Fai mengosok body motor kesayangannya. Akhirnya, hari ini, dia dapat bersama dengan motornya setelah sekian lama berpisah, dia seakan tidak percaya. Disisinya, Abang Tot sedang mengira baki wang yang Fai hutang padanya. Settle semuanya.
“ Dah, angkut motor kau ni, nyampah aku tengok .
“ Baikkk..”
Abang Tot naik hairan, memang dari hari itu, dia dah perasan, Fai diam jer. selalunya mulut Fai tu becok seperti murai dicabut ekor, ada sahaja jawapan dan reaksinya. .
“ Sejak bila kau ikut cakap je ni.. baik je aku tengok. ”
“Mungkin saya dah letih senyum dan gembira. Ia menyebabkan saya
melukakan hati sendiri sahaja..”
Abang Tot perasan wajah Fai berubah sayu.
“ kau OK ke?”
Fai senyum padanya, namun
jernih matanya tidak seceria senyumannya, dan soalan Abang Tot tidak
dijawabnya. Abang Tot tidak lagi bertanya, dia ingin tahu
tapi disimpan dulu pertanyaan ini untuk hari lain. Saat ini, masanya tidak sesuai untuk Fai.
“ Saya nak bawa ‘gf’ saya ni ronda-ronda malam ni.”
Fai berdiri dan bersedia menunggang
motornya membelah malam .
Tapi belum sempat dia melakukan apa-apa, serta-merta tubuhnya ditekan jatuh ke lantai. Sambil ditiarapkan , tangannya dipegang dan dipusing kebelakang, Fai menjerit sakit tetapi dia tidak dapat buat apa-apa untuk melepaskan diri. Dirinya dikunci di lantai oleh dua lelaki yang berpakaian serba hitam ini.
Abang Tot yang nampak bagaimana Fai ditahan seperti seorang
penjenayah, cuba membantu, tetapi dari belakangnya, tiba-tiba muncul seorang
lelaki . Lelaki yang baru berusia 32
tahun itu menghalang Abang Tot dengan
menghalakan lencana polisnya pada Abang Tot. Dia memperkenalkan dirinya sebagai
seorang inspector, dan dia menjelaskan situasi ini pada Abang Tot
terpinga-pinga.
Fai gigit bibir, menahan marah.
“ Cis!!”rungut Fai, tidak puas hati.
~~~~~~~~~~~~
Fai sedang duduk bersandar di sofa mewah, dengan kaki disilang, dan
wajah dipaling ke kiri. Tidak mahu pandang pada dua lelaki berpakaian serba
hitam tadi. Di dalam bilik besar ini, hanya ada mereka bertiga. Fai dan dua
lelaki berpakaian serba hitam yang diarahkan menjaga Fai.
Pintu dikunci dari dalam dan mereka tidak keluar dari sini sejak 2 jam
lepas.
Fai mencuka masam dan diam sahaja dari tadi, dan dua lelaki ini jadi
serba salah dan tertekan dengan ketegangan dan kesunyian dalam bilik ini. Walaupun
mereka sudah berulang kali minta maaf di atas kekasaran mereka pada Fai, tapi
Fai masih masam muda, berdendam. Jadi, mereka
Tidak tahu apa perlu buat selain berdiri cam patung di depan Fai.
Pintu tiba-tiba diketuk, dan seperti panggilan yang ditunggu-tunggu, kedua-kedua
mereka bergegas membukanya dan rasa sangat lega bila Inspektor akhirnya masuk
membawa bersama dengan seorang lelaki tua yang bertongkat. Mereka senang hati
bila diarahkan keluar.
“ Sorry.. sorry...” kata Inspector itu tersengih-sengih.
Mereka berdua duduk di sofa mengadap Fai, yang dari tadi hanya dengan ekor mata sahaja memerhatikan. Muka Fai maintain garang.
“ Ini salah guna kuasa, pakcik!” marah Fai, menghentak meja di
depannya..
Inspektor itu ketawa dengan reaksi anak buahnya, walaupun dia sudah mengagaknya, tetapi ia masih kelakar bila lihat sendiri wajah masam Fai itu.
“ Sorry.. sorry...orang gaji kau semua gagal nak tangkap kau, jadi
ayah kau mintak pertolongan pakcik! hahahahaha!“
Ketawanya besar dan bangga kerana sekejap je dia dapat tangkap Fai. Dengan menggunakan kepakarannya, dia mengumpulkan maklumat, data dan siasat dan 3 hari jer, Fai dalam genggamannya. Ini semua kerja mudah. Fai mencebik. Cis... teruk... pakcik siapakah ini!
“ Sudah masanya kamu balik!”
“ Belum lagi.” jawab Fai perlahan.
