Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 9 Julai 2010

EPILOG CINTA 4


Syaza merenung cawan kopinya yang tidak terusik dari tadi. Dia membisu begitu juga si dia.

Setelah 2 minggu, barulah Syaza dapat berjumpa dengan si dia. Akhirnya, setelah semua hal sudah diselesaikan, barulah si dia muncul dalam hidupnya kembali. Kata-kata kawan sekerjanya terngiang-ngiang di telinga.

" Mana boyfren ko??"
" Entah." Kata Syaza acuh tak acuh.

Sahabatnya itu mengeluh. Lebam di dahi Syaza di tuamnya dengan tuala suam. Syaza mengaduh sakit.

" Nanti aku mintak tolong abang aku pasal hal bapak ko tuh..Mana boleh pukul ko camtu bila ko tak bagi duit. Kita report polis t."
" ko takyah gi keje lar seminggu nih. Nanti aku beritahu bos, lagipun arwah nenek ko baru seminggu pergi.. Baik ko tenteramkan emosi ko dlu.." pujuknya lagi. Syaza mengangguk.

Syaza baring di atas katil. Matanya masih lagi sembam. Sudah 3 hari dia tidak dapat lelapkan mata. Dia rasa sangat kesunyian.

" Boyfren ko patut ada kat sini…Dia suppose protect ko!. Apa gunanya dia jadi boyfren." Rungut sahabatnya.
Syaza mendiamkan diri. Melihat reaksi Syaza, sahabatnya sedar Syaza perlukan masa bersendirian.

Dia mengusap kepala Syaza.

" Anything, just call me ok. I'll be there for you"

Hati Syaza terasa sebak.. Mengapa bukan si dia yang berada di sini? Mengucapkan kata-kata ini?  Air matanya mengalir kembali…


Syaza tersentak dari khayalannya saat terasa pipinya dibasahi air mata. Tanpa sedar, dia rupanya  menangis.

" Awak kenapa?" Tanya si dia. Syaza mengesat air matanya.
" Takde pape. Awak pergi mana 2 minggu nih?"
" Busy" simple dan pendek jawapan yang diberikan si dia. Tanpa sedikitpun rasa bersalah.

" Kenapa awak tak angkat tepon! Kenapa tak balas message? Kalau ada hal emergency ker…" nada suara Syaza semakin tinggi.
" Kenapa? Apa yang penting sangat." balas si dia.

Mereka bertentang mata. Syaza mengetap bibirnya, geram. Geram dengan perangai si dia. Beginikah si dia melayan seorang wanita? Seorang perempuan yang mencintainya sepenuh hati. Seorang kekasih…

" takde apa-apa…"
' beritahu lah… apanya.." desak si dia.

" Tak payah nak tahu. Soalan itu patut ditanya 2 minggu lalu dan awak dah terlalu lambat nak tahu… Saya boleh settlekan SENDIRI." Kata Syaza kesal.

" Maksudnya awak tak perlukan saya lagi la.. camtu."  Si dia pula membuat andaian.
' Mana ada!! Awak yang tak endahkan saya!! Awak yang buat saya…." Syaza tidak dapat lagi menahan perasaannya kini. Sedih dan kecewa. Ya, itulah yang dirasanya.

" Jadi semua salah saya la, camtu?? " Si dia masih tidak mengalah, seolah-olah cuba mencetuskan pertengkaran.

Syaza tidak mahukan pertengkaran berlaku antara mereka. 
Diam..itu jalan penyelesaianya.. 
Syaza hanya mampu diam, walaupun hatinya terasa begitu pedih dengan kata-kata si dia.

" Awak dah banyak berubah"

Akhirnya, Syaza meluahkan juga ayat itu. Bukan  soalan tetapi satu kenyataan. Dan si dia tidak berbicara apa.

Sunyi dan kosong.

##Setiap hari, aku berharap aku dapat mengetahui apa di hati kamu, memahami kamu . kerna inilah cinta, tanggapanku. Namun, kamu masih terasa jauh tidak tergapai dan saat itu aku sedar semuanya sudah berubah..###  

                                                ~epilog cinta~~ 

previous                                                                next




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'