" Suki, jom makan sama..." ajak Kasih
Suki membisukan diri.
Kebanyakkan masanya di gunakan untuk hanyut dalam dunianya sendiri. Sudah 2 tahun...
Dia masih tak ingat apa-apa...
Family, kawan-kawan, Acey...
Di matanya, semua adalah asing bagi dirinya.
Dia selalu berharap setiap kali dia bangun, dirinya akan hilang dan digantikan dengan Suki yang 2 tahun dulu.. Dengan itu semuanya akan kembali normal. Semua orang akan gembira.
Doktor psikologi yang merawatnya juga akan berbangga Segala usahanya, segala pil nya, segala temu janji kaunselingnya...segala rawatannya akan berhasil.
Manakala semua orang yang berbuih mulut bercerita tentang 'suki' yang dulu...- kisah suki, kawan-kawan suki, personaliti suki., mereka juga akan turut menarik nafas lega.
Semua orang ingin 'Suki' 'yang dulu kembali.. Suki yang ceria dan mengembirakan. Suki yang digemari semua. Suki ini tidak diperlukan sesiapa.
Semua itu sia-sia.
Kehidupan baginya tiada makna.
Dia hanya satu kewujudan sementara yang kosong. Bila-bila saja dia akan' hilang'
Kerana ini bukan 'hidup'nya..
Dia tiada hak di sini.
Ini hidup 'suki' yang dulu.
Jadi untuk apa dia menjalani kehidupan ini?
Kasih membiarkan Suki dan beredar menuju ke kantin bersama sahabat-sahabat yang lain.