“ 2 tahun, tidak cukupkah 2 tahun?”
Fai tidak menjawab soalan ayahnya itu.
“ Kamu patut balik sekarang,
Syarikat mahu kamu pulang! Mereka perlukan pemilik syarikatnya , pewaris
aku untuk menguruskan semuanya, Sampai bila kamu hendak melarikan diri!Sampai
bila kamu mau hidup seperti ini?”
“ Saya bukan hendak melarikan
diri, saya cuma mahukan kebebasan”
“ Kebebasan apa ?!”
“ Kebebasan untuk mengatur
hidup saya sendiri!”
Ayahnya terdiam. Ayat yang sama dan pandangan mata yang sama 2 tahun lalu, bila Fai keluar dari rumah,
meninggalkan segala-galanya.. Meninggalkan kemewahan, kemasyuran, dan statusnya
sebagai anak tunggal dan pewaris harta dan syarikatnya.
Fai masih tidak berubah, pilihannya
tidak berubah, hidup dalam kesusahan, sendiri dan kepayahan, tidak mengubah
pendiriannya. Budak lelaki yang selama
ini membesar dengan kemewahan, tanpa kepayahan, dan diatur hidupnya oleh mereka,
kini menjadi dewasa yang tegar dan punya
pendirian.
“ Selama ini, saya tidak pernah bersuara dalam keluarga kita, mengikut
apa yang ayah mahukan untuk keluarga kita, saya turutkan tanpa sedikit bantahan, kerana... saya telah tiada kemahuan dan tiada perasaan disebabkan saya tidak pernah diberikan pilihan .. Apa guna hidup seperti itu?”
“ Ia sunyi...bila tidak menjadi diri sendiri.” luah Fai sayu.
Wajah Dana bermain di fikirannya.Bagaimana dia tahu apa yang Dana rasakan?, Bagaimana dia memahami apa yang Dana rasakan?, Bagaimana hanya dia lihat dan dengar bisikan hati Dana yang sebenar?.. Sebabnya hanya satu.. Kerana dia pun hidup seperti itu, dua tahun lalu. Bezanya dia telah membuat pilihan dan tahu apa yang hatinya mahukan..
“ Saya tak boleh biarkan dia
terus kesunyian seperti itu“ kata Fai
sedikit berbisik.
Ayah dan Pakciknya berkerut keliru, tidak faham kata-kata itu.
Do I really want to be free? Do I really want these choices?”
Dana masih belum yakin dengan apa yang dirinya mahukan.. tidak dapat
membuat pilihan..Jadi, jika Dana masih belum menjumpai pilihannya, jadi biarlah
dia wujudkan pilihan bagi Dana. Iaitu dirinya yang mencintai Dana. Dia akan memberitahu yang dia mencintai Dana,
dan dia tidak mahu Dana pergi meninggalkannya. Seterusnya, ia pilihan Dana.
Pertemuan ini membuatkan dia tersedar yang dalam kehanyutan dia
membuka mata Dana agar melihat dan merasai bisikan hati sendiri, dia sendiri
telah terlupa untuk mendengar bisikan hatinya juga.
Fai berdiri dari duduk, memandang ayah dan pakciknya.
“Apa yang ayah mahukan, memang bukan kemahuan saya.; Menjadi pewaris
itu pun hanya mengikut aturan ayah .Apa yang saya mahukan adalah saya ingin
hidup mengikut pilihan dan kebebasan sendiri, mengikut kata hati sendiri
dan.... dia.. “ tegas Fai.
“Jadi saya akan kembali bila masanya, dengan bebas menjadi diri
sendiri.. Itu pilihan saya. “ janji Fai sambil
tersenyum.
Tiba-tiba Fai berlari ke pintu depan yang tidak dikunci dan terus
memecut keluar. Ayah dan pakciknya terpaku dek terkejut dengan tindakan mengejut Fai
itu. Di luar kedengaran kekecohan dan hingar bingar. Drama Run and chase lagi..=_=;:
“ Bagaimana boleh terlupa kunci pintu tu?..” soal ayah Fai sambil memandang
pakciknya yang nyata-nyata terlibat dalam hal ini. Pakciknya hanya bersiul-siul
buat-buat tidak tahu.
“ Haish... kau terlalu manjakan dia.” rungut ayah Fai, mengalah.
Pakcik Fai ketawa.
“Sebenarnya tentang kebebasan yang dia maksudkan itu, aku sudah dapat
menerimanya dalam 2 tahun ini.. “
Ayah Fai memicit-micit dahinya, pening dengan semua drama ini. Dia sudah terlalu tua untuk
bertekak dan bergaduh dengan anak bujangnya itu.
“ Jadi kenapa memaksa Fai pulang?’