Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 4 Mei 2010

YANG TIDAK DICINTAI- 2






Dia terjaga tatkala mendengar bunyi loceng yang lembut.... Loceng siapakah itu?

Sebaik sahaja dia membuka matanya, kelibat rama-rama biru yang cantik tiba-tiba terbang melintasnya.

Oh, di mana pula kali ini?  

Baju sekolah yang dipakainya , sudah diganti dengan t-shirt biru dan jeans Levis. Bila masa? 

Kenapa sejak akhir-akhir ini dia tidak  ingat banyak benda? 

Dia termenung.Merenung jauh di situ. Mengharapkan sebuah jawapan untuk persoalan ini.

"Ah,"  hatinya berputus asa.

Dia sudah letih memikirkan teka-teki ini. Baginya, semua itu tidak penting. Tubuh ini berhak ke mana ia ingin pergi. Memori ini tidak perlu baginya kerana kebenarannnya, dia tiada hak di sini. 

Semua ini bukan miliknya. 

Sambil bersandar di bangku, dia menikmati angin petang yang nyaman di taman "Alise Kresty"ini. Kecantikan di taman 'Alice Kresty' ini terasa tidak bermakna baginya. Tidak bermakna kerana hatinya hanya terisi kekosongan.

Kesunyian...
                       Kesepian...

 
Dia keseorangan, di sini.

Hembusan angin petang seakan mendodoinya.

Ya, dia ingin kembali berasa selamat di atas katil empuknya. Jauh dari semua ini.

Dia cuma ingin tidur. Sebuah tidur yang lama.

Perlahan-lahan dia memejamkan matanya, dan bunyi loceng itu bergema kembali.


Dia terlena.



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'