirik ke tempat lain, terasa malu.
“ Eh, abang Tot.. “ tegur Fai, mengenali. 
Mereka berempat mendekati Abang Tot dan Shasha.

“ Eh, Fai... kau camne ada kat sini?”
“ Saya keje kat sini bang.. Kafe Adora..”
“ Oh.. ...?”
Zarif tiba-tiba senyum..  Ary dan Im jua turut tersenyum.. Fai juga...
Mereka berempat perasan yang dua insan ini saling mencuri pandang antara satu sama lain.

 “ Ini Syasya..... “ 

Fai memperkenalkan mereka berdua.  Mereka berdua bersalaman sambil Fai, Ary, Zarif dan Im menanti...
Sebuah kisah cinta yang  akan terjalin..

 “ Selamat datang ke Kafe Adora..”



Credit song 







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Jumaat, 9 Januari 2015

Adora Cafe - Cinta 21.5




Faza mengejar langkah Im yang semakin laju. Dia tidak boleh kehilangan Im, dia tidak boleh!


10 minit  sebelum ini


Deringan telefon bimbit mengejutkan Faza yang sedang tidur. Dalam keadaan mamai, dia mencapai telefon yang diletak di meja, membaca sms dari Im yang diterimanya ketika ini, waktu 4 pagi.

“ Where are you?”- Im
“ At home...luv you...” – Faza.

Faza meletakkan telefon ke tepi, kemudian dia menarik selimut menutup tubuhnya yang kesejukan tanpa baju itu dan memeluk Roy yang sedang lena di sebelahnya. Baru dia ingin melelapkan mata, dia terdengar bunyi message masuk dan cahaya dari telefon bimbit di sofa , di hujung katilnya.  Di situ. dia lihat sesusuk tubuh sedang duduk memerhatikan mereka. Pantas Faza menyalakan lampu meja.
“ Im!” wajah Faza pucat lesi.
Roy yang disebelahnya terjaga,juga terkejut melihat kehadiran Im.
“ Siapa kau! Camne kau boleh cerobohi bilik kami!” herdik Roy.

Roy mencapai telefon bimbitnya ingin mendail no telefon polis, tetapi tidak jadi, kerana sekiranya dia membuat laporan polis, akan kantoilah  yang dia bersekedudukan dengan Faza.  Dia dan Faza adalah artis, dan perkara seperti ini pasti akan dihidu oleh wartawan media. Dia tidak boleh ambil risiko itu. Sedang Roy berkira-kira , Im menangkap gambar mereka berdua dengan telefon bimbitnya. 

 “ Apa kau buat ni!” marah Roy, risau diperas ugut. Dia yang hanya berseluar pendek pantas turun dari katil, merentap kolar baju Im, sedia untuk memukulnya. 
“ Jangan Roy! I know him!” jerit Faza,
“ You know him?”

Roy melepaskan Im yang  dari tadi langsung tidak melawan. Im hanya memandang Faza, dan  Faza pula menunduk tidak berani membalas renungan Im sejak tadi. Mata itu dingin..

Im keluar.

“ Siapa dia? “

Soalan Roy Faza abaikan. Dia cepat-cepat menyarung  apa-apa tshirt yang dapat dicapainya, kemudian bergegas keluar. Faza mengejar langkah Im yang semakin laju. Dia tidak boleh kehilangan Im, dia tidak boleh!
Sejam sebelum ini.

Kunci bilik itu digenggam nya kuat. Di depannya, kotak merah yang penuh dengan kepingan-kepingan gambar  Esha dan lelaki lain, direnung sekali lagi. Kotak itu sudah penuh, bukti kecurangan Faza sepanjang  tahun ini... Im tahu.. sejak dulu lagi, Im tahu.. semua itu.. Cuma dia tidak mahu ambil tahu.. Dia sentiasa percayakan Faza dan cinta mereka.

..tiada apa yang saya hendak sembunyikan, jika itu kebenarannya...”

Esha mengingatkan dia tentang kebenaran ini.. Perkara yang disembunyikan... dan sejak itu, dia tahu sesuatu tidak kena dengan dirinya.. tentang cintanya.
Awak sangat menarik.”

Kata-kata itu, Im betul-betul maksudkannya dan sejak hari itu, Im telah jatuh cinta pada Esha.
Im mencapai jaketnya dan keluar membawa bersama kunci di tangan. 

Sesuatu yang membuatkan lidahnya kelu di depan Esha.. .Sesuatu yang menganggunya. Apa yang tidak kena itu, apa yang mengelirukan... dia sebenarnya tahu apa yang perlu dilakukannya.

