2 hari? 3 Hari?
Syaza sendiri tidak pasti sudah berapa hari peristiwa itu berlaku. Terasa masa terhenti sejak detik itu. Namun yang pasti, si dia tidak pernah muncul lagi dalam hidup Syaza.
Syaza merenung telefon bimbitnya yang sudah lama dimatikan.Sebolehnya Syaza tidak ingin mengetahui hal luar. Walaupun sesekali Syaza membuka telefon bimbitnya berharap adalah 1-3 miss call dari si dia ataupun sms penjelasan dari si dia.Hakikatnya, tiada tanda-tanda si dia pernah cuba menghubunginya.
Dilayan sebegini , Syaza rasa diperbodohkan.
Inikah nilai nya pada si dia??
Cinta ini? Pengorbanan ini?
Bodoh atau Naif?
Syaza membuka lampu biliknya. Terasa silau dan perit saat cahaya itu menyinari matanya. Rupanya sudah terlalu lama dia duduk di dalam kegelapan. Gelap dan sejuk seakan cinta ini.
Peliknya hati ini sentiasa rindukan si dia. Berharap ini semua hanya mimpi. Berharap semuanya akan kembali seperti dahulu. Cinta ini, kasih ini. Syaza cuma ingin ia
tidak berakhir
Sudah tidak peduli. (tipu)
Tidak mahu ambil kisah. (bohong)
Benci akan si dia (dusta)
Bersilih ganti kata-kata itu di mindanya. Berdetik di hatinya, berdendang di setiap degupannya membuatkan Syaza keliru. Apa yang patut dilakukannya? Menerima atau berharap??
Syaza mencapai kertas yang ditulisnya dan telah banyak kali dironyoknya. Terdapat dua kolum- satu untuk semua perkara yang membuatkan Syaza benci dan kolum dua adalah sebab kenapa Syaza tidak mampu membenci. Semua perkara yang membencikan yang dilakukan oleh si dia terhadap dirinya, di tulisnya sehingga penuh kolum itu.
Ketawa Syaza melihat 'list' itu. List untuk menilai si dia, sebaliknya kini menjadi rekod kebodohan dan kenaifan diri Syazayang menerima segala layanan buruk serta kata-kata yang menguris hati dari si dia. Air mata ini sudah terlalu banyak mengalir sepanjang hubungan ini.
Syaza kini sedar.
Cuma…
Saat Syaza melihat kolum yang kedua, walaupun tertulis satu ayat namun ia tidak setanding kolum satu yang penuh itu.
Air mata Syaza mengalir kembali.
10 sebab tidak patut membenci
1. "I love him n always"
Hakikinya, Syaza tidak mampu membenci si dia.
Kertas itu dironyoknya sekali lagi.
" Kekasih, aku percaya Ia pernah suci, pernah indah. Mengharap tidak terjaga dari keindahan ini. Sehinggalah ia berhenti di titian noktah … dan hatiku menangis menatap kehilangan sebuah cinta"