“ Bulan 4, lepas GST , kita tak
tahu apa yang akan berlaku... samada expenses kita akan bertambah atau harga
barang naik, untung rugi.. kita tak sure lagi.. Jadi kita kena berjaga-jaga,
mungkin perlu berjimat cermat, mungkin kena cut cost mana yang boleh..
mungkin...”
“ Im... Im... stop.. stop... aku
dah pening dah...” tahan Zarif,
menghentikan bebelan Im.
“ Aah.. apa cerita pasal
benda-benda serius ni.. kita berkumpul ni kan sebab... malam ni malam new
year..Let's celebrate!!!!” kata Fai, terkinja-kinja gembira.
Dia meniup kon hon parti ke telinga
Ary kemudian cepat-cepat melarikan diri bila wajah Ary berubah annoyed. Arymengejarnya dan kedua-dua mereka terus kejar-mengejar macam budak kecil,
berpusing-pusing dalam ruang Kafe Adora ini.
“ So?” Im tolak bingkai cermin
mata dihidungnya dengan jari kelinking. Mukanya memang tidak berminat..
huhuhu...
“ So.. just enjoy for today.. be
happy for once..... ” jawab Zarif sambil menepuk bahu Im.
Im senyum kelat. Happy? Perkara itu
mengingatkan dia pada Esha.
“ I’m happy, you know...”
Kata-kata itu, hanya bila Esha berada di
sisinya mampu dia tuturkan, tafsirkan dan pamerkan
perasaannya itu. Marah, risau, gembira, sedih
semua ini milik Esha. Perasaannya masih milik Esha, walaupun tanpa Esha di
sisinya.
“Dan bagi aku... aku hanya ada satu cinta...hanya satu.."
“ Kita nak countdown kat sini . Yang lain-lain akan sampai dalam...”
Zarif
memandang jam di dinding, baru pukul 10.45 malam “...sebelum pukul 12.so get ready..”
“
Yang lain-lain? “ kening Im dah terangkat sebelah.
Lain-lain itu bermaksud ada
orang lain selain mereka berempat. Zarif macam dah rancang je semua ini dan sesuka hati sahaja Zarif memberi last minute arahan
seperti ini. Mana sempat dia nak buat party new year 2015, last minute seperti ini!?
“Sef,
Putri, Dana....”
“
So basicly, korang semua nak berdating di sini ler yer..”
Zarif sengih. Ya, tepat sekali!
“ Ok, bye..” kata Im seraya angkat kaki hendak keluar dari sini.
“Eh..Im! . Actually..kitorang sebenarnya nak
celebrate ngan kau. New year 2015, we can't leave you alone.. after what
happened.. kiteorang.. kiteorang nak lepak
dan temankan kau.. “
“ Kenapa pula.. tetiba je...”
Kata-kata Im terhenti. Dia lihat wajah Zarif yang muram. Fai dan Ary
yang tadi ligat juga tiba-tiba membatu. Kemudian dia sedar yang mereka buat semua ini kerana
dirinya. Rupa-rupanya mereka semua sudah tahu apa yang berlaku antara dia dan
Esha. Sejauh dan sedalam mana mereka tahu, Im tidak mahu tanya..dan sebanyak
mana mereka menyedari keadaan dan kesedihan yang cuba disembunyikannya, Im tidak
mahu tahu. Cukuplah, mereka berdiam
seperti ini, melakukan perkara seperti ini dan dia akan menerimanya.. niat
baik mereka ini.
“Kalau
camtu.. aku stay sampai pukul 12... only until 12... after that...” kata Im
bersetuju.
“
OK!! ” potong mereka bertiga secara serentak.
“
Jadi... Im, kau sediakan dessert istimewa untuk malam ni.. okey kan?
Kiteorang nak hias bahagian depan...” cadang Zarif selaku bos dan perancang
idea ini.
Dia menolak Im masuk ke kitchen d
“ Lewat dah ni? Sempat ke?Ary kena tolong aku di kitchen.. sorang je mana boleh..” bantah Im.