Hari ini, dia akan lihat kebenarannya dan bermula dari situ.

~~~

“ Im! Sila dengar penjelasan I dulu…”
 Faza tidak dipedulikan.

“ Im, I was stupid! I tak tahu kenapa I jadi begini! I buta,dengan lifestyle ini.. … I lost my way… “
Faza terus mengekorinya.
“ Im I’m sorry… please forgive me… This is not me! I love you!! Don’t leave me! Im!!  “
Im tidak berhenti.Im takkan berhenti.

“Im! Ingat tak tentang pulau yang ingin kita pergi dan tinggal di situ untuk selamanya?!It was our dream ..  Our promise!”

 “ I sanggup lepaskan segala-galanya !!” jerit Faza sekuat hati.  

Langkah Im mati.

“ Seperti yang you mahukan, mari kita berkahwin, tinggalkan tempat ini.Kita pergi ke pulau impian kita itu, mulakan hidup bersama tanpa peduli tentang media, status, pangkat atau sesiapa pun.... Saling mencintai, saling menyayangi seperti dahulu.. seperti awal dulu.. … Let’s start again... can we? “

Faza memeluk tubuh Im dari belakang.
“ Remember your promise? Trust our love.. ’

Im berdiri kaku di situ.

 “ You love me .. right?”

Im getap bibir. Mengapa? Mengapa!!!?? Jerit hati Im.


Faza senyum.. 





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Khamis, 8 Januari 2015

Adora Cafe - Cinta 21



Im sudah lama tidak duduk diam seperti ini dan hanya menjadi penonton. Kali ini untuk sekian lama, giliran Im pula memerhatikan Esha membuat kek di depannya. Dari awal hingga ke hiasan topping, Esha membuatnya sendiri tanpa bantuan Im. Apa yang diajar Im sebelum ini, Esha ingat semuanya dan berjaya menghasilkan kek kegemaran Im itu.

Shasha sudahpun beredar. Walaupun pada awalnya Shasha membantah dengan keras, tetapi akhirnya Shasha akur dengan permintaan Esha. Mereka berdua ditinggalkan sendiri di apartment ini dan suasana ini mengingatkan Im pada kali pertama dia menjemput Esha ke apartment, kali pertama dia mengenali Esha.. kali pertama, dia tertarik pada Esha yang pada waktu itu hanya seorang wanita yang asing baginya. Kali pertama... 
" Awak sangat menarik" 

Esha menyempurnakan topping hiasan keknya, dan Im leka merenungnya.  Sejak tadi, tiada bicara yang wujud antara mereka. Walaupun tangisan Esha sudah lama berhenti, tetapi bibir itu, wajah itu, Im lihat tiada senyuman untuknya. Im senyum kelat bila mengenangkan perkara itu.. lucu memikirkan yang dirinya sedang mengharapkan senyuman yang sudah tidak layak untuknya lagi. Setelah apa yang dia lakukan terhadap Esha... 

Malam itu, dia tidak ingin Esha menunggu, dia betul-betul ingin pergi ! Hatinya sangat terseksa melihat detik jam yang berlalu.. Berulang kali dia berfikir untuk bergegas ke sana! Berlari ke Esha yang sedang menantinya. Jujurnya itu perasaannya.

“You love me too!..... am I wrong?”


Soalan Faza itu membuatkan dia kaku di tempatnya. Lima tahun dia mencintai Faza dan dia percaya pada cinta ini. Jujurnya.. dia serba salah. Malam itu, Im tidak mahu lagi mendekati Esha. Perasaan Esha, diri Esha, dia tidak mahu mempergunakannya lagi. Im tekad membiarkan hati Esha terluka. Perjanjiannya pada Esha berakhir. Sebuah pengakhiran yang mereka berdua tahu sejak awal lagi.

Namun selepas itu, dia sedar hakikat yang dirinya tidak faham akan cintanya, perasaannya malah diri sendiri. Soalan Faza malam itu, dia tidak mengakuinya tetapi tidak juga menafikannya. Dia tidak faham apa yang tidak kena dengan dirinya! Apa yang patut dia lakukan tidak sama dengan apa yang hatinya mahukan dan dia semakin keliru bila dirinya terus memikirkan tentang Esha , merindui senyuman dan suaranya.. Esha,, Esha.. Esha....menganggunya..Perasaan Esha yang dipermainkan dan dilukakan tetapi hatinya yang jauh terasa perit dan pedih.

Esha menghulurkan pada Im, sekeping kek yang sudah dipotong dan diletakkan ke dalam piring. Im tidak  menyentuhnya sebaliknya memandang Esha yang masih kekal dengan wajah yang muram, tidak bermaya.  

