Zarif gosok kepala sampai kusut rambutnya. Bawah matanya hitam lebam tak cukup tidur. Malam tu dia langsung tidak dapat tidur, sebaik sahaja dia balik ke lotengnya, dia serta merta rasa seperti dihentak batu besar yang tertulis REALITI.
“ saya cintakan awak…
“ saya cintakan
awak…”
Apa yang dia cakap semalam!! Hilang akal ke apa?!!
Serius semalam dia yakin yang otak dia tak berfikir secara waras, apa yang dia
lakukan… apa yang dia ucapkan… dia terlalu ikutkan perasaannya…Zarif tarik nafas dalam-dalam, cuba bertenang. Imej
dia memeluk Putri pula menganggu fikirannya. Kemudian bisikannya ke telinga
Putri… Zarif menjerit.. aaahhhhh…. Apa
yang dia buat!!! Selepas apa yang dia cakapkan…
Sebelum melabelkan saya sebagai typical man, Kenapa awak tidak cuba melihat saya sebagai diri saya sebenarnya?”
Putri pasti membencinya.. Dia adalah typical man yang
Putri cakapkan… !! tidak!!! Dia tidak
berniat nak ambil kesempatan terhadap Putri, semalam dia terlalu emosi..
perasaan dia keliru..waktu itu dia Cuma fikir…yang dia mencintai Putri… dan…Zarif tersentak.
“Perasaan itu masih sama seperti semalam.. “ katanya
memegang dadanya.
Zarif turun dari loteng, bersedia membuka kafe
Adora. Setelah apa yang berlaku semalam,
bak pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. Ha…
memang tepat ler dengan situasinya ni. Tiada apa dia boleh lakukan lagi,
kecuali menerima apa yang telah berlaku. Pintu Café dibuka dan Putri berada di situ, di depan
Café . Wajah Putri pucat kesejukan dek menunggu dalam hujan sejak subuh lagi.
“ Awak…”
Mata mereka bertaut, cepat-cepat Zarif menarik Putri
ke dalam Café. Tangan Putri, terasa begitu dingin saat dia memegangnya.
“ Berapa lama awak kat luar tu! Kalau awak jatuh sakit
bagaimana?” marah Zarif.
Zarif menyuruh Putri duduk di kaunter, dan Zarif cepat-cepat membuatkan air kopi yang hangat untuknya. Cawan kopi yang hangat itu diletakkan ke tangan Putri.Perbuatannya itu hanya Putri peratikan tanpa berkata-kata. Putri lihat wajah yang risau itu, kemudian bila Putri meneguk air kopi yang hangat itu, Zarif kelihatan sedikit lega. Terpamer segaris senyuman di wajah Zarif.
“ Awak tak apa-apa?”
“ Awak kata awak akan bagi berapa jua yang saya
perlukan…” kata Putri tiba-tiba.
Raut wajah Zarif berubah. Dilihatnya Putri sedang
menunduk merenung asap tipis yang berserakan dari cawan kopi di meja.
“ Ya, awak tak perlu kerja di situ lagi, saya tidak
suka.”
Keadaan menjadi sunyi seketika.
“ Adakah awak akan tinggalkan tempat ini sebaik sahaja
awak dapat wang yang diperlukan itu?”
“ Ya.”
Sekali lagi keadaan menjadi sunyi. Putri masih tidak mengangkat wajahnya, dia
tidak mahu melihat wajah Zarif, kerana hanya mendengar suara Zarif, dia tahu
Zarif kecewa mendengar jawapannya.
“ Berapa?”
Putri memandang Zarif, dan Zarif alihkan pandangannya
saat mata mereka bertemu. Hati Putri terasa sebak saat melihat Zarif begitu.
Lalu, dia memberitahu amount wang yang diperlukan. Zarif naik ke loteng,
meninggalkannya.
Putri getap bibir. Dia tahu dia salah.. dia
tahu..kata-kata dan keputusannnya hanya menyakitkan Zarif. Tapi bukan Zarif
sahaja rasa begitu, dia juga sakit hati bila bibirnya mengucapkan kata-katanya.
