Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Ahad, 1 Ogos 2010

EPILOG CINTA 10



Syaza rasa bodoh, lebih bodoh dari sang pandir  dan  lebih dungu dari sang keldai. Syaza merenung cawan berisi kopi yang tidak terusik. Begitu juga si dia. Rasanya hampir setengah jam mereka tidak berbicara apa-apa. Peliknya, Syaza rasa situasi ini sudah tidak terlalu asing lagi bagi dirinya. Kerana sudah terasa lama mereka tidak berbalas bicara.

Syaza memandang si dia. Ya, si dia berada di sini kerana kemahuan Syaza. Syaza sendiri yang memanggilnya ketemu. Setelah seminggu, akhirnya Syaza memberanikan diri bersemuka dengannya. Ironinya, bukan Syaza  yang bersalah tetapi Syaza yang terasa lebih gementar.

Fikiran Syaza bersoal jawab, berbalas persoalan.
Adakah si dia memikirkan tentang dirinya?
Adakah si dia berasa bersalah.
Apakah tindakan si dia lepas ini.
Apa yang difikirkan si dia.??

Ia bersilih ganti di minda Syaza. Namun, yang pasti Syaza tahu si dia tidak akan berbicara apa. Syaza sudah arif benar dengan  tingkah laku si dia. Begitulah lamanya mereka bersama tetapi kini…

Adakah si dia cinta padanya sepertimana Syaza mencintai lelaki di depannya ini??

" Saya rasa hubungan kita sampai takat nih saje" Syaza memulakan bicara.

Si dia memandangnya terkejut seakan tidak sangka itulah yang akan dibicarakan hari ini. Namun, dia masih mendiamkan diri.

Diam.
Sesunyi hutan
Sekaku batu.

Syaza benci semua ini. Apa yang difikirkan si dia, reaksi si dia semuanya satu teka-teki yang bermain di mindanya Sebolehnya Syaza ingin si dia bertindak mempertahankan cinta ini kerana Syaza tahu sekiranya si dia menahan, Syaza tidak akan pergi. Syaza tahu  hatinya masih mencintai si dia. Namun,  reaksi ini, kebisuan ini  yang datang  dari si dia, Syaza tidak boleh berpaling lagi.

Syaza mengenggam kuat kedua tangannya yang terasa sejuk. Hakikatnya,  Syaza tidak mahu meneruskan kata-kata ini lagi.

" Saya rasa awak dah tak sayangkan saya lagi. Awak dah tak cintakan saya lagi seperti mana dulu. Awak dah berubah walaupun awak nafikan. Dan saya minta perpisahan ini bukan disebabkan pihak ketiga  , saya  …. " Kata kata Syaza terhenti kerana cubaan  menahan rasa sebak di hatinya. Dia tidak mahu menangis kerana sudah terlalu banyak tangisan dalam hubungan ini.

"Saya rasa awak sengaja buat semua ini. Awak nak berpisah dengan saya tapi awak tidak
pasti. Sebab itu awak semakin dingin dengan saya, layan saya teruk, biarkan saya  sebegini, buat saya menangis, tanpa disedari,  awak sendiri musnahkan hubungan ini- cinta ini.

Nafikan!!!! Katakan semua itu dusta!!!
Jerit hati Syaza sekuatnya , merayu si dia mendengar dan menghentikan apa yang bibir Syaza luahkan ini. Kerana saat ini SYaza sudah tidak punya kekuatan untuk menghentikan kata-kata ini.  Dan seterusnya  Syaza tahu dia akan mengeluarkan kata-kata yang akan melukakan dirinya lebih dari si dia. 

"  Awak tidak cintakan saya LAGI dan saya dah tak tahan diperbodohkan begini. "

Keras dan tegas Syaza bersuara. Si dia  masih membisu. Mendengar setiap kata-kata Syaza setenang air yang tidak berkocak.

" Awak taknak beri penjelasan apa-apa ker?"
" Adakah ia akan mengubahkan keputusan awak?" Tanya si dia.

Syaza terdiam mendengar soalan itu. Sekiranya si dia dapat mendengar kocakan hati Syaza antara keputusan ini dan perasaan cinta pada si dia. Si dia akan tahu, Syaza masih mencintai si dia. Mencintainya lebih dari segalanya.

                                         " Tidak"

Si dia hanya mengetap bibir saat mendengar jawapan muktamad itu. Tindakannya seperti menerima seadanya keputusan dan kenyataan ini.  

Syaza mengambil beg tangannya dan berdiri untuk beredar. Inilah penamatnya.

" Jadi, sampai sini saje. Saya harap kita takkan jumpa lagi selama-lamanya. Seolah-olah kita tidak pernah kenal antara satu sama lain" kata Syaza kelat.. Hatinya memujuk ' inilah terbaik untuk kedua pihak'  dan Syaza tekad membuat keputusan ini. Walaupun dia terasa ragu dan masih cinta pada si dia. Saat ini,  hatinya terasa sakit seperti tertusuk beribu sembilu..

Kerana perkataan 'berpisah' itu betul-betul lebih kejam bagi sang pencinta.

" Syaza" panggil si dia. Terdapat kelembutan dari suara si dia saat memanggilnya, membuatkan Syaza terngimbau kenangan kali pertama mereka berkenalan dan jatuh cinta. Sudah terlalu lama si dia tidak menyebut namanya sebegitu indah.

" Maaf."

Kata si dia ikhlas dan bermakna. Matanya yang jernih itu merenung Syaza, seolah-olah bebicara dari dalam lubuk hatinya. Memohon maaf di atas segalanya perbuatannya terhadap Syaza. Syaza lihat masih ada cinta di hatinya.

Syaza mengangguk, memberikan si dia senyuman yang paling manis dan beredar.

" Kita cuma dua insan asing yang berjumpa, jatuh cinta dan kembali menjadi asing "
                                                                                ~ epilog cinta~~ 

previous                                                                    next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'