“
Takpe.. takpe.. aku dah order pizza dan kfc, kau just sediakan simple desert
buah-buahan dan kek pun aku dah beli..”
“ Kek beli?. Aku kan boleh buat, apsal tak beritahu awal-awal..”
“ Takpe-takpe...”
Tubuh
Im akhirnya berjaya di bawa masuk ke kitchen. Dan Zarif rasa sangat puas hati dengan kejayaan
ini. Dia meninggalkan Im, kembali ke
ruang depan Adora Kafe dan tanpa pengetahuan Im, senyap-senyap mereka bertiga
keluar dari Kafe Adora, meninggalkan Im berseorangan.
Di
kitchen, di atas meja persediaan, tiada apa-apa makanan seperti yang Zarif
cakapkan tadi, kecuali sebuah kotak kek yang kecil.
“
Ini ke keknya? ”
Im
belek kotak kek itu, mencari nama kedai kek yang Zarif beli. Sepatutnya sebagai
pemilik Kafe Adora. Zarif tak sepatutnya membeli kek dari luar.. dia patut beri
sokongan pada Kafe Adora dan lebih promote Kafe Adora. Im berkira-kira yang esok dia akan berikan
ceramah tanggungjawab sebagai pemilik
Kafe Adora pada Zarif yang selalu tidak serius.
Kotak
kek tanpa label dan nama kedai itu, Im buka. Di dalamnya terdapat satu kek
kecil yang comot dengan hiasan topping yang tak seberapa. Krimnya juga tidak licin,
comot terkena sana sini.Sekilas
pandang, sesiapapun tahu yang kek ini adalah hasil seorang amatur,
seorang yang tiada basic membuat kek.. dan hanya reti membuat kek ini.. Kek kegemaran Im.
Im
bergegas keluar dari kitchen, melalui pintu belakang yang menuju ke lorong
belakang Kafe Adora, mengharapkan yang sangkaanya adalah benar, yang Esha ada
di sini, yang Esha telah senyap-senyap masuk ke sini dan senyap-senyap
meletakkan kek ini. Namun lorong ini begitu sunyi, tiada sesiapa kecuali dirinya. Esha
telah senyap-senyap meninggalkan tempat ini.
Im masuk ke dalam, kecewa, terasa diri diperbodohkan oleh perasaannya sendiri. Entah apa yang
tidak kena dengan dirinya. Dia berkeputusan untuk melepaskan Esha.. tetapi
dapat melupakannya.. Lebih tepat, dia.. tidak mahu melupakan Esha. Im
melangkah masuk ke ruang Kafe Adora yang telah
kosong ditinggalkan oleh Fai, Zarif dan Ary. Entah ke mana mereka bertiga
pergi, Im tiada mood untuk memikirkannya buat masa ini. Dia ... tiba-tiba
terasa ingin bersendiri. Langkah Im mati di kaunter display. Dari situ, dia dapat lihat satu
seseorang sedang bersembunyi di belakang kaunter display. Im dapat lihat tangan
itu sedang memegang satu kupon.
“
Esha?” tegur Im.
Tangan itu pantas bergerak dan cepat-cepat disembunyi dari pandangan Im.
“ Saya tahu awak berada di situ.. " tegur Im.
Suasana sunyi...
"Awak bersembunyi adakah sebab awak tidak ingin
berjumpa saya lagi? Tidak mahu melihat wajah saya lagi ?”
Tiada
jawapan.
“
Kalau saya kata yang saya ingin melihat
awak, mendekati awak..adakah awak akan benarkan? Adakah awak akan berhenti
menyembunyikan diri awak dari pandangan
mata saya?”
Sunyi
sepi.
“ Maafkan saya..."
Esha getap bibir, tetapi masih kekal membisu.
"Saya telah buat awak menunggu terlalu lama...
kemudian, membiarkan awak
sendirian. Saya seorang lelaki yang
teruk!"
