Arghhhhhhhhhhhhhhhh~
Di depannya, seorang lelaki dijilati api yang begitu marak. Bahang apinya terasa membakar –bakar. Api itu menjulang marak dan dalam sekelip mata, dirinya dikelilingi api yang mengila ibarat amukan syaitan.
Dia hanya mampu memandang dengan mata yang terbeliak. Api semakin marak, asap semakin tebal. Pandangan matanya terasa berpinar-pinar. Lututnya terasa mengigil lemah malah degupan jantungnya yang kencang seakan-akan hanya menunggu masa akan meletup. Ya, dia terasa begitu takut hingga badannya tidak dapat bergerak langsung .
" Suki………" Lelaki yang dijilati api itu memanggilnya lembut.
" Suki….. "
Air matanya mengalir tanpa disedarinya saat kesedarannya, mengenali susuk tubuh yang terbakar itu. Acey???
Tiba-tiba dia terasa dipeluk dari belakang. Pelukan yang hangat mententeramkan. Dia terasa selamat. Sangat selamat. Seperti menjumpai cahaya di lorong Jalan yang gelap.
" Jangan takut…~~" bisik lelaki itu. Jelas di telinganya. Suki menoleh….
Kcing… kcing…
Suki membuka matanya. Mimpi???? Dia memerhatikan sekelilingnya. Dia masih di kelas rupanya. Tertidur di kelas?
" Jadi sampai sini sahaja kelas kita. Selamat bercuti. 2 minggu ini sila jaga diri anda baik-baik. Kita akan berjumpa semula di semester seterusnya."
" Terima kasih cikgu"
Suki mengemas bukunya.
Hatinya risau. Sejak akhir-akhir ini dia sering bermimpi begitu. Seperti ulangan video yang rosak. Berhenti di penghujung mimpi yang sama. Dia tidak dapat melihat orang yang menyelamatkannya. Orang yang memeluknya dari belakang. Mimpi kah semua ini? Atau…
" Saya rindukan awak, Suki" tegur Love.
Suki terkejut. Rupanya dia sudahpun keluar dari kelas dan kini berada di pintu pagar sekolahnya. Jauh betul lamunannya.
" Eeehhhhhhh….. awak pelajar universiti.!!??"
Suki berhenti. Suara siapa tu? !
Love ketawa.
" Haha.. yer. Saya pelajar tahun akhir di U.
Awak belajar di universiti mana? Jurusan apa? Umur awak berapa, nama awak siapa?" bertubi-tubi soalan itu diacukan pada Love.
" Love! " kata Suki keras.
Dia mendekati Love yang rupanya tidak mengikutinya tadi.
Kasih ditenungnya sedikit marah, kemudian mengalihkan pula renungannya pada Love .
Lelaki itu senyum.
" Nama saya Kasih. Ini Cinta! "
Kasih memperkenalkan dirinya dan juga remaja perempuan yang berada di sisinya.
" Suki, saya tak tahu pula awak ada boyfriend?"
" Love kawan abang saya Acey lah! Kami takde apa-apa! "
" Ooooooooooo…. ...."
Sengaja Kasih memanjangkan oo nya itu, tanda dia tidak percaya kan Suki.
" Jadi boleh lah kita jalan balik bersama-sama! Kami kawan sekelas Suki! " kata Kasih.
Cinta menganggukkan kepalanya. Tocangnya bergerak-gerak mengikut rentak kepalanya.
Mereka mengekori Suki.
" Awak amik jurusan fotografi? Saya pun minat fotografi! Nanti bolehlah awak ajarkan saya."
Suki cuma diam sambil memasang telinga pada perbualan mereka. Baru dia sedar, selama ini dia tidak pernah tahu siapa sebenarnya Love. Latar belakangnya.
Yang diketahuinya, Love adalah sahabat Acey.
" Awak tinggal di mana? "
" Di apartment berdekatan sini."
" Oh, dekat lah.. patutlah awak selalu jemput Suki dari sekolah."
" Kalau jauh pun saya akan jemput Suki."
Suki diam.Tak tahu pula Love tinggal berdekatan.
" Awak semua nak datang ke apartment saya? Saya akan buatkan spagetti. "
Love pandai masak!? Wow, banyak betul yang dia tidak tahu pasal Love.
"Yeah!!!" setuju Kasih dan Cinta.
' Suki! Awak join sekali yer!"
Suki menoleh pada mereka. Mereka ini, suka-suka sahaja buat keputusan sendiri. Tau ler suka kena belanja makan. Dan, bila masa pula mereka ini berkawan rapat dengannya, ramah gile!
Sebaik dia menoleh pada mereka, dia sedar yang Love rupanya dari tadi, diam-diam memerhatikannya.
Lelaki itu senyum tatkala mata mereka bertembung.
Suki cepat-cepat mengalihkan pandangannya saat terasa degupan jantungnya semakin berdebar-debar.
Dia tersipu.