Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 12 Januari 2015

Adora Cafe - Cinta Akhir





Kupon di tangan, Esha renung lama. Ia sudah komot, sudah dibuangnya ke dalam tong sampah, kemudian dikutipnya kembali dan diratakan kembali kedutannya. Esha mengeluh kuat, bengang dengan dirinya yang masih sukar melepaskan kenangan ini.

“ Kali ini betul-betul...” Esha membuat perjanjian dengan diri sendiri. 

Tetapi baru sikit kupon itu cuba dikoyakkan, dia berhenti. Kemudian mengosok-gosok kupon itu kembali. Gagal.. Lagi sekali cubaannya gagal. Esha menjerit tak puas hati sambil hentak-hentak kaki.

“ Kau ni dah kenapa?” tegur Shasha menghampirinya.

Mereka berdua sedang menunggu waktu masuk untuk penerbangan mereka ke Tokyo. Dua hari lepas, mereka sudah melakukan sidang akhbar dan telah menjelaskan beberapa perkara beserta bukti-bukti yang telah dikumpulkan untuk membersihkan nama Esha. Sidang akhbar itu berjaya, dan kini Esha sudah boleh menarik nafas lega dan kembali seperti biasa dalam industri ini.

Tetapi  Shasha tidak mahu ambil risiko yang kerjaya Esha mungkin akan tergugat lagi dek Faza ataupun Im.  Ya, Im! Esha masih tidak dapat melupakan perasaan dan cintanya pada Im, walaupun Esha berpura-pura semuanya ok, tetapi Shasha tahu semuanya tidak okey! . Jadi senyap-senyap dia telah secure satu kontrak dengan syarikat music di Tokyo untuk 2 tahun. 

Shasha perhatikan Esha yang sedang menyorokkan kupon itu dari pandangannya. Kupon itu masih tidak dibuangnya. Jika Esha tidak lagi dapat berjumpa Im, pasti Esha boleh melupakan segala-gala yang berlaku dengan Im. Segala kisah dan janji mereka akan hanya jadi satu kenangan. Ia tidak akan bermakna apa-apa lagi disebabkan itu... disebabkan itu..sebaga seorang sahabat,  Shasha ambil peluang ini. Peluang untuk Esha bebas dari Im. 

 “ Jom.. gerak..” 

Shasha membetulkan rambut Esha, memastikan penampilan Esha nampak terjaga dan kemas memandangkan beberapa wartawan sudah pun datang ke airport untuk mengambil gambar Esha. 
Esha mengangguk, bangkit dari duduk dan  mengikut  Shasha.

“ Kenapa?” tanya Shasha sebaik sahaja Esha tiba-tiba berhenti, dan menoleh ke belakang. Wajah itu seolah-olah menunggu seseorang untuk muncul. Mata itu mencari-cari susuk tubuh itu.

“ Dia takkan datang..” kata Shasha mengingatkan. 
Esha menyimpan kupon ke dalam kocek seluarnya.
“ Aah.. Jika dia datangpun.. aku takkan tunggu dia lagi.. “ balas Esha.
 Raut wajah itu tiada sinar, senyuman itu kelihatan kelat.. dan mata itu jelas kekosongan.  
Tipu.. bisik hati Shasha.Mereka berdua beriringan berjalan ke pintu masuk pelepasan.

" Jangan pergi.."

Im memandang dari tingkat atas, jelas dapat melihat Esha yang sedang menyerahkan tiket kapal terbang kepada seorang pramugari, untuk check in. Sejak sejam tadi, dia sudah memerhatikan Esha, melihatnya dari jauh.

“ Jangan tinggalkan saya...”  katanya perlahan, sambil lihat Esha masuk ke ruang check in, kemudian menghilang dari pandangannya. 

