Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 4 Mei 2010

YANG TIDAK DICINTAI- 1


 

Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Dia tertidur rupanya. 

Entah kenapa sejak akhir- akhir ini dia sering sahaja tertidur dan setiap kali terjaga, dia berada di tempat yang lain. Dan kali ini, dia terjaga di dalam kelasnya- Tingkatan 4 Anggerik.
 
Wajah teman-teman sekelasnya diperhatinya lembut. Kemudian beralih pada Cikgu Lai Siong yang khusyuk mengajar matapelajaran Add Math. Tidak menyedari yang salah seorang muridnya tertidur sebentar tadi.

Peliknya, dia tidak ingat langsung bagaimana tubuhnya berada di sini. Memorinya kabur. 

Kini, dia hanya menjadi pemerhati tanpa sebab di situ. Memerhati wajah-wajah setiap insan yang berada di situ yang tekun mendengar ajaran guru.


Apa tujuan mereka semua ini di sini? Belajar kah? 



Adakah belajar itu satu keinginan mereka? Atau satu keperluan? Atau hanya untuk lulus dalam peperiksaan.

Jadi selepas lulus, ke mana arah tujuan hidup mereka? Universiti? Berkerja? Kahwin? Beranak Pinak?? Tua?? Inikah kehidupan?

Hatinya tiba-tiba tersentuh sayu. Baginya, apa itu kehidupan dan masa depan?

Matanya terasa berat dan terasa cahaya sekeliling semakin malap.

Sekali lagi, dia terlelap. 






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'