Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 6 Julai 2010

EPILOG CINTA 2



" Awak sayang kat saya tak?"
" Sayang"
" Betul?"
" Ya"
" Betul- betul??"
" Betul."
" Buktikan"
" Macam mana? "
" Kalau awak sayangkan saya awak tahu bagaimana."

~ epilog cinta~

Syaza memandang laut yang membiru. Si dia yang duduk di sisinya pula leka membaca buku.

Syaza merenung si dia yang langsung tidak mengendahkannya. Dari sejam tadi, mereka berdua hanya mendiamkan diri, tiada yang dibicarakan. Tiada apa yang mengaitkan antara mereka. Seakan satu dinding putih terbina di antara mereka. Putih, suci dan kosong.

" Ayang… " panggil Syaza lembut. Selembut yang boleh, kerana Syaza tahu wanita dikenali kerana kemanjaannya, kelembutannya, kelunakannya memikat sang jejaka. Syaza tahu.

" hmm"
" Hari tu kan, kawan opis sayang,  boyfren dia bagi sejambak bunga ros sempena anniversary dorang taw. Pas tuh, siap bagi coklat lagi. Dorang baru jer bercinta setahun tapi boyfren dia sayang sangat kat dia."

Si dia masih mendiamkan diri, tiada reaksi.

Syaza mencuba lagi dalam was-was.

" Ayang tak pernah bagi bunga kat sayang."

Si dia memandang Syaza.
" Nak ker?"
" Takdeler… tapi kita tak pernah sambut anniversary kan? Dah nak dekat 4 tahun dah.."
" Nantilah" dijawab si dia acuh tidak acuh.

Syaza masih tidak puas hati dengan jawapan yang seperti tidak ikhlas itu.

" Ayang tak sayang kat saya ker? Boyfren orang lain suma romantik.. " kata Syaza dalam nada sedikit mengadu.

" taknak lah ikut orang"
" Bukanlah,  tu laki ROMANTIK. Maksudnya, dia sayang kan girlfren dia sangat-sangat. Dia slalu bagi surprise kat gilfrens die sebab dia sayang kat gilfren dia. Dia tahu macamana nak express perasaan , cinta dan kasihnya pada kekasihnya…" bangkang Syaza.

" Ayang bukannya seorang yang romantik  dan Ayang takkan buat semua itu." Kata si dia.

" Walaupun demi saya?" Tanya Syaza mendapatkan kepastian.

Si dia bangun dari duduknya dan mengusap lembut ubun kepala Syaza .

" Jangan paksa" tegas dan keras jawapan itu. Si dia meninggalkan Syaza yang terdiam dan tergamam dengan jawapan itu.

 Deruan ombak semakin kuat menghempas pantai. Namun tidak sekuat tamparan yang Syaza rasakan saat ini- Pedih.

## Kamu perlu tahu , cinta ; ia lahir dari hati. Suci dan tulus, tidak pinta akan pengorbanan dan tidak dizahirkan, hanya satu perasaan antara dua insan yang dilamun cinta.. Cuma hati ini kadang-kadang berdetik;  betapa dalamkah kasih kamu pada diriku? kadang-kadang  seribu kata itu tidak seindah sekuntum bunga;  kerana aku seorang wanita##

                                                                          ~ epilog cinta~~ 


 previous                                                                                   next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'