Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Ahad, 11 Julai 2010

EPILOG CINTA 5



Syaza tidak tahu apa statusnya pada si dia. Ditinggalkan, dicari dan ditinggalkan lagi. Syaza sendiri tidak mengerti. Inikah cinta??

Kekadang segalanya begitu indah dan sebaliknya. Hatinya berkeras inilah kehidupan dalam percintaan ada gembira ada sedih. Sebolehnya dia mahu kegembiraan setiap masa, dan dia sudah bekorban segalanya. 

Dan sekiranya hubungan ini goyah, Syaza ingin mengukuhkannya. Syaza akan cuba.


Namun, pertengkaran terus berlaku. Kerap dan selalunya diakhiri dengan kepahitan.

Syaza tidak faham apa yang ada dalam pikiran si dia.Di satu hari, si dia akan mengucapkan kata-kata cinta ibarat sang pujangga cinta. Lunak dan mesra. Layanannya melebihi  cinta Kaisar Shan Jahan pada Mumtaz Mahal hingga terbinanya Taj Mahal.

Di kemudian hari, si dia  pula membisu mewujudkan seribu satu persoalan. Seperti ada yang difikirkan. Dan Syaza tidak mengerti.

Hari ini berulang lagi.  Pertemuan hujung minggu yang diharap dilalui dengan seribu satu kegembiraan- tidak sama sekali. Si dia membisu, begitu juga Syaza. Masing-masing hanya memerhatikan sekeliling, bukan pada pasangan masing-masing.

" Awak marah pada saya ker?" Tanya Syaza.
" tidak…"
" Jadi, kenapa cam bad mood "

Si dia tidak menjawab membuatkan Syaza serba salah. Tidak senang melihat si dia yang monyok sejak tadi.

" Ceritalah, mungkin sayang boleh tolong."
" takde apa-apa.."
" Ala, citerler.. sekurang-kurangnya boleh kongsi. Biar sayang gembirakan ayang." Pujuk Syaza cuba menceriakan si dia. Syaza tidak sanggup membiarkan kekasihnya di dalam kesedihan walaupun si dia pernah melakukan hal itu padanya. Kerana,  begitulah dalam cintanya pada si dia.

Syaza mengharap si dia juga merasai yang sama. 



" Takde kena mengena dengan sayang. Tak perlu tahu."

Syaza tersentak. Tiada kena mengena?? Jadi apa tujuan Syaza menjadi kekasihnya jika tidak dapat kongsi susah dan senang bersama dia? Sumpah sehidup semati? Bukankah cinta berlandaskan itu? Syaza keliru.

Pertemuan hujung minggu ini ditamatkan lebih awal dan sebelum si dia menghantar Syaza pulang, sebelum si dia meninggalkan Syaza di rumah, sebelum Syaza lebih keliru, soalan ini perlu diajukan. Si dia perlu menjawab.

" Yang, sayang nak tanya satu soalan"
" Apanya?"

" Apa saya pada awak?"


### Ibarat terkunci di ruang gelap tanpa cahaya. Sempit dan sejuk. Kamu  tahu? Di sini ,  mereka lihat cinta kita sudah mati ##

                                                                                      Epilog cinta. 

 previous                                                                                             next                                                                  




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'