Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Sabtu, 14 Ogos 2010

Berikan ku jawapan 12



 Neal melihat sekelilingnya. Rumah ini masih tidak berubah. Masih seperti kali pertama dia menjejak kaki ke sini. Hiasannya, foto di dinding, kedudukan perabot,semuanya tidak berubah. Satu pun tidak berubah seolah-olah tempat ini tidak dimakan usia dan seakan masa berhenti di ruang ini.

Walaupun, tuan banglo ini sudah meninggalkan tempat ini 6 tahun dahulu. Semuanya masih sama cuma tinggal Mek Jah yang masih menjaga banglo ini sepenuh hati walaupun umurnya sudah dimamah usia.

Neal bergerak ke setiap sudut rumah nie. Suasananya seolah-olah seperti 6 tahun yang dulu. Cuma yang membezakan adalah dirinya. Dia kini seorang lelaki dewasa bukan lagi budak nakal yang sering curi-curi masuk ke sini.

Neal berhenti di depan sebuah bilik yang terkunci rapat.

" Adakah masih sama ?" bisik hatinya ragu-ragu.

Perlahan-lahan tombol pintu dipulasnya.
"mungkinkah.."

Kreok.

Rupanya pintu itu tidak berkunci dan perlahan-lahan pintu itu terbuka.

Seorang budak perempuan berusia 7 tahun memandangnya sambil tersenyum.Rambut tocang budak itu terbuai-buai ditiup angin.

Neal tergamam.

Bayangan budak perempuan itu perlahan-lahan hilang dan digantikan dengan sebuah piano usang yang terletak di dalamnya.

Neal menarik nafas sedalamnya saat disedarinya itu hanyalah khayalan dan bayangan yang menipunya.Seperti kali pertama dia terdengar melodi piano dari rumah banglo ini.

Realitinya, bilik ini kosong- tiada sesiapa. Yang ada cumalah sebuah piano yang tidak terusik. Bilik piano ini masih sama. Tingkapnya yang mengadap taman masih sentiasa terbuka dan angin senja mencuri masuk ke dalam, membuaikan langsir biru muda di tingkap ini. Piano usang ini juga masih di situ. Tepat seperti sangkaannya, ia masih sama.

Sresh... Sreshh....

Sesuatu yang lembut dan berbulu menyapu kakinya menyebabkan Neal bulu romanya tegak berdiri .Pantas, Neal menoleh ke kakinya yang terasa kehangatan dari satu insan yang rupanya turut berada di situ.

Meow~~~

Seekor kucing berwarna coklat keperangan menyapanya.

"Neal?"

Neal menoleh pada pemilik suara itu.

Seorang gadis yang berpakaian blaus merah jambu mendekatinya. 


previous                                           next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'