Im getap bibir, menahan hatinya dan tubuhnya yang ingin mengejar Esha.. Saat ini hatinya terasa perit, sakit, pedih.. Dia tidak pernah rasa sebegini. Ia rasa sebuah kehilangan tetapi tubuhnya  tidak bergerak mengejar Esha  kerana... 
“ Maafkan saya...saya ingin berhenti dan melupakan segala-gala yang pernah terjadi...”
Im berjalan keluar dari lapangan terbang.. Air mata Im jatuh, untuk pertama kalinya , dia menangis.

12 jam sebelum ini.

Im memegang tangan Faza, meleraikan pelukan Faza terhadap dirinya. Dia berpaling mengadap Faza.

“ I don’t love you...from the start,  i never did...”  jawab Im.
“ Lie... you lied..”

Wajah Im tenang. Faza tidak pernah lihat wajah Im tenang seperti ini, seolah-olah..
Im menyerahkan kepingan gambar-gambar Esha, bukti-bukti kecurangan Esha yang sudah diketahuinya selama ini ke tapak tangan Faza.

“ I'm not ..perasaan kecewa?”
Di atas jubin , majalah-majalah dengan mukasurat yang terpampang tentang faza dan gossip-gossipnya,serta gambar-gambar mesra Faza dengan teman artis lelakinya, berselerak dan bersepah..

“ cemburu?’

Im perhatikan faza yang kelihatan gembira dengan ahli kumpulan ZeX-t itu. Mereka berbisik dan lelaki itu tiba-tiba mencium pipi Faza.
Im.. apa yang you lihat tu its nothing. We just.. friend... I just..”“ Dont ... I don’t wanna know that..”

“Marah?
 Semua itu... saya tidak merasainya. Malah bila melihat awak dan Roy tadi.. 
Saya... tidak rasa apa-apa...”

Faza tersentak mendengar pengakuan Im. Dia memandang Im , mengharapkan Im sedang membohonginya. Yang semua ini hanya sebuah mimpi... tetapi Im masih terus bercakap...

 “ Sesuatu yang tidak buat saya gembira.. “

Want to have dinner again at my place? Ajak Roy. Faza senyum dan Im terus keluar. Wajahnya tidak gembira..

“Sesuatu yang menganggu fikiran saya selama ini... .”

Im perhatikan dari jauh, Faza yang sengaja mematikan telefon bimbitnya, lalu masuk ke dalam kereta seorang pengarah lelaki yang Faza digosipkan  bersama, sejak beberapa minggu ini. Im getap bibir dan beredar. Sesuatu mengganggu fikirannya... dirinya yang tidak kena.

 “ Adalah.. ini bukan cinta, dan saya sedar tentangnya sejak awal lagi..”

Im menyerahkan telefon bimbit yang digunakannya untuk tangkap gambar tadi pada Faza. Faza mengejarnya kerana ini, dia tahu bagaimana Faza takut sekiranya Im menggunakan bukti ini untuk mencemarkan imejnya.

“ Trust? Is not love . it ‘s just means i don’t really care...”

Faza terduduk ke lantai dengan wajah yang percaya dengan apa yang didengarnya.

“ Terima kasih, semuanya sudah jelas dan sekarang saya boleh beritahu dia, tanpa ragu-ragu .."
Im meninggalkan Faza yang tidak lagi mengekorinya.

“ Jadi, beritahu saya sekarang, apa perasaan awak pada saya? Jika esok awak tidak akan dapat jumpa saya lagi selama-lamanya. Bolehkah awak beritahu saya hari ini, saat ini, tanpa ragu-ragu yang awak cintakan saya?”
“ Saya cintakan awak..”

~~

Im duduk di buaian sambil memerhatikan beberapa orang anak kecil sedang bermain-main di playground yang disediakan tak jauh dari airport ini.  Dia mendongak dan perhatikan kapal terbang yang tinggi di langit, sedang meninggalkan Malaysia.

“Ah,  Ini cinta...” kata Im, berayun lemah. 





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'