Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 28 November 2014

Obsesi Cinta akhir





Jo perhatikan sahaja dari jauh pasangan yang menjadi bualan ini. Pasangan ini tanpa segan silu berpelukan di mana sahaja. Tidak lekang, seperti belangkas, perempuan yang memeluk dan memaut tangan teman lelakinya dan teman lelaki itu yang membiarkan sahaja. Dan mereka berjalan sambil berpelukan. Tiada apa yang dapat memisahkan mereka. Bila pihak kolej memberi amaran pada mereka, mereka berdua terus menghantar surat berhenti belajar.  Bagi mereka, cinta adalah segalanya..sesiapapun tak boleh memisahkan mereka.

Perempuan itu terlalu mencintai dan lelaki itu jua.. Tiada apa yang dapat menyedarkan mereka dari lamunan cinta ini.


~~~~~


" Aku akan mencintai kau hingga kau membenciku... aku akan tunjukkan apa itu cinta sebenarnya.. kau kepunyaanku seorang.. seorang!...hikhikhikhik.... " 

Aku belai rambutnya.  Menghidu perfume di tubuhnya.. mencium dahinya, bibirnya.. lehernya...tubuhnya aku peluk erat-erat.

"Saya mencintai awak selama-lamanya.. sampai mati... sampai mati..."
"Untuk awak, saya akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan awak...apa sahaja..."

" Siapa yang menganggu kita, saya akan bunuh semua.. semuanya! Awak kepunyaan saya seorang sahaja.. Awak hanya perlukan saya sahaja..  Saya cintakan awak...sangat cintakan awak. hingga awak membenci saya,, dan saya akan terus cintai awak walaupun begitu.. hikhihikhikhik.... .."

Aku biarkan dia mengomel dan bercakap sendirian.

Wajahnya ku tatap lama.  

" Aku cuma mencintai wajah ini, hanya ini sebab kau di sisiku...... " kataku mengingatkannya, sambil membelai wajahnya dengan penuh kasih...  Dia memelukku..

" tiada sesiapa dapat pisahkan kau dari aku lagi..." janjiku. Wajah itu tersenyum, aku rasa gembira melihatnya. 

" Ya, ya.. ya.. hikhikhikhik... ... "  balasnya girang. 

Aku menguatkan pelukanku dan kami berdua berjalan sambil berpelukan.,berselisih dengan Jo yang tidak tahu bagaimana hendak menyelamatkan ku... tetapi aku tidak salahkan dia...

Ini obsesi ku...






Tamat.







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'