“ Awak tak apa-apa kah? Maafkan saya kerana mungkiri janji kita..  “ 
kata-kata itu hanya dilepaskan dalam hati. Im tahu dia tidak layak lagi untuk itu. Perbuatannya dan kata-katanya  hanya akan disalah anggap sebagai mempermainkan perasaan Esha lagi.

“ Awak tahu mengapa saya menangis tadi?”soal Esha tiba-tiba. Im diam , tidak memandang Esha. 

“Bukan disebabkan media yang teruk ini tetapi disebabkan malam itu. Malam yang awak tidak muncul itu, saya tidak menitiskan air mata walaupun hati saya begitu sakit. Saya sedih tapi saya terus menunggu. Sangat sedih tetapi saya tidak  tumpahkan air mata saya sebab saya mahu awak lihat sendiri , yang semua kepedihan saya, air mata ini adalah disebabkan awak..Awak tak rasa bersalah ke?" sindir Esha.

Im kekal mendiamkan diri, membenarkan dirinya dimarahi Esha. Dia tidak layak mempertahankan dirinya, meminta maaf, mahupun memberikan alasan.

 “Awak datang dan pergi sesuka hati ! Tahu tak apa perasaan saya bila awak muncul di sini?!Marah?! Kecewa?! BENCI awak!!!!” 

“ Semua perasaan itu, awak berhak..Saya akan menerimanya.. segalanya.. ” 

Jawapan Im ringkas. Dia bertanggungjawab atas perbuatannya. Im pandang wajah Esha dan terus tersentak. Anak mata Esha itu bergenang dengan air mata..Wajah Esha itu bukan membencinya, bukan marah padanya... 

“ Bagaimana dengan perasaan saya yang masih mencintai awak? Yang tidak dapat melupakan awak... yang tidak mahu berhenti menunggu awak.. Adakah awak akan menerimanya juga? "

Lidah Im kelu. 

“ Melihat awak di sini,  saya percaya, walaupun hanya sekecil zarah, perasaan awak adalah sama seperti saya bukan?”

“ Esha..saya...”

“ Melihat awak di sini, saya percaya, layanan awak pada saya selama ini, kata-kata awak, janji awak.. semua itu bukan palsu , bukan?"
“ Saya ingin percaya! 
Percaya yang awak ... cintakan saya juga ... bukan?”

Air mata Esha berlinangan jatuh sebaik sahaja ayat terakhir itu diucapkannya. Im mendekati Esha, menarik Esha dan memegang kedua belah pipi Esha yang basah itu.Dia mengelap air mata yang berderai itu.

“ Jangan menangis...please don't , I can't bear to watch it.... it’s hurts me... so much...”

Esha memegang pergelangan tangan Im. Mata mereka bertemu.. 

“Jadi, beritahu saya sekarang, apa perasaan awak pada saya? Jika esok awak tidak akan dapat jumpa saya lagi selama-lamanya, bolehkah awak beritahu saya hari ini, saat ini.. tanpa ragu-ragu yang awak cintakan saya?”
“ Esha.. Saya ...” 
~cintakan awak~ 

Im tidak menghabiskan kata-katanya. Sesuatu membuatkan lidahnya kelu.Sesuatu yang menganggunya.Sesuatu yang menghalangnya untuk memberitahu Esha apa yang tersembunyi di hatinya. Ia sumber kekeliruannya dan.... walaupun  dia tahu apa yang dia sepatut lakukannya, apa yang dia ingin cakapkan pada Esha, tapi ...



Im melepaskan Esha, berganjak darinya.Perbuatannya buatkan Esha tersentak dan dia juga turut beralih dari Im. Mereka saling merenung satu sama lain. Jarak antara mereka terasa begitu jauh..

“Saya tahu sebelum ini saya yang pilih untuk dipergunakan awak, untuk jatuh cinta dan mencintai awak,untuk berada disisi awak.. tetapi saya silap..   Perasaan saya tidak kuat lagi untuk dipermainkan.. I can't take it anymore.."
"Maafkan saya... saya ingin berhenti dan lupakan segala-gala yang pernah terjadi...  ”

Esha membuat keputusan.

Hari itu, Im keluar dari kehidupan Esha. Dan sepanjang malam itu, Im berdiri di luar pintu Esha yang dikunci , mengetahui yang Esha sedang menangis sendirian di dalamnya, dan dia... hanya mampu menemaninya dari luar..

~ mengapa aku ingin berada di sisinya... saat ini.. aku tidak tahu...yang aku sangat mencintainya..~







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'