Bunyi loceng yang kuat mengejutkannya.
" Sila kenalkan diri."
Kenalkan diri? Macam mana dia nak kenalkan diri? Dia sendiri tidak tahu siapa dirinya.... dia..
" Saya Suki"
Katanya perlahan kemudian terus duduk di tempat duduk yang kosong di belakag. Jauh dari semua orang.
Hatinya menjerit benci.
Dia benci nama itu... Itu bukan namanya...
Dia bukan Suki... dia tidak sama langsung dengan Suki...
Siapa suki tu?
Kelakuannya itu mengejutkan guru perempuan yang berwajah keanak-anakkan itu. Malah pelajar-pelajar lain mula riuh bila pelajar baru ini seperti sombong dan berlagak.
" Sudah!Sudah! Jangan bising! " tegur guru kelas tingkatan 4 Memoir.
Semua kembali tenang. Dan guru yang ramah dengan senyuman itu, memulakan pelajarannya.
" Hey! Suki.. saya Kasih! Selamat berkenalan. "
Remaja lelaki yang duduk di depannya berpaling. Lesung pipitnya jelas dalam di pipinya saat dia tersenyum.
Suki tidak mengendahkannya. Sebaliknya mengalihkan pandangannya ke luar tingkap kelas. Hampa dengan kelakuan dingin Suki, Kasih kembali menumpukan perhatian ke depan.
Suki getap bibir. Dia tidak perlukan sesiapa. Dia tidak perlukan teman mahupun simpati.
Dia mengelamun jauh..
" Kamu kenal siapa diri kamu?"
Suki angguk kepala.
" Kamu kenal siapa lelaki ini? "
Doktor lelaki itu menunjukkan beberapa keping gambar seorang lelaki dalam lingkungan 20-an pada Suki.
Suki gelengkan kepala.
Dan begitu juga jawapannya pada beberapa keping gambar orang lain. Insan-insan yang sepatutnya dikenali Suki. Insan-insan yang membina memori bersama dengannya sejak tadika.
Hampa, doktor itu keluar dari wad.
" Kemungkinan trauma.. ."
" Maksud doktor? "
"Mengikut laporan x-ray, tiada kecederaan pada Suki. Dia normal. Namun saya tidak faham kenapa dia boleh kehilangan memorinya."
" Saya rasa kes ini perlu dirujuk pada pakar psikologi. Mungkin kematian abangnya terlalu mengejutkkannya, menyebabkan memory shut down. Dia kemungkinan menafikan segala kenangan tentang dirinya.... abangnya, family, kawan-kawan... semuanya... termasuk dirinya
Jururawat yang baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-27 semalam, memandang Suki dari cermin bilik.
" Boleh dirawat ke doktor? "
" Masalah ini bukannya boleh diubati dengan ini ubat-ubat macam sakit-sakit lain. Ia melibatkan perasaan. Jadi semuanya bergantung pada dirinya.. "
" Kesiannya. Tanpa apa-apa memori, dia pasti lebih keseorangan."