Beg tangan aku letakkan ke atas katil (lebih tepat mencampakkan beg). Diikuti aksi menghempas badan ke katil.
Hurgh….
Aku mengeluh. Bukan sebab penat selepas keje, tetapi lebih kepada peristiwa semasa balik ke rumah..
........xx.......
........xx.......
Hai…. Malasnye nak pikir. Walau itu yang aku cakapkan, tapi otak aku ligat menayangkan kembali peristiwa petang tadi seperti telenovela tv3 terus menerus tanpa iklan.
" Cheras satu" kata ku pada budak perempuan penjaga kaunter LRT ini.
" Dua yer…" sampuk Danny tiba-tiba mengejutkan aku. Dia berdiri betul-betul di sisiku, begitu dekat hinggakan aku boleh menangkap bau perfumenya yang menyengit kuat.
Bukan aku nak merungut apa, tapi bau perfumenya sangat wangi membuatkan aku tertanya-tanya jenama apa yang dipakainya. Sangat sedap dan aku sangat suka. Wangi, hmmm… mengoda… opps… wait!! Apa yang dia buat kat sini??
Penjaga kaunter menyerahkan 2 tiket LRT sehala padaku.
" Jauhnya awak nak jalan dari tempat tadi ke sini.Larat ke ? …." kata Danny sambil membelek-belek kad LRT di tangannya seolah-olah sesuatu yang ajaib.
" Patutler body awak nie kecik kiut jer.. " sambungnya. Aku mengerutkan dahi.
Zupp… berderau darah aku, agak menyirap. Aku paling benci orang cakap pasal body-body nih. Maksudnya mereka memerhatikan aku atas bawah, dan aku sangat-sangat tidak suka diperhati begitu. Macam takde benda laen nak tengok. LAKI BUAYA!!!!! GATAL!! Nak je aku jerit begitu, biar suma dengar.
Aku cepat-cepat meninggalkan dia dan berdiri paling dekat dengan platform. Berharap cepatlah LRT ni sampai.
" Saya cakap sesuatu yang buat awak marah ker? " kata Danny sambil berdiri di sisi aku. Saat ini lah aku terasa betapa tingginya dia nih, aku pun hanya separas bahunya sahaja (ni pakai kasut tinggi nih).
"Awak taw, kalau awak nak cakap sesuatu, awak patut cakapkannya." Kata Danny.
" Sebab saya boleh lihat reaksi muka awak tuh.." Danny membuat muka berkerut. Aku tergamam. Dia tahu?? Malunya….
" Saya minta maaf." sambungnya lagi. Dia merenungku tajam dan dengan pandangan matanya yang jernih itu dia meminta maaf. Betul-betul meminta maaf. Begitu ikhlas, walhal kalau difikirkan bukannya perkara besar. Aku jer yang terover.
Dan aku rasa sedikit bersalah.
Bunyi LRT semakin kuat menunjukkan tak lama lagi akan sampai di stesen ini.
" Saya tahu saya tinggalkan tanggapan buruk waktu kita kali pertama jumpa. "
Aku diam.
"but, I really want to make it up to you" nadanya yang ikhlas itu buatkan aku rasa macam aku seperti sedang berhadapan dengan seorang lelaki yang begitu innocent. Cam budak sekolah menengah yang mentah sedang menghulurkan surat cinta. Cam …lelaki yang …..
,
" Amyra!!.. dia nie buaya" bisik hati aku semacam amaran kebakaran. Akalku menyuruhku menjauhi lelaki ini, tegas dan yakin.Lelaki ini adalah lelaki buaya yang beredar dengan perempuan di malam hari, yang bermain dengan kata-kata manis dan pendustaan.
Namun separuh hati aku pula berdetik ingin mengenali dia yang berdiri di depan aku ini. Lelaki yang tidak segan silu minta maaf walaupun keegoannya adalah setinggi seorang buaya daratan. Atau mungkin dia bukannya buaya?
" kenapa? " kataku perlahan. Ingin mendapatkan kepastian.
Danny membisikkan sesuatu di telinga ku. Kemudian beredar meninggalkan aku sambil tersenyum manis.
.....Xx.... Xx...
.....Xx.... Xx...
Kata-kata yang begitu dalam dan bayangan senyumannya yang manis sebelum dia beredar, buatkan aku tidak dapat melelapkan mata sehingga sekarang. Buatkan hati aku terasa lain.
Aku memeluk bantal panjang. Aku benci Danny…