Syaza masih lagi belum menentukan baju apa yang hendak dia pakai hari ini. Date dengan si dia adalah pada pukul 10 malam dan dia kena bersiap awal untuk mengelakkan si dia menunggu lama.
Syaza mengambil dress pink yang dirasanya sesuai dengan warna kulit dan tema party malam ini. Hatinya berlagu gembira. Sambil menyanyi perlahan dia mencapai tuala dan menuju ke bilik air.
Syaza memastikan solekannya tampak cantik. Dia tersenyum sendirian melihat dirinya di cermin. Hari ini dia nampak cantik dan Syaza harap si dia juga akan terpegun dengan dirinya hari ini. Syaza yakin, kerana dia sangat menantikan hari ini sejak minggu lepas. Semuanya harus berjalan seperti apa yang dibayangkannya dan dirancangnya sejak minggu lepas. Hadiah harijadi si dia terletak kemas di meja soleknya.
Syaza membelek jam tangannya. Terlalu awal ker jam ini? Rosak ker? Kenapa kelibat si dia masih belum kelihatan?? Syaza menarik nafas sedalam-dalamnya dan hatinya berbisik si dia akan datang sekejap lagi.
Syaza duduk menunggu di ruang tamu.
Si dia masih belum sampai dan Syaza sudah letih menunggu. Make up nya sudah cair dan dia terasa panas dan rimas memakai dress pink ini. Hatinya gusar, bukan kerana marah akan kelewatan si dia tetapi gusar bimbang akan sebab dan kenapa si dia masih tidak sampai. Fikiran Syaza tidak tenteram memikirkan seribu satu hal buruk yang menimpa si dia yang memungkinkan si dia lambat menjemputnya. Kemalangan? Tak mungkin. Syaza mengetap bibirnya bimbang. Dia mencapai handphonenya dan nombor si dia di dail.
Tut…tut…
" Hello." Si dia menjawab. Syaza rasa sangat bersyukur.
" Awak tak apa-apa? Saya ingatkan ada apa-apalah yang berlaku kat awak." Kata Syaza meluahkan rasa kebimbangannya.
" hmm…"
" Mana awak? Kata nak jemput saya pukul 10 ?"
" Hmm.. bad news. Saya tak dapat jemput awak.."
Syaza terdiam. Maksudnya??
" Saya keluar dengan kawan-kawan saya. Sori, tak dapat celebrate dengan awak." Kata si dia memberi penjelasan yang ringkas tanpa rasa bersalah.
" tapi awak dah janji.." kata Syaza kesal.
" Sori."
" Tapi saya dah tunggu awak lama… " Suara Syaza sedikit ketar, menahan tangis.
" Tahu.. tapi kawan saya nak celebrate tempat lain, tak sempat nak gi jemput awak kat rumah. "
" kenapa tak beritahu saya awal-awal? Awak tahu tak saya dah tunggu awak lama? Saya dah siap dari pukul 9 tadi, Saya …." Syaza sudah tak mampu nak memarahi si dia. Hatinya terasa perit, marah dan sangat kecewa. Kecewa dengan sikap si dia yang langsung tidak memahami dirinya. Betapa dia sangat-sangat menantikan hari ini..
" Kawan awak lebih penting dari saya?" soal Syaza.
" Bukan, awak lagi penting." Tingkah si dia.
" Jadi? Kenapa awak buat saya begini??"
" Dahla.. saya tak nak gaduh-gaduh. Benda nak jadi… Saya mintak maaf." balas si dia. Perkataan maaf yang keluar dari bibir si dia terlalu kaku dan tidak bermakna.
Tamat. Perbualan mereka tamat.
Mudah dan cepat.
Si dia minta maaf.
Dan Syaza meletakkan telefon.
Saat ini Syaza tidak mampu nak meluahkan kemarahannya. Syaza sudah terlalu letih dengan perbalahan ini, kerana ini bukannya pertama kali. Hati Syaza seakan disiat kasar, berdarah.
*** Kekasih, kamu tahu apa yang lebih teruk dari amarah?? Lebih sakit dari penderitaan?? Kekecewaan… ~~~