Syaza mendekati si dia.
Hatinya berbisik bahawa saat Syaza dekat pada si dia, Syaza akan melakukan tindakan yang tidak rasional dan tidak matang. Syaza akan membuatkan hadirin tertumpu pada dirinya dan si dia.
Syaza tahu.
Namun, langkah kakinya masih tidak berhenti.
Tubuhnya terasa tidak dapat dikawal. Segalanya kelihatan berpinar-pinar.
Apakah yang akan dia lakukan?
Menjerit? Menangis? Bertekak?
Syaza sendiri tidak pasti kerana pada ketika ini, saat ini, detik ini, hatinya seakan direntap keluar, kasar dan pedih.
Syaza berhenti betul-betul di depan si dia. Mereka saling berpandangan. Si dia tidak kelihatan terkejut.. Malahan, pegangan tangannya pada perempuan itu tidak langsung terlerai.
" Siapa dia?? Apa maksud semua ini!! Kenapa awak buat saya macam ini!! Kenapa bodohkan saya………"
Jeritan Syaza itu hanya bergema di fikirannya sendiri. Hakikatnya, bibirnya seakan terkunci. Tekaknya terasa perit dan kasar. Dia tidak terdaya untuk meluahkan segalanya di sini.
Kerana…
Di depannya adalah si dia…
Insan yang lebih bernilai dari nyawanya… lebih dari segalanya…
Dan hati ini masih dicintainya…
PaP!!!
Si dia ditamparnya. Kuat dan lantang. Suasana yang riuh rendah meriah menjadi bisu.
Si dia yang tergamam hanya merenung pandangan Syaza yang kini bergenang air mata. Malah, saat Syaza berlari keluar, si dia masih lagi kaku di tempatnya. Seperti patung yang tidak berperasaan.
Syaza terus menaiki teksi kembali ke rumahnya. Dan tatkala teksi ini bergerak meninggalkan tempat ini, Syaza menoleh ke belakang, mengharapkan si dia mengejarnya. Namun, si dia langsung tidak kelihatan.
Air mata yang cuba ditahannya, kini menitis jatuh membasahi tangan kanannya yang terasa sedikit kebas kesan dari tamparan tadi. Syaza tahu kekuatan tamparannya itu tadi, Si dia pasti berasa berdesing dan pedih.
Ironinya, hati syaza terasa lebih pedih dari si dia.
" Aku kini faham. Namun, aku terus berharap kamu mengejar diri ku.."
~~ epilog cinta~~