Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 7 Julai 2010

EPILOG CINTA 3


"Saat aku jatuh cinta pada kamu, aku mahu kamu menjadi yang pertama dalam kisah hidupnya . Aku berikan  kamu satu hadiah paling bernilai yang tidak pernah aku serahkan. Satu kepercayaan kerana kau yang ' satu' di hatiku. Namun, kenapa kamu " membunuh" cinta ini? ?
                                                                                       ~epilog cinta~~

Syaza rasa sangat sedih saat ini. Air matanya tidak henti-henti mengalir, membasahi pipinya. Matanya pula terasa sembam tidak bermaya.

Satu persatu perkara malang berlaku pada dirinya membuatkan dia rasa ingin menyembunyikan diri, lebih teruk, acap kali dia mempertimbangkan membunuh diri sebagai satu pilihan. Banyak kali juga dia cuba mengelar tangannya, tetapi setiap kali jugalah dia rasa bersalah, ragu-ragu. Pemikiran dan kepercayaan agama membuatkan dia sedar ini bukan cara penyelesaiannya.

Syaza merenung botol ubat tidur yang masih tidak terusik di meja studynya. Dia duduk memeluk tubuhnya yang terasa sejuk.

Tiga hari lepas, dia baru sahaja kehilangan nenek kesayangannya. Nenek yang menjaganya sejak kecil. Dia yang tidak punya ibu sejak kecil sudah menganggap neneknya adalah pengganti ibunya, satu-satunya ahli keluarga yang disayanginya. Dan saat diberitakan kematian itu, dia terasa sangat sedih. Berhari air matanya mengalir setiap malam.

Dia menangis tidak henti, hari dikhabarkan neneknya meninggalkan dunia ini. Dia mengurungkan diri dan hilang selera makannya.

Dan, si dia tidak menghubunginya langsung.  Walaupun Syaza menghantar message padanya berpuluh kali.

Gedegang!!!

Bunyi pintu rumahnya ditendang kuat.

" Syaza!! Bukak pintu ini!!" pekik seorang lelaki dari luar. Usianya di lingkungan 40-an.
Syaza membuka pintu.

" Nak apa?"
" Duit lar!! Bagi aku duit.." kata lelaki itu keras.
Syaza menyerahkan wang 300 kepadanya.
" Mana cukup.. Kan nenek ko tu dah mati. Dia takde bagi harta kat ko ker?" lelaki itu masih tidak berpuas hati. Syaza mengetap bibirnya geram dengan kelakuan lelaki ini memperkatakan tentang arwah neneknya sedemikian rupa. Dia masuk ke bliknya, mengambil semua wang di dalam purse.

" Nah! Cukup!!?"
Lelaki itu menyengih gembira melihat wang di tangannya. Dia ketawa.
" Macam tu lah anak aku. Bulan depan aku datang lagi" lelaki itu beredar sambil bersiul gembira.

Syaza menghempas pintunya. Tak guna!! Lelaki tidak berhati perut itu, langsung tidak ambil kisah pasal kematian neneknya. Lelaki tidak guna itu tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai ayah dan Syaza………….

Syaza menekup mukanya, menahan marah yang bercampur aduk dengan air matanya.
Benci.

Ya, dia  sangat benci pada ayahnya, dan dia mahu lelaki itu berambus dari hidupnya, tetapi lelaki itulah satu-satunya keluarganya kini.

" Ayang, please angkat tepon. Sayang perlukan ayang skrang, please"
 Message dihantarnya.

Syaza cuma mahu mendengar suara si dia. Suara itu yang memberikan dia harapan dan semangat untuk menghadapi kehidupannya. Syaza cuma mahu mendengar  kata-kata  ini ,
 " Ayang ada di sisi sayang. Everything will be ok."

kerana tiada ayat seindah selain kata-kata sang kekasih.

 Namun, telefon di tangannya masih membisu. 

lprevious                                                                                                                next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'