Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Ahad, 18 Julai 2010

EPILOG CINTA 7



" Kekasih, biarku beritahu satu rahsia ---  Dusta itu musuh cinta."
** epilog cinta##


Kesunyian dan kesepian. Satu monolog kisah yang tidak lekang di sini. Seolah satu sumpahan yang tidak dapat terungkai. Ya, Syaza rasa begitu.  Dia terasa sangat kosong di sini, walaupun di kelilingi insan-insan yang bergembira,  senyuman mereka tiada di hati Syaza.

Syaza hanya berdiri memandang semua yang hadir di sini. Suara mereka dan kemeriahan ini tenggelam dalam memorinya. Cuma satu yang terngiang di telinganya-  perbualannya dengan si dia petang tadi.

........

" Malam ini Alisya ajak kita berdua ke party hari jadinya." Kata Syaza memulakan perbualan. Si dia tidak memberi sebarang reaksi. Tumpuannya hanya pada skrin computer riba sambil jarinya tidak henti-henti menaip.

" Alisya nak kita pergi. Pukul 9 malam start. " gesa Syaza masih menantikan jawapan. Alisya merupakan kawan baik mereka berdua di kolej dahulu. Disebabkan jasa Alisya lah, mereka berdua berkenalan dan jatuh cinta.

Si dia mengeluh, terganggu dengan Syaza. Cermin mata yang dipakainya di tanggalkan dan diletak di atas meja. Dia bersandar dan memandang Syaza.  

" Tau. Alisya ada beritahu."
 " Jadi, kita pergilah?" Tanya Syaza untuk kepastian.
" Awak nak pergi ker?"

Syaza mengangguk. Mengharap si dia memberi persetujuan.

Saat ini, hati Syaza betul-betul ingin pergi. Bukan disebabkan Alisya adalah sahabat mereka, tetapi Syaza inginkan masa berdua dengan si dia. Mereka kini jarang keluar bersama dan Syaza berharap dengan berjumpa Alisya, memori kisah cinta pertama mereka dapat diulangi dan si dia kembali menjadi kekasih yang dicintainya dahulu. Menjadi kekasih yang dikenalinya dulu.

Syaza tahu permintaan dan impian ini seakan keanakkan tetapi dia ingin cuba;  kerana dia percaya pada cinta ini. Dan Syaza taknak kehilangannya.

Si dia masih mendiamkan diri seolah-olah memikirkan sesuatu. Kemudian dia mendekati Syaza. Rambut Syaza di belainya lembut dan kemudian si dia mengucup ubun kepala Syaza dengan penuh kasih sayang.

Saat itu Syaza terasa kelembutan dan kemesraan dari tindakan si dia.
Syaza rindukan semua ini.
Terasa begitu lama si dia tidak melayannya seperti ini.

" Maaf, saya takkan pergi party tu."
...........

Syaza tersentak saat bahunya di cuit seseorang. Dia menoleh.

" Woit! Jauhnya melamun." Tegur Alisya.
" Selamat hari jadi." Kata Syaza cuba berlagak gembira. 
Namun senyumannya agak hambar di mata Alisya.

 " Cam tak ikhlas jer." Usik Alisya.

" Mana your mr. charming a.ka. boyfren" sambung Alisya. Matanya melilau mencari bayang si dia.

" Em.. dia tak dapat datang hari ini." Balas Syaza perlahan.
" Jadi.. siapa tu??" balas Alisya sambil jarinya menghala pada seseorang.

Di satu sudut, kelihatan si dia bersama seorang perempuan lain. Mereka berpegangan tangan; mesra. Syaza lihat si dia tersenyum dan ketawa.

previous                                                                     next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'