" Lebih teruk lagi bila perasaan dan diri saya tidak mahu melepaskan
awak.. kerana...
“
Saya .... jatuh cinta pada awak lebih dari
awak jatuh cinta dengan saya..”
Masih
sunyi..tiada apa-apa response.
“
Okey, this is kinda weird... jika awak bukan Esha , dan takde kena mengena just forget what I said..”
Im bersedia untuk
beredar.
“ Apa yang awak nak beritahu saya
, malam itu?!” akhirnya Esha bersuara dari tempat persembunyiaannya. Suara itu lembut, dan Im rindukannya.
Im senyum.
“Malam yang awak tidak datang itu... apa yang awak nak beritahu saya?” ulang Esha.
Tetapi tiada balasan dari Im. Senyap sahaja.. seolah-olah Esha
sedang bercakap seorang diri... dan Im sudah lama beredar dari situ. Menyedari itu, Esha bingkas berdiri dari
belakang kaunter display dan terkejut kerana sebaik sahaja dia berdiri, Im sedang berada di depannya, menantikannya dan sudah mengagak tindakannya ini.
Mata
mereka bertaut dan Esha menyedari yang Im betul-betul berada di depannya.. begitu
dekat.. begitu rapat.. Pipinya terus naik
kemerah-merahan... dan Im perhatikannya tanpa kedip, mengetahui apa yang
tersembunyi di hati Esha.
Bibir Im melirik senyum.
“ Apa yang saya ingin beritahu
adalah ... saya cintakan awak....”
“ tapi kini apa yang awak perlu tahu adalah..
...
Im memegang tangan Esha , membawa
tangan Esha ke bibirnya dan perlahan-lahan dia menciumnya.
“ Sudikah awak jatuh cinta dengan saya lagi?”
Pipi itu makin merah, wajah itu
juga malu...tanpa perlu Esha berkata apa-apa dan hati Im yang berdebar-debar.. kali ini..
Ini adalah cinta..cinta mereka...
~~~~xoxoxoxoxoxo~~~~~~~
Piung... Piungg... Piungg....
Bunga api dibebaskan tinggi ke
langit sebaik sahaja Esha dan Im keluar dari Kafe Adora.
.Di luar, Fai,Dana, Ary, Sefarina, Putri dan
Zarif sedang menanti mereka. Shasha turut
berada di situ.
Bunga api itu dibebaskan oleh
mereka semua..
Walaupun masih awal , tetapi
tahun baru bagi mereka sudah pun bermula di Kafe Adora.
Credit Song/Ending Song
~~~~~~
.
.
.
.
.
.
.
..
.
Putri: Ni semua idea awak kan...
busybody kan.. ( mencuit hidung Zarif)
Zarif : But for the best... sapa
kata jadi pemilik Kafe Adora tak buat apa-apa...
Putri mengangguk bersetuju. Dia
meletakkan kepalanya ke bahu Zarif dan sama-sama mereka melihat Ary dan
Sefarina yang sedang bermain bunga api.
...
...
....
Ary : Di U, ada sapa-sapa ngorat
awak ke?
Sefarina : Takde.. ( sambil
menyalakan bunga apinya)
Ary : Usik awak ke? Kacau awak
ke? ( sambil mengambil bunga api baru..)
Sefarina : Awak jeles yer...
Ary: tak lah... mana ada..... (muka
itu cuba berpura-pura control)
Sefarina : Hehehe... I love you..
Sefarina menyalakan bunga api di
tangan Ary.
Ary : I love you too..
....
...
.....
Dana: Kenapa?
Fai sedang merenung Dana tidak
kedip-kedip..
Fai : Saya bertuah memiliki
awak...awak cantik, baik dan awak ada segala-galanya..
Dana; Tapi hanya awak yang melengkapkan
saya...
Dana mencubit pipi Fai. Mereka
berdua ketawa.
...
...
...