Dia sakit hati bila mengetahui Zarif terluka, bila melihat renungan Zarif yang
tidak bermaya itu, wajah yang muram itu…
“ Saya cintakan awak… am I that typical man?’’
Kenapa mesti Zarif cakapkan itu? Kenapa mesti kata-kata
itu membuatkan dia rasa bersalah? Kenapa mesti dia jua rasa apa yang Zarif rasa
padanya? Zarif turun dari loteng, mendekatinya, duduk di
sisinya.. Hati Putri lagi terasa sakit,… jadi inilah pengakhirannya?…
“ 3 bulan, jangan tinggalkan sini sebelum tamat
perjanjian kita…” kata Zarif sambil menghulurkan ikatan wang pada Putri.
Putri
terkejut dengan permintaan Zarif itu.
“ Saya tahu permintaan saya kedengaran selfish,sama
seperti typical man yang awak benci- pentingkan diri sendiri, mengambil
kesempatan terhadap wanita, egois . Tapi jika ini dapat memastikan awak berada
di sisi saya, walaupun hanya untuk waktu yang singkat, saya sanggup jadi that
typical man..”tegas Zarif.
Putri mengalirkan air mata. Zarif terus terkejut. Adakah dia menakutkan Putri?
Dia tidak berniat begitu…
“ Kenapa? Err..saya
tak bermaksud untuk memaksa awak.. awak boleh tak ikut cakap saya… .. ”Zarif
mulai panik.
Putri geleng kepala. dia menangis kerana saat mendengar kata-kata
Zarif,dia rasa lega,keraguannya lenyap, hatinya tenang, dia ingin berada di
sisi Zarif.. Saat ini, dia sedar.. dia mencintai lelaki ini. Lelaki yang
sebelum ini dia anggap sebagai typical man. lelaki yang sepatutnya dia benci,
kini dia mulai sayang Sebanyak mana
Zarif sanggup korbankan, dia akan lakukan lebih berganda.. sebanyak mana Zarif
cintanya, dia jua ingin mencintai Zarif sekali ganda lebih..
“ Saya tahu saya bukannya real teman lelaki awak..Saya
tiada hak untuk halang awak..Awak bebas membuat keputusan…apa yang saya cakap
takkan mengubah apa-apa… ”
Zarif kembali tenang, tapi dia tidak akan menafikan
apa yang dia ucapkan tadi. Apa yang dia cakapkan tadi bukan main-main.
“ Tapi saya ingin ucapkan juga… “
“ Jangan tinggalkan saya..”
Zarif;
perlahan-lahan mengusap air mata yang jatuh berlinang di pipi Putri. Tanpa
sedar, Zarif perlahan-lahan merapatkan
bibirnya ke bibir Putri. Hatinya berdegup kencang, Putri jua.. Tiba-tiba mereka
berdua tersentak.
Cepat-cepat Zarif alihkan tangannya dan menghentikan
apa yang dia cuba lakukan. Putri jua pantas
berganjak jauh dari Zarif, sambil mengesat semua air matanya. Mereka berdua
kemudian memandang dua penonton tak
diundang yang sedang ternganga,memerhatikan mereka di depan pintu,
“ Err.. Ary, apa kata kita keluar dulu.”
Fai menarik Ary untuk keluar, berpura-pura seolah-olah
mereka tidak lihat adegan itu.
“kiss.. kiss.. mereka hampir kiss..Biarkan mereka
berdua-duaan.. ” bisik Fai pada Ary yang hanya menganguk-angguk setuju.Tapi
belum sempat kedua-dua mereka itu keluar, Zarif terlebih dahulu menahan,.
“ Tung….gu… du….lu!!! “ kata Zarif menyinga sambil
memegang kepala kedua-dua budak ni.
“ Aaaaa!!!.. kami tak nampak apa-apa!!”jerit Fai
“ Ye boss, tak Nampak.. tak Nampak!!” sahut Ary. Zarif
tahu kedua-dua mereka ni berpura-pura, cess…