Esha: Apa yang mereka ketawakan
itu.. (Esha memandang pada Fai dan Dana)
Im : Kupon ini.. awak masih
simpannya ke? Awak nak gunakan untuk apa? Apa yang awak nak minta dari saya?
Esha : Err... adalah...se..
suatu..
Im : awak tahu kan yang kupon ni
ada expired date, saya tulis kat belakang tu..
Esha : Ehhh?? Ada ke?
Esha membelek kupon itu dan menyedari ada
tarikh expired yang sangat kecil ditulis di belakang kupon itu.
Esha : Teruknya awak.... benda camnie pun tulis.. (Im
ketawa)
Im: Walaupun tanpa kupon itu...apa sahaja awak minta,
saya akan lakukannya.. hanya untuk awak..
Wajah Esha merah padam
Im: Jadi... apa yang awak nak
saya buat? ( Im senyum mengusik)
Esha : Im..!!
Im menyuap kek ke mulut Esha..
...
...
....
Xoxoxoxoox
Shasha menghidupkan enjin
keretanya, bersedia untuk balik
“ Stay lah lama sikit...” tahan
Zarif.
“ takpelah... korang sume ada
pasangan and I’m so... jeles tengok korang.. cam I. kacau daun je..”
“ Hey, mana ada.!..” Fai mencelah.
“ hahaha... okey .. takdelah
gurau je ..aku nak balik dulu... tired.. you guys just enjoy okey..”
“ Shasha, thanks.. for
everything..” kata Im.
Shasha senyum...dia tahu apa yang
dia lakukan tidaklah seberapa, dia cuma memberitahu perkara yang sebenar.
Perkara yang dia tahu, dari Zarif, Fai, dan Ary..dan dia sampaikan pada Esha.
“ That night when he supposed to meet you , dia ingin beritahu kau yang dirinya ingat bagaimana rasanya cinta.. Sejak kau di sisinya hatinya sudah mencintai kau.. dan all this time his feeling was actually yours.. all this time.. I think... he loves you, truly loves you...”
Dan
seterusnya , inilah pengakhirannya...
“ If it's true why hide right? So.. you take care Esha. Anything happened to her,, aku cari kau dulu..”
Im mengangguk.
Shasha masukkan gear, sedia
untuk beredar, dan tiba-tiba, tanpa disangka-sangkanya, keretanya dilanggar dari
belakang. Dia terkejut.. begitu juga Fai, Zarif, Im dan Ary yang berada di
situ. Shasha keluar dari keretanya dan
berjalan ke arah lelaki yang melanggar keretanya.
“ Awak tak nampak ke kereta
saya?”
Lelaki itu diam, renungan matanya
terpukau pada Shasha.
“ Hello? Awak dengar tak saya
cakap?”
Lelaki itu tersentak.
“ Err,,, Maaf cik, kereta ni
break dia rosak pula..”
‘ Habis camne ni? .”
“ Takpe saya tanggung semua, saya
ada workshop, saya akan betulkan mana yang rosak..”
Shasha memandang lelaki di depannya ini. Dari gaya dan bicaranya, dia
nampak ikhlas.
Lelaki itu senyum dan lesung
pipitnya kelihatan dalam dan memikat. Shasha melirik ke tempat lain, terasa
malu.
“ Eh, abang Tot.. “ tegur Fai,
mengenali.
Mereka berempat mendekati Abang Tot dan Shasha.
“ Eh, Fai... kau camne ada kat
sini?”
“ Saya keje kat sini bang.. Kafe
Adora..”
“ Oh.. ...?”
Zarif tiba-tiba senyum.. Ary dan Im jua turut tersenyum.. Fai juga...
Mereka berempat perasan yang dua
insan ini saling mencuri pandang antara
satu sama lain.
“ Ini Syasya..... “
Fai memperkenalkan
mereka berdua. Mereka berdua bersalaman sambil Fai, Ary, Zarif dan Im menanti...
Sebuah kisah cinta yang akan
terjalin..
“ Selamat datang ke Kafe Adora..